Khamis, 10 Julai 2014

Servis lipat kain

Entri 4

Teks : Aminah Mahmud


Apa khabar kawan-kawan.

Menjalani hidup sebagai wanita bekerjaya tidak mudah. Jika orang kata menjadi surirumah, kerja rumah tak pernah habis. Wanita bekerjaya ditambah dengan satu lagi kerja di pejabat atau di luar rumah. Menjadikan kerja tak habis-habis.Haha....dan dikala keletihan melanda, mungkin ada kerja-kerja rumah yang terabai. Antara contohnya ialah kerja-kerja melipat kain. Kadang-kadang berbakul baju yang tidak terlipat.


Mujurlah ada yang mahu menolong. Lipat sikit-sikit, kuranglah membukit kain baju itu.


Ada peluang bagi mereka yang berfikir untuk menyelesaikan masalah orang lain. Lihat keratan akhbar di atas, sudah ada servis lipat kain. Alat untuk lipat kain dengan pantas pun dah ada sekarang. Dah ada ke kawan-kawan yang pernah guna servis mereka ini?


Salam sayang...

1 ulasan:

  1. Assalamuaalaikum. Selamat berkenalan.Saya pun geng ABDR. Ingatkan awak yang buat servis lipat melipat kain ni...

    BalasPadam