Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2016

Moga cepat sihat!

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi




Hampir sebulan baby Alya batuk dan lelah. Neb sudah beberapa kali. Kali ni sedang meneruskan dengan homoepathy, minyak asma untuk sapuan, madu zafaran dan minyak kelapa dara.

Hampir sebulan ummi berjaga malam.mata ๐Ÿ‘€ pun dah macam panda. Omel ummi depan Alya. Azhad dengar dan pujuk.

" Takpelah ummi, nanti ummi cepat pandai"

Lain kot Panda dengan pandai, haihlah anak teruna nih.

Terima kasih buat teman-teman di facebook yang mendoakan kesihatan anakanda saya. Alya sudah beransur sihat!





Rabu, 18 November 2015

Mak andam tidak bertauliah


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Tepek sekeping gambar dari facebook. Bagus juga facebook tunjukkan balik gambar memori kita yang setahun atau 2 tahun lepas. Gambar ni suami yang ambik ketika 2 beradik tu tengah asyik bersiap nak pergi kenduri kahwin. Izzah dan Zahra. Masa tu belum ada Azlyn Qaisara pun lagi. Lucu pula tengok gambar mereka masa ni. Berlagak bagaikan orang dewasa sahaja. Macam pandai-pandai je kan.



                        Mak andam tidak bertauliah


Sabtu, 31 Oktober 2015

Nur Alya Nazihah, cahayamata ke-5

Teks : Aminah Mahmud

Alhamdulillah,  cahayamata ke-5 kami sudah berusia sebulan lebih. Ayahnya namakan Nur Alya Nazihah. Memang senang menjaganya. Kurang meragam. Asal cukup keperluan, hisap susu dan tidur yang lena memang tiada masalah. Sekali-sekala perut kembung tu biasalah.


                         

                                                  Adik kesayangan abang dan kakak.

                         

                                                Kakak yang kejap-kejap nak cium baby.

Semoga Nur Alya Nazihah membesar dengan sihat dan menjadi anak penyejuk mata umi dan ayah. Amin.

Khamis, 2 Julai 2015

Budak comel

Teks : Aminah Mahmud






Nur Azlyn Qaisara...sudah setahun setengah umurnya. Bulan puasa ni budak comel ni bersahur 2-3 kali semalaman. Bukak puasa berkali-kali. Memang bikin ummi mengantuk sahaja keesokan hari. Sudahlah tidur lewat, waktu malam terjaga mesti ajak turun ke bawah tunjuk kat meja makan atau peti sejuk. Alahai anak...macam-macam perangaikan, nasib baik comel! Geram sama kamu!