Isnin, 30 November 2015

Apa nak buat jika kena bentan?

Teks : Aminah Mahmud

Dua kali saya kena bentan.

Saya agak sebab saya tolak troli barang dan terminum air kotak milo yang masih  sejuk baru keluar dari peti ais..

Kesannya ialah seram sejuk, menggigil dan demam. huhu.

Pengalaman saya yang lepas- lepas kalau kena bentan,

1. Bakar tungku atas dapur gas.

2. Sapu minyak panas kat badan dan selimut.

3. Minta tolong suami buatkan air milo atau kopi o panas. Minum.

4. Kalau pening kepala, ikat rambut tinggi, telan panadol sebiji dan sapu pilis kat dahi kalau ada.

5. Tungku dah panas, bertungku satu badan.

Selalunya bila buat langkah - langkah kat atas memang boleh pulih. Biasanya badan akan mula berpeluh, suhu turun, angin pun banyak keluar sama ada sendawa atau kentut. Cuma tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap orang.

Semoga membantu kalau terjadi pada orang lain juga.


Ahad, 29 November 2015

Hari ke -61 baru keluar rumah

Teks : Aminah Mahmud

Dua hari lepas, hari ke 61 saya bersalinkan Nur Alya Nazihah. Kebetulan hari sabtu dan hari cuti.

Sebelah pagi suami hantar anak ke Tuisyen KUMON dan ke taska anak-anak sebab ada report card day. Cadangannya lepas zohor mahu keluar ke Bangi.

Keluar dari rumah saya rasa macam baru keluar dari gua.haha. Sebabnya cuaca terang sangat petang tu. Walaupun hari-hari saya buka pintu sliding dan intai melalui langsir, tapi cuaca kat luar buat mata saya cerah betul. Agaknya sebab hari-hari terperap dalam rumah. Jemur kain kat ampaian pun suami yang buat, saya tukang lipat atau kemas kain baju yang sudah kering dan diangkut masuk dalam rumah.

Suami bawa kami anak beranak makan di luar. Makan nasi beriani di Bangi. Selepas makan singgah di pasaraya beli biskut dan sedikit barang dapur. Balik rumah terus sebab nampak cuaca dah gelap dan nak hujan. Ingatkan nak singgah ke Pasaraya Hari-hari nak nak beli baju sekolah anak-anak. Takpelah, lain kali. Masa masih panjang sebelum buka sekolah semula. Oh ada juga jualan baju baby yang murah oleh Bebe's Home depan Pasaraya Grand Union. Kalau tak kerana saya dah beli baju baby untuk stok 2 tahun, mahu saya tercegat memilih baju yang cantik-cantik kat situ. Oh perempuan!

Rabu, 25 November 2015

majlis perkahwinan adik

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi

Musim cuti sekolah tiba lagi. Sinonim ia dengan majlis kenduri kahwin.

Abadikan memori majlis perkahwinan adik saya. Majlisnya dah lama berlangsung. Bulan september 15 yang lalu.



Semoga pasangan pengantin berbahagia selalu.




Izzah, Haris dan Zahra ambil peluang bergambar dengan backdrop majlis kawin.




Batu tungku


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Hujan dan sejuk memang best bertungku. Tapi batu tungku pun dah pecah relai. Pecah bukan sebab terlampau rajin bertungku tapi proses panas sejuk. Kadang-kadang terlupa tungku atas dapur.hamba tertidur menunggu. Jangan amalkan. Moleklah ada yang jaga ibu berpantang. Elak keseorangan.huhu.

Jangan rindu bertungku lagi lepas ni. Kata anak bongsu kan!




Ladu; makanan untuk ibu berpantang


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Ladu
Ada rasa lada hitam.
Memang bagus untuk orang lepas bersalin makan.
Hangatkan badan. Selalu mak saudara saya akan bawa ladu sebagai buah tangan apabila melawat orang baru lepas bersalin.
Nanti nak kirim lagi kalau orang Kelate nak datang KL.

Lepas dah habis makan baru terfikir camana buat ladu ni eh?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mencari set berpantang Tropical Herbs? WA 0192179233



Jumaat, 20 November 2015

Baby kembung perut

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud

Beberapa hari lepas, ummi lupa diri. Minum air teh o beberapa cawan sambil cicah biskut. Sudahnya malam tu baby dan ummi tak boleh nak tidur sampai ke pagi. Rupanya baby dah kembung perut. Kesian baby.




