Khamis, 14 Mei 2015

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa


Teks : Aminah Mahmud


Cerita lama yang terperam. Letak kat sini sebagai kenang-kenangan.

Terlebih muatan kasih sayang@ Tasik Titiwangsa

Rabu, 13 Mei 2015

Selasa, 12 Mei 2015

Kek coklat moist kukus dengan pressure cooker noxxa


Teks : Aminah Mahmud




                                

Kek coklat moist untuk diri sendiri. Tetiba rasa nak makan. Godek bahan-bahan kek yang masih berbaki. Kukus degan periuk tekanan noxxa 25 minit mampu menyelamatkan diri dari berbelanja lebih untuk kek di luar sana. Suruh anak nyanyi happy birthday sekali. Senangnya aktiviti memasak dengan periuk tekanan Noxxa.

Ada yang belum memiliki periuk tekanan Noxxa yang ohsem ini. Berminat untuk memilikinya?
sms/whatsap 0192179233

COD area Serdang, Putrajaya dan Taman Equine!

Isnin, 11 Mei 2015

Jalan-jalan ke Melaka

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum...

Sekadar catatan perjalanan. Cerita jalan-jalan ke Melaka.

Saya fikir saya sudah habis jelajah tempat-tempat bersejarah di Melaka, maklumlah semasa berjauhan  atau perkahwinan jarak jauh dengan suami dulu Melaka adalah tempat persinggahan berulang alik dari kluang-kl. Jadi macam dah tak tau nak pergi tengok apa lagi. Segala macam zoo dan taman dah masuk. Rupanya Melaka tidak pernah surut dengan pelbagai tarikan. Saya syorkan kawan-kawan ke muzium Hang Tuah....menarik tempatnya. Sangat interaktif. Boleh jadikan salah satu tempat untuk dilawati ketika berkunjung ke Melaka terutamanya ketika cuti sekolah. Bawa anak-anak mengenal sejarah Melaka.

Berlatar belakang binaan rumah kayu yang sangat indah


Si kecik takmau di riba...


 Dalam muzium

Ahad, 10 Mei 2015

Mudahnya menggosok baju dengan seterika steam phillips

Teks : Aminah Mahmud






Hari cuti hari mendobi. Cuaca panas cepat sahaja kain dijemuran kering. Angkat kain dulu sebelum bersiap ke majlis kenduri kawin. Nanti malam en suami tolong seterika kan baju. Bagi suri sekalian, boleh dapatkan pembantu seterika ajaib.promosi masih berlangsung! Gosok belah atas belakang pun dah licin. Selamat dan pantas.

Untuk pertanyaan wassap 0192179233

COD area Serdang,Putrajaya dan Taman Equine.




Sabtu, 9 Mei 2015

Jumaat, 8 Mei 2015

Ulasan buku "Be happy without being perfect".



Teks : Aminah Mahmud




Saya baru je praktikkan satu tips dalam buku ni.. " Tidak perlu menjadi sempurna untuk mengecap bahagia".

Tips nya jika tidak sempat atau keletihan tidak perlulah mengimpikan rumah yang kemas dan anak-anak yang behave sentiasa. Boleh stress jadinya!

Tapi masa praktik tips ni tiba-tiba mak mertua datang berkunjung mengejut.haha..rumah sikit lagi macam rumah terbalik Sabah!

Memang tak boleh pakai tips orang putih ni..hihi.



Khamis, 7 Mei 2015

Set bersalin Amway Tropical Herbs

Teks : Aminah Mahmud


Ada kawan-kawan yang bertanya apakah set bersalin yang biasa saya guna setiap kali lepas bersalin....

Untuk pengetahuan kawan-kawan, 3 kelahiran sebelum ini saya berpantang di kampung di Pahang. Jadi saya tidak pernah menggunakan pakej set bersalin yang banyak terdapat di pasaran. Sebaliknya saya memang bergantung sepenuhnya dengan tukang urut/ mak bidan kampung yang bekalkan ubat-ubatan kampung atau jamu. Begitu juga untuk herba mandian dan barut peramping perut semuanya diperolehi dari makcik tukang urut.

