Isnin, 21 November 2016

Kenapa pilih airfryer XL Philips dari Amway?

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Perkongsian group FC super noxxa




Assalamualaikum.

Ramai yang tanya kenapa perlu beli airfryer XL Phillips dari Amway. Sedangkan kat luar sana ada jugak airfryer brand lain. Kat Lazada juga bersepah produk airfryer nih.

Okey mari kita lihat apa ciri-ciri menarik yang ada pada Airfyer dari Amway ni.

1. Saiznya besar tau... saiz XL

2. Boleh jimat elektrik sebab makanan tak perlu digoreng berulang kali.

3. Boleh masukkan sekali harung 2-3 menu, boleh campur sebab ia tak efek bau.

4. Watt elektrik lebih besar, jadi masa untuk memasak lebih pantas berbanding airfryer di luar sana.

5. Dapat free 2 layer rack.

6. Ada free lagi iaitu baked pan. Boleh buat kek jugak guna airfryer ni.


Jadi kalau anda masih tercari-cari airfyer, mungkin boleh pertimbangkan ciri-ciri tersebut di atas.

Kalau berminat apa lagi, whatsap 0192179233 untuk dapatkan airfryer XL Phillips ini. Jualan cash dan bayaran ansuran / kutu pun ada tau!

Renungan

Teks : Aminah Mahmud


Semalam anak-anak tengok cerita tanah kubur kat youtube.

Sememangnya cerita-cerita dalam siri Tanah Kubur banyak memberi pengajaran.

Kita digalakkan usap kepala anak yatim, bukan makan harta anak yatim.

Shopping keperluan mereka, bukan keperluan sendiri!



Sabtu, 19 November 2016

Ubi kayu cicah sambal ikan bilis



Ubi kayu cicah sambal ikan bilis pun sodap...terlembik sikit ubi kayu sebab guna fungsi high pressure 10 minit dengan pc noxxa. Maybe 5 minit pun dah cukup sebenarnya.



Khamis, 17 November 2016

Bajet persekolahan dan jagaan 5 orang anak

Teks : Aminah Mahmud


Saya kongsikan bajet perbelanjaan kami untuk 5 orang anak untuk tahun 2016

Mari kita mulakan anak-anak yang dihantar ke taska. Umur 3 bulan dan 2 tahun.

Nur Alya Nazihah, 3 bulan        - Yuran daftar taska dan yuran bulanan.

                                                    - RM50 (sekali sahaja) +  RM 350  = RM400

Nur Azlyn Qaisara , 2 tahun       - Yuran bulanan RM 300 (student lama jadi tidak perlu yuran                                                                   pendaftaran)

Muhammad Al-Azhad, 5 tahun , Taski ABIM Saiditina Hajar dan masuk jam 8 pagi balik jam 6 ptg.
                                                      - Yuran pendaftaran + Yuran bulanan + Uniform 2 pasang
                                                       RM 870 + RM 290 + RM 30 = RM 1190

Yuran sek agama Tahfiz ABIM ( bulanan)
Nur Izzah, 10 tahun     - RM 60
Nur Zahra   7 tahun     - RM 60

Buku-buku teks dan latihan, lencana - RM 150 lebih kurang untuk 2 orang


Yuran Sekolah rendah kebangsaan takde. Tapi yuran PIBG RM 50.

Buku latihan, alatulis dan lencana (darjah 1 dan darjah 4)    - Rm200 lebih kurang.


Jumlah yang perlu dibayar semasa awal tahun hari tu ialah RM 2410. 

Jumlah kat atas belum termasuk pakaian sekolah anak-anak sekolah rendah dan sekolah agama. Itu kita buat entry lain.

Anak kami tidak perlukan transit dan kos van sekolah sebab ayahnya sendiri ambik dan hantar pergi sekolah. Penjimatan di situ.



Rabu, 16 November 2016

Kegunaan daun mulberry

Teks: Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud





Daun mulberry...ternampak kat fb ada yang bagitau boleh buat masak lemak. Ada yang pernah cuba ke? Buah mulberry rancak berbuah sekarang.

Apabila saya ajukan pertanyaan tersebut di facebook, ternyata daun mulberry ni dah lama orang gunakan untuk masakan. Contohnya masak lemak atau di buat goreng celup tepung macam daun bayam goreng. Nampaknya ada alternatif untuk sayur. Petik kat halaman rumah. Senang, mudah dan jimat.

Kurangkan minyak dalam masakan dengan aifryer

Teks : Aminah Mahmud
Foto : perkongsian group WA




Perkongsiaan dari group wa. Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Goreng ikan guna airfryer. Permulaan yang bagus untuk jaga kesihatan.

Saya sudah memilikinya setelah hampir setahun masuk dalam wishlist.

Ada yang berminat?
whatsap 0192179233 Aminah Mahmud

Kurangkan minyak dalam masakan dengan aifryer

Teks : Aminah Mahmud
Foto : perkongsian group WA




Perkongsiaan dari group wa. Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Goreng ikan guna airfryer. Permulaan yang bagus untuk jaga kesihatan.

Saya sudah memilikinya setelah hampir setahun masuk dalam wishlist.

Ada yang berminat?
whatsap 0192179233 Aminah Mahmud

Promosi cuti sekolah oleh TH Hotel

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud






Belek-belek suratkhabar. Jarang dah beli suratkhabar sebenarnya. Terlihat tawaran TH Hotel di atas.

TH Hotel ada promosi cuti sekolah. Saya pernah ke TH Hotel Alor Star dan Kuala Terengganu, cuma tidak bawa family. Bagi keluarga nuklear yang besar, promosi ini berbaloi. Sudah boleh rancang mahu bercuti di mana cuti sekolah nanti.

Selasa, 8 November 2016

Jadual bertugas di rumah

Teks : Aminahn Mahmud
Foto : Aminah Mahmud




                           

Tengok kat gambar yang terpampang di atas. Anak sulung buat jadual tugasan untuk setiap ahli rumah. Kiranya macam jadual kemas rumahlah.Hihi. Alahai anak, ada ke patut semua orang kena buat kerja. Memang tak pilih bulu. Tak kira jantina, umur, pangkat apatah lagi. Semua ada hari bertugas. Lawaknya Alya dan Sara yang baru umur setahun dan 3 tahun pun masuk senarai juga.

Kelakar.