Rabu, 27 Ogos 2014

Masak bubur kacang menggunakan PC Noxxa

Teks : Aminah Mahmud





Assalamualaikum.......

Memasak dengan periuk tekanan Noxxa memang senang! 

Saya dah buat bubur kacang hijau ni beberapa kali menggunakan Periuk tekanan Noxxa. Dua hari lepas saya buat lagi. Kebetulan saya berpuasa sunat syawal, hari yang terakhir.
Bubur kacang hijau sebagai makanan petang juga untuk anak-anak.. Kiranya sebagai pemanis mulut selain masak nasi dan lauk-pauk. Hanya perlu guna fungsi High pressure (hp) selama 10 minit untuk mengempukkan kacang hijau tanpa perlu direndam terlebih dahulu. Selepas empuk off kan hp dan masukkan santan, gula dan gula nise atau gula merah. Selepas itu, gunakan fungsi stir fry atau boleh juga fungsi hp sekadar 5 minit dan off. Sudah sedia untuk dihidang dan menjamu selera.

 Senang dan cepat!


Isnin, 25 Ogos 2014

Perlumbaan tikus

Teks : Aminah Mahmud


Berlari dalam bulatan yang sama....

Semalam adalah hari gaji bagi kakitangan awam sektor kerajaan. Ia merupakan hari yang dinanti-nanti ketika mana duit dalam dompet sudah menipis atau tiada langsung. Hanya mengharap beberapa not merah atau hijau dan barangkali juga duit syiling dalam tabung ayam atau bawah bantal. Masih untung jika ada yang menyimpan di tabung haji, di kala terdesak masih boleh ke tabung haji untuk mengeluarkan sejumlah wang keperluan sementara tiba hari gaji.

Kebiasaan di hari gaji ada yang mengambil kesempatan membawa keluarga makan di luar, membeli-belah dan juga bercuti. Ia adalah hari untuk 'reward' diri dan keluarga.

Tidak pelik juga jika ada yang mengalami situasi dapat gaji terus habis. Bayar ansuran kereta, ansuran rumah, bayaran taska anak- anak, hutang kad kredit, bil utiliti dan membeli stok barang dapur.

Adatlah orang makan gaji, jika tidak betul pengurusan kewangan memang gawat. Tapi jikalau kena gaya dan pandai mengurus kewangan, orang makan gaji juga boleh hidup senang.

Yang nyata, bekerja makan gaji adalah seperti perlumbaan tikus, habis gaji bulan ini dan menanti pula gaji bulan depan. Maka berhemahlah kita dalam perbelanjaan, harus celik pengurusan kewangan, semoga kita tidak selamanya di dalam quadran ini.


Sabtu, 23 Ogos 2014

Si cilik sudah 8 bulan

Teks : Aminah Mamud





Bulan Ogos bakal berakhir, bermakna si cilik saya juga sudah berusia genap 8 bulan. Nur Azlyn Qaisara nama diberi membesar bagai juara. Perkembangannya agak pantas seperti kakaknya yang sulung, di mana di usia 8 bulan sudah bersedia untuk bangun berdiri. Selalunya perkembangan yang begitu mungkin akan mempercepatkan proses kanak-kanak sebagai persediaan untuk bertatih dan berjalan pula. Dan di saat ini Azlyn perlu diberi perhatian lebih sebabnya dia asyik merangkak dan mula memanjat tangga. Kadang-kadang apabila dia terjaga dari tidur, jarang dia menangis. Tengok-tengok dia dah pun memanjat ke dua atau tiga anak tangga Mahu atau tidak kita kena 'follow' kat belakang supaya dia tidak terjatuh. Bagi peluang untuk meneroka, banyak yang mahu dipelajarinya. Kalau jatuh tergolek-golek sekali sekala tu biasalah.



Ummi doakan Nur Azlyn Qaisara membesar dan menjadi anak yang solehah!

Rabu, 20 Ogos 2014

peminat doraemon

Teks : Aminah Mahmud



                                 
                                       Si cilik sedang menelek buku si kakak....ada pelekat doraemon.


Si kakak yang obses dengan cerita Doraemon.

