Isnin, 30 Mac 2015

Ragam anak-anak

Teks : Aminah Mahmud

Kisah 1

Ummi :      Nur Izzah, hari ni basuh kasut sekolah. Tolong keluarkan dulu baju-baju yang dah siap      
                  dibasuh masukkan dalam bakul, lepastu baru masukkan kasut dan sabun.

Nur Izzah: Oklah ummi

Nur Zahra (menyampuk) : Ummi ni banyaknya suruh, macam MAK TIRI..


Kisah 2

Ummi: Abang Azhad, malam ni kena tidur awal sebab esok nak sekolah.

Azhad : ala taknak pergi sekolah, nak g jalan-jalan.

Ummi : nak pergi jalan-jalan mana lagi. Hari cuti kan dah g jalan-jalan.

Azhad : ala nak g Jalan Kebun lah...ikut ummi g kerja.


Ahad, 22 Mac 2015

Kisah laki bini

Teks : Aminah Mahmud

Belum sampai sebulan kahwin, hidup sudah berantakan. Ini cerita yang sampai ke telinga kami. Ingatkan kisah begini ada dalam drama swasta kat tv je. Rupanya betul-betul terjadi di luar dan  tidakjauh dari lingkungan kelurga juga.

Isteri demand lebih dengan suami. Lepas kahwin terus check gaji suami, suruh suami tukar kerja dengan alasan kerja sekarang bergaji rendah. Tidak benarkan suami naik motor sebab nampak lekeh di mata keluarga dan sanak-saudara. Tidak mahu bercampur dengan keluarga sebelah lelaki dan menyedihkan tuduh suami kahwin dengan dia sebab nak suruh dia jaga ibu mertua.huhu....ada juga perempuan macam ni. Penuh prasangka. Harap pihak lelaki atau suami bersabarlah dengan kerenah isterinya ini. Ambil  masa untuk nasihat isteri. Moga suatu hari ia kan berubah.