Selasa, 28 Oktober 2014

Kunci rumah


Teks: Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirrahim.

Kunci rumah yang terbengkalai akhirnya sudah kami perolehi hujung bulan september 2014. Gara-gara kelewatan pihak pinjaman perumahan kerajaan membuat bayaran progress kepada pemaju, kami tidak dapat menuntutnya lebih awal dan dikenakan penalti pula. Aduhai... Kawan-kawan yang menggunakan pembiayaan bank sudah mula dapat kunci rumah pada awal Julai dan mereka sudah pun menduduki rumah masing-masing.

Sebenarnya ada beberapa isu lain juga apabila proses mendapatkan kunci rumah. Kami dicaj RM 3500 yang perlu dibayar sebelum dapat kunci. Sebaliknya mereka pula tawarkan dapat kunci rumah tanpa sebarang bayaran tetapi perlu tandatangan satu surat yang menyatakan kami tidak akan menuntut LAD atau tuntutan rumah lambat siap. Hmmm nampak tu permainan mereka. Orang kata di Malaysia ni pembeli selalu jadi mangsa terutama dalam bab jual beli rumah. Undang -undang kat malaysia belum mampu melindungi pengguna. Pemaju juga menang walau apa jua kes. 




Proses dapatkan kunci , jumpa Mr Thiru


Dah dapat kunci!

Rumah ini akan disewakan. Perlu cepat-cepat dilengkapkan dengan gril, kemudahan elektrik dan air. Baru boleh iklah kat mudah.my



Rabu, 22 Oktober 2014

Sunyi dan sepi

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum..

Sudah lama sunyi dan sepi blog ini. Ada suatu ketika mood berblogging sungguh merudum. Banyak sungguh peristiwa dan catatan harian yang belum tercatat di sini. Harapnya saya tidak lupa.

Hayati mesej di bawah sebagai pembakar semangat.

" Jika hasil yang diperoleh tidak setimpal usaha, jangan kecewa. Allah pasti menyediakan sesuatu yang lebih baik jika kita terus berusaha. Kegagalan selalu menyediakan jalan lain untuk mencapai kejayaan. Selagi tidak berputus asa, Allah menilai semua usaha". - dipetik dari majalah SOLUSI.