Nur Alya Nazihah, 50 hari

Nampaknya ummi kena jaga makan. Pantang makan yang berangin masih perlu diteruskan demi kesejahteraan ummi dan baby juga.

Rabu, 18 November 2015

Mak andam tidak bertauliah


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Tepek sekeping gambar dari facebook. Bagus juga facebook tunjukkan balik gambar memori kita yang setahun atau 2 tahun lepas. Gambar ni suami yang ambik ketika 2 beradik tu tengah asyik bersiap nak pergi kenduri kahwin. Izzah dan Zahra. Masa tu belum ada Azlyn Qaisara pun lagi. Lucu pula tengok gambar mereka masa ni. Berlagak bagaikan orang dewasa sahaja. Macam pandai-pandai je kan.



                        Mak andam tidak bertauliah


Selasa, 17 November 2015

Bagaimana berjimat cermat ketika membeli-belah di pasaraya

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Suami bercerita kisah bagaimana kawannya berjimat cermat apabila membeli-belah di pasaraya.
Caranya ialah apabila si isteri masukkan barang dalam troli, si suami ambil dan letak balik kat rak. hihi....gelihati saya mendengarnya. Bertabahlah isteri dapat suami macam tu.

Sebenarnya kami sendiri ada buat beberapa cara untuk berjimat-cermat ketika shopping di pasaraya. Perkara utama ialah sediakan senarai barang keperluan yang ingin dibeli. Kalau boleh beli apa yang ditulis sahaja. Yang tidak berapa menjadi ialah apabila bersama dengan anak-anak. Mereka nampak macam-macam kat rak, kalau boleh semua nak. Itu yang over budget kadang-kadang. Selain tu kami selalunya sudah makan kenyang-kenyang sebelum keluar rumah, kecuali kalau kami memang rancang untukmakan di luar. Kosongkan perut.

Kawan-kawan pula bagaimana?

Isnin, 16 November 2015

Musim tengkujuh

Teks : Aminah Mahmud

Musim tengkujuh tiba lagi.

Teringat kisah ketika banjir besar di Johor tahun 2006. Ketika itu saya menetap di Kluang, Johor. Perkahwinan jarak jauh. Suami bekerja dan tinggal di Selangor.

Saya baru sahaja lepas berpantang 2 bulan. Hujan tak berhenti siang malam. Hampir seminggu baju baby sudah nak habis stok. Jemur dalam rumah tak kering juga. Mungkin sebab basuh tangan dan perah tak berapa kuat. Terpaksa minta bantuan pengasuh baby basuhkan baju baby guna mesin basuh. Spin kuat sikit. Jadi bila jemur cepat sikit kering. Tambahlah upah pengasuh untuk kos basuh baju. Nak dekat 2 minggu baju sendiri pulak dah nak habis stok. Tunggu suami datang hujung minggu terus pergi beli mesin basuh.huhu. Pada mulanya bertahan untuk tidak membeli barangan besar dalam rumah seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk sebab semua kelengkapan itu sudah ada di rumah sewa suami di Selangor. Memikirkan jika permohonan saya berpindah ke Selangor diluluskan, pindah bawa kain baju sahaja. Namun bila terjadi hal di luar jangka begini, terpaksa jugalah membelinya. Sama model dan jenis pula tu dengan mesin basuh yang sedia ada.

Apabila sudah ada mesin basuh, saya beritahu pengasuh tidak perlu lagi basuhkan baju anak. Tapi beliau minta untuk terus basuh dan kekalkan bayaran tambahan setiap bulan. Huhu. Takpelah, rezeki beliau.

Gelagat Sara

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



                                                

                                                                Nur Azlyn Qaisara

Lucu sekali melihat telatah Sara sejak dua menjak ini. Tambah pula apabila sudah ada adik lagi di usia baru mencecah 2 tahun. Kelihatan dia agak pandai membawa diri dan berdikari. Walaupun begitu, ada juga rasa ralat dihati sebab kadang-kadang terpaksakan ketepikan dia untuk beri laluan untuk adiknya. Oh ye, Sara masih menyusu badan dengan umminya. Kiranya ada persaingan jugalah dengan adiknya. Kalau dua-dua menangis nak susu memang haru-biru lah ummi. Nasib baik susu masih melimpah ruah.