Bagi kelahiran anak yang ke empat pula, bermula episod berpantang di rumah sendiri. Kekangan untuk balik berpantang di kampung disebabkan sudah ada anak yang sudah memasuki sekolah rendah. Jadi saya menggunakan SET BERSALIN AMWAY TROPICAL HERBS yang awesome!




Sedikit info tentang set penjagaan lengkap selepas bersalin untuk 44 hari berpantang:

Kandungan set terbahagi kpd 2 iaitu untuk dimakan & kegunaan luaran

Dimakan

1) Teh herba
2) Pil selepas bersalin 1
3) Pil selepas bersalin 2

Kegunaan Luaran

4) Herba pembersih wanita
5) Herba mandian
6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
7 )Campuran Penghangat (Param)
8) Campuran Penenang (Pilis)
9) Minyak Urutan Herba
10) Minyak Bayi

dan

PERCUMA!!!!!!
BENGKUNG yang PANJANG dan Sangat BEST!!


Ada yang berminat untuk mencuba set bersalin Tropical Herbs?

sms/wassap 0192179233

COD area Serdang, Putrajaya dan Taman Equine.

Isnin, 4 Mei 2015

Mengidam kembali



Teks : Aminah Mahmud

Musim mengidam kembali lagi....pengalaman mengandung setiap orang berbeza-beza.

Anak pertama asyik mengidam mahu nasi kerabu

Anak kedua juga nasi kerabu.

Anak ketiga juga mahu nasi kerabu.

Anak ke empat, tukar pula kepada nasi berlauk ayam versi Kelantan.

Bakal anak ke enam, mahu jamah segala macam!


Sedapnya buah mempelam cicah kicap!


Ahad, 3 Mei 2015

Belian online buku-buku harga PBAKL

Teks : Aminah Mahmud

                                              PTS's photo.




                                                           

Ketika bujang dulu masih berkesempatan berkunjung ke pesta buku di PWTC. Selepas kahwin memang tidak jejak ke tempat yang bersesak-sesak dengan orang ramai.

Tahun ini, borong buku-buku keluaran PTS melalui online. Mujur kerana harga yang ditawarkan sama dengan harga dengan diskaun seperti di PBAKL. Masih menunggu ketibaan buku-buku tersebut!

Berbaloi dan banyak jimat dengan diskaun yang ditawarkan, ulat-ulat buku apalagi, jom beli!

"Membaca Jambatan Ilmu".

Rahsia kenapa masih lapar selepas makan terbongkar!

Teks : Aminah Mahmud


Sejak kebelakangan ini saya rasa lain macam.

Apa rasanya?

Rasa sentisa lapar, hatta selepas makan pun saya rasa masih mahu makan lagi. Kadang-kadang di pejabat tiada makanan ringan sebagai kudapan selepas makan pagi atau makan tengahari, memang gelisah tidak sedap badan.

Lebih teruk jika hari tersebut saya membuat kerja-kerja di ladang, Aktiviti yang agak memenatkan bertambahlah cepat saya rasa kelaparan. Harapkan minum air masak banyak-banyak.

Tidak sedap hati, saya bergegas ke klinik membeli kit deteksi pregnansi.


Dan rahsia itu terjawab.....



                                          Positif!

Kalau sudah rezeki, syukur Alhamdulillah.

Cepat masak gulai itik salai dengan pc Noxxa

Teks : Aminah Mahmud

Saya teringin nak makan gulai itik salai. Selalunya kami beli itik salai di gerai-gerai tepi jalan di sekitar Kuala Pilah. Selalunya singgah ketika perjalanan pergi atau balik dari kampunglah.

Mahu jadi rezeki, suami ternampak ada gerai yang menjual daging salai dan itik salai di Pasar tani di MAEPS Serdang yang beroperasi setiap hari sabtu. Jadi, beli sahaja di situ.

Itik salai masak gulai hari ni....tumis rempah masuk santan dan perasa. Masuk daging itik dan hp 30 min dalam pressure cooker noxxa. Kalau tenggek atas dapur gas mahu sejam dua jugak nak empuk.
Lepas tu boleh sambung susukan anak sambil baca buku T.Robert Kiyosaki .....kata nak pencen awal kan!















 

                                              Gulai itik yang menyelerakan, anak sulung sangat sukakannya.