Siapa suka tengok cerita Doraemon? Siapa tahu apa kesudahan cerita Doraemon? Saya tak pernah tahu pun sehinggalah satu hari tu, sedang duduk bersantai, suami saya bagitahu dia berjumpa seorang kenalan pensyarah di kedai makan... Entah apa cerita mereka berdua, pensyarah itu memberitahu bagus juga menonton cerita Doraemon. Ia menggalakkan anak-anak meningkatkan daya imaginasi dan dia bagitahu Nobita yang selalu minta macam-macam dengan Doraemon akhirnya apabila besar menjadi seorang Professor!

Hah teror juga Nobita yang malas buat kerja sekolah sampai boleh jadi Professor. Harapnya anak-anak yang tengok cerita Doraemon tak terabailah buat kerja sekolah. Memang saya dan suami terpaksa pantau lebih sikit sejak anak sulung dah pandai buka youtube dan menonton cerita kegemarannya. Maklumlah kami memang tiada televisyen di rumah, jadi sebelum ini tiada masalah anak asyik menonton tv. Tapi bila dia sudah pandai guna pc dan laptop, sudah mula melekat juga. 

Selasa, 19 Ogos 2014

Mari amalkan makan buah-buahan semasa perut kosong

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Sudah lama saya terbaca artikel yang di emel dan juga kandungan whatsap kumpulan yang memberikan maklumat tentang cara makan buah-buahan dengan betul. Saya salin sedikit untuk tatapan pembaca.

"Makan buah-buahan semasa perut kosong sebagai salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser.  Sehingga akhir-akhir ini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%. Pesakit kanser tidak patut meninggal dunia. Penawar untuk kanser sudah dijumpai. Ia terpulang sama ada anda percaya atau tidak. Saya berasa amat terkilan untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional " - Dr Stephen Mak

Saranan Dr Stephen adalah supaya kita mula makan buah sebelum makan makanan lain. Ia adalah penting sebagai agen pelawas dan juga berperanan untuk menyahtoksik sistem kita, membekalkan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain.

Jadi, apalagi kawan-kawan. Mari kita amalkan saranan pakar. Bukan kena keluar duit pun, cuma tukar cara kita makan buah. Selama ini kita selalu anggap buah ni sebagai pencuci mulut, jadi kita ambil selepas sudah makan berat. Sudah habis nasi sepinggan baru jamah buah-buahan.

Saya sendiri sudah mula amalkan saranan ini. Jika ada program seperti seminar di hotel, sebolehnya waktu makan saya mula ambil buah-buahan dulu sebelum jamah nasi.



Pelbagai jenis buah-buahan. Pilih yang mana suka!

Jumaat, 15 Ogos 2014

Leteran isteri punca suami pendek umur.....


Teks : Aminah Mahmud

Salam jumaat


Ketika sedang membelek-belek beberapa naskhah suratkhabar lama, ternampak artikel di atas. Kajian di Denmark menyatakan pasangan bertengkar lebih cenderung untuk mati pada usia muda. Lelaki yang dikawal isteri pula lebih cenderung untuk mati pada pertengahan usia. Dinyatakan juga kajian terkini menunjukkan perbalahan di antara pasangan  suami isteri akan mengundang masalah kesihatan dan benar-benar memberi tekanan kepada lelaki yang dileteri isteri sehingga boleh membawa maut.

Begitu sekali penangan stress terhadap kesihatan. Jadi kepada para wanita, berpada-pada kalau meleteri suami ya. Lebihkan senyuman, kurangkan leteran.



Ahad, 10 Ogos 2014

Sudah pandai masak nasi arab...

Teks : Aminah Mahmud


Salam kalian.

Siapa suka makan nasi arab? Kami memang penggemar nasi arab...selalu beli di restoren nasi arab di sekitar Cyberjaya dan Seri Kembangan. Saudara mara yang bertandang ke rumah kami juga selalu dihidangkan dengan nasi arab.