Tengok gambar kat atas tu, Sara pandai je cari sarang untuk dia lepak sambil makan biskut. Comel je dalam kotak tu.hihi

Sayang Sara selalu!

Ummi.

Cabaran kuruskan badan selepas bersalin

Teks : Aminah Mahmud


Awal-awal selepas bersalin hari tu. Anak lelaki bertanya, "betulke ummi dah beranak, kenapa perut gemuk lagi? Ke ada lagi sorang dalam perut ummi?".

Hmm sabar jelah. Mari gigih berbengkung untuk kuruskan badan.hihi

Ini dilema ramai ibu di luar sana yang punyai masalah berat badan selepas bersalin. Ia bukan perkara pelik sementelah kita mengandung selama 9 bulan. Badan mengembang untuk menampung anak yang dikandung. Tidak perlu tertekan sebaliknya ambil peluang ketika berpantang untuk kembalikan bentuk badan. Kita cuba yuk!






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Campuran peramping perut yang terkandung dalam Set bersalin Tropical Herbs.

Berminat untuk mendapatkan set bersalin tropical herbs, whats app 0192179233

Ahad, 15 November 2015

Ihtifal taski 2015

Teks : Aminah Mahmud





Assalamualaikum...

Bulan November sesi persekolahan akan berakhir dan musim cuti sekolah akan bermula. Kebanyakan sekolah atau taska sedang sibuk mengadakan hari graduasi untuk pelajar-pelajar.

Semalam adalah ihtifal taski Abim. Anak saya yang berumur 6 dan 4 tahun belajar di situ. Jadi majlis ihtifal bagi meraikan pelajar-pelajar 6 tahun yang akan mula ke sekolah rendah tahun hadapan. Nampaknya tahun depan Azhad seorang sajalah di taski sebab kakaknya si Zahra dah masuk darjah satu nanti.

Saya pula tidak dapat ikut serta meraikan si kakak semalam. Masih berpantang keluar rumah. Saya serahkan sahaja pada suami untuk ke majlis ihtifal tersebut.

Zahra ada buat persembahan dengan kawan-kawannya pada hari tersebut. Persembahan nasyid dan juga lakonan. gambar tak banyak yang disnap oleh ayahnya. Katanya ramai sangat yang duk interframe kat depan, nak ambil gambar pun tak senang.

Jadi ini sahajalah gambar yang ada.





urutan buat si manja

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud


Assalamualaikum....

Antara rutin penjagaan bayi yang baru lahir ialah lakukan sedikit urutan pada bayi selepas mandi. Berpandukan buku urutan mesra buat si manja yang saya beli sempena promosi oleh PTS, banyak yang saya pelajari cara-cara urutan untuk bayi. Walaupun kelihatan terlambat sebab untuk anak yang ke -5 baru saya lakukan teknik ni. Anak-anak yang sebelum ni sekadar urut untuk pastikan tangan dan kaki agar kelihatan lurus atau urutan untuk legakan kembung sahaja. Rupanya ada pelbagai lagi urutan yang kesemuanya bermanfaat untuk memastikan tumbesaran dan kesihatan si manja kita.
                                               


                                               
                                   Indahnya saat melakukan belaian mesra untuk si manja


........................................................................................................................................................

                          
                                                            Sabun madu Amway
                                                           
                                                              1 kotak ada 3 ketul.
                                                               
                                         RM 37 sahaja tidak termasuk caj penghantaran
                                       
                                                         Berminat WA 0192179233

Jumaat, 13 November 2015

Shopping online di Lazada

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Assalamualaikum....
Mari lihat apa yang saya beli di Lazada.
Kemudahan membeli-belah di hujung jari zaman sekarang memang ada kebaikan dan keburukannya.
Bagusnya sudah tidak perlu keluar rumah dan bersusah payah mencari parking jika ke kompleks membeli belah. Tidak bagusnya senang sangat jari-jemari mahu menekan butang order di laman shopping online. Namu begitu, kalau memang barang yang dibeli bermanfaat apa salahnya.




rak penyimpanan

Mood ibu berpantang, belum habis pantang usah keluar rumah. Jadi ambil kesempatan buat belian online untuk rak penyimpanan di atas. Rak ni boleh guna kat bawah singki ataupun untuk susun barang dalam kabinet dapur. Saya rancang nak letak dalam kabinet dapurlah sebab rasa bersepah sangat sekarang. Nak cari barang pun tak jumpa. Saya perlu kemas dan pastikan ruang-ruang penyimpanan di rumah lebih organize supaya hidup tak huru-hara. huhu. Kadang-kadang banyak masa kita dihabiskan untuk mencari sesuatu yang payah nak jumpa sebab kita humban je masa nak simpan. 