                                                     
  Nasi arab Mendhi / mandy

Hari raya lepas saya berpeluang memasak 3 jenis nasi arab. Nasi arab Kabsa, Nasi arab Maqlubah dan nasi arab mandy. Cara masaknya adalah berlainan dan rempah yang digunakan juga berlainan. Sungguh seronok bila kita sudah pandai buat sendiri. Banyak yang boleh dijimatkan berbanding beli nasi arab yang sudah siap di restoren. Lebih meyakinkan apabila memasak nasi arab menggunakan  pressure cooker Noxxa. Sungguh cepat dan menjadi. Rasanya tidak risau lagi kalau nak masak untuk menjamu tetamu datang ke rumah. Beli sahaja beberapa paket atau kotak nasi arab segera sebagai persediaan jika tetamu bertandang ke rumah.

Jadi, di kala syawal masih lagi berbaki dan ramai yang akan bertandang ke rumah, apakata cuba menu nasi arab sebagai hidangan.

Selamat mencuba.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Duit raya dan dinar emas


Teks : Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Syawal. 

Anak-anak dapat duit raya apabila berkunjung ke rumah sanak saudara di hari raya. Malah rezeki mereka bukan sahaja di situ, ketika dalam perjalanan pulang dari kampung kami sempat singgah di RnR. Masih ada mereka yang bermurah hati beri duit raya buat mereka. Mungkin kerana tertarik melihat gelagat anak-anak yang bergurau senda dan bermain sesama sendiri.


Gembira dapat duit raya


                                Lepas kumpul duit raya, mari kita tukarkannya kepada dinar emas.

Ibu bapa di luar sana boleh memilih untuk tolong simpankan duit raya anak-anak. Sama ada menyimpannya di bawah bantal, simpan dalam tabung ayam, masukkan dalam akaun tabung haji, simpan dalam SSPN, mencarum untuk takaful pendidikan atau pelbagai lagi instrumen di luar sana. Tahun ini apa kata kita cuba pula menyimpannya dalam bentuk dinar emas.

Mari kita mula menyimpan walaupun hanya 1 dinar!

Rabu, 6 Ogos 2014

Anugerah Syawal....


Teks : Aminah Mahmud

Anugerah syawal. Tahun ini berhari raya di Pahang dan di hari raya kedua bertolak ke kampung mertua di Terengganu. Beberapa gambar yang sempat diambil untuk dikongsikan.



          .  Tak cukup korum...anak-anak dah bertempiaran, susah betul nak berkumpul ambik gambar


Bersama adik-beradik dan kakak ipar.


Santai di hari raya


Tiga orang adik perempuan dan tiga orang anak dara saya.




Selasa, 5 Ogos 2014

Senangnya memasak dengan Pressure cooker NOXXA


Teks : Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirrahim....


Masih dalam mood hari raya. Kebanyakan warga kota sudah kembali dari kampung dan tradisi mengadakan rumah terbuka di bandar pula akan bermula. Kami pun dah terima beberapa undangan jamuan raya di pejabat dan di rumah sahabat handai. Bagi saya sekeluarga, tahun ini kami tidak mengadakan jamuan rumah terbuka tetapi ia bukan bermakna saudara mara dan sahabat handai tidak boleh berkunjung ke rumah, malah kami berbesar hati menerima kunjungan mereka. Asalkan kami ada di rumah dan tidak ke mana-mana.




Alhamdulillah tahun ini saya banyak memasak juadah hari raya dengan bantuan gajet dapur iaitu periuk bertekanan tinggi Noxxa. Periuk ni saya bawa balik kampung semata-mata untuk mudah dan cepatkan proses memasak. Antara masakan yang saya dah cuba ialah :

1. Nasi himpit / ketupat segera    -30 minit  (rebus)
2. Sup tulang                              - 15 minit (rebus)
3 Gulai itik serati                         - 20 minit (rebus)
4. Puding gula hangus                  -12 minit  (kukus)
5. Nasi arab                                - 15 minit (Goreng dan masak nasi)
6. Nasi dagang                            - 12 minit ( masak nasi dan panaskan)
7. Meehon goreng                       - 10 minit ( Goreng dan steam)
8. Daging salai gulai lemak cili api - 10 minit

Pendek kata saya memang puas hati memasak gunakan periuk Noxxa ni. Memang berbaloi-baloi, tak ralat sangatlah saya beli periuk ni sebelum bulan puasa semata-mata memikirkan saya balik kerja ke rumah agak lambat, jadi perlu lebih tangkas ketika menyiapkan hidangan untuk keluarga.

Sekadar perkongsian, mudahnya memasak!