Rak ni harganya RM 28. Lazada ada banyak seller untuk satu-satu barang. Jadi tak hairanlah kalau kawan-kawan tengok untuk satu item yang sama harganya berlainan. Mungkin seller yang berlainan jadi penetapan harga juga lain. Kena pilih untuk dapatkan harga yang terbaik! 




Rabu, 4 November 2015

Tips elak sembelit semasa berpantang


Teks : Aminah mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Assalamualaikum.

Saya nak kongsikan tips untuk elak sembelit semasa berpantang. Ini cara saya lah. Saya amalkan makan biskut kraker weetameal seperti kat atas. Masa senggang selain makan nasi saya banyak makan biskut ni. Sebulan berpantang rasa nak dekat 5 tin dah habis. Itu termasuk anak-anak yang makan sama. Biskut ni berasaskan bijirin sebab tu saya rasa kurang sembelit. lawas je. 

Mungkin ada juga yang ambil supplement atau telan ubat yang klinik bagi untuk senang membuangkan, Ok juga tu. Yang penting tidaklah berlama-lama dalam bilik air sebab sembelit. Seksa.


Isnin, 2 November 2015

Mudahkan kerja-kerja isteri di rumah


Teks : Aminah Mahmud




Sekarang pelbagai gajet moden untuk kerja-kerja rumah telah tersedia di pasaran. Semua ini banyak membantu terutamanya buat suri rumahtangga dan juga wanita bekerjaya yang super sibuk. Bayangkan wanita zaman sekarang yang masih membasuh pakaian di sungai. Pastinya sudah jarang kita jumpa sekarang kan. Kebanyakan sudah ada mesin basuh di rumah. Jadi para isteri sudah ada lebih masa untuk membuat kerja-kerja lain yang akan meningkatkan lagi produktiviti mereka walaupun di rumah sahaja.

Buat para suami yang ada kemampuan, apa salahnya jika dapatkan gajet-gajet moden yang lebih memudahkan kerja rumah para isteri. Isteri yang gembira mengerjakan kerja rumah dan kurang merungut bakal  membuka pintu rezeki buat suaminya juga.

Hargai isteri kalian!



======================================================================


Seterika stim Phillip
 menggosok pakaian sehingga 4 lapisan sekaligus!

Breadmaker Noxxa
Tidak perlu menguli lagi!

Berminat whats app 0192179233 untuk pertanyaan dan pembelian.

Rutin berpantang

Teks : Aminah Mahmud


Hari ke-37 berpantang.

Masih dengan rutin bagi seorang ibu yang berpantang.

Berurut, bertungku dan berbengkung.

Selepas berurut dengan khidmat tukang urut selama 3 hari berturut-turut pada hari ke-6 bersalin, di rumah saya teruskan berurut menggunakan khidmat mesin urut OGAWA. 

Bertungku guna batu sungai memang syok. Panas batu sungai sememangnya punya khasiat untuk mengecutkan rahim selepas bersalin. Tekapkan juga batu sungai yang panas pada bahagian kaki, tangan dan belakang badan. Hapuskan lemak dan hilangkan air berlebihan yang terkumpul semasa kita mengandung selama 9 bulan.

Berbengkung menggunakan kain bengkung yang selesa diperbuat dari kain belacu yang tebal. Sebelum tu oleskan pada perut campuran peramping perut yang hanya perlu dibancuh dengan air panas. Pakai bengkung sendiri je sambil baring. Rasa hangat campuran peramping perut memang bagus untuk proses kuruskan perut. Angin pun banyak keluar bila pakai bengkung ni.

Saya juga amalkan makan jamu yang didatangkan sekali dalam set berpantang Tropical Herbs.





Campuran peramping perut


                                       
                                                     Kain bengkung Tropical Herbs






======================================================================

                                

                                                        Set berpantang Tropical Herbs
                                                   Set lengkap untuk keperluan 44 hari berpantang

                      Berminat whats app 0192179233 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.




Aset yang paling bernilai

Teks : Aminah Mahmud





Anak adalah aset yang bernilai. Doa mereka untuk kita apabila telah tiada nanti. Moga mereka menjadi orang yang soleh.