Selasa, 30 Jun 2015

Tangan yang memberi

Teks : Aminah Mahmud


Muhasabah Ramadhan.



Semoga ia bermanfaat

Promosi beli periuk noxxa dapat rice dispenser percuma!

Teks : Aminah Mahmud





Teruja kan tengok promosi periuk tekanan noxxa untuk bulan julai 2015. Beli periuk dapat hadiah percuma tempat penyimpanan beras. Kalu ikutkan harga nya nak dekat rm200 juga rice dispenser macam tupperware tu. Promosi berlangsung dari 30 Jun 2015 hingga 30 Julai 2015.

Penghantaran pos percuma...COD area Seri Kembangan, Serdang dan Putrajaya.

Berminat pm/whatsap 019-2179233

Isnin, 22 Jun 2015

Mari cuba sabun madu amway!

Teks  : Aminah Mahmud


Madu bukan sahaja makanan yang berkhasiat, ia juga menyuburkan kulit kerana ciri semula jadinya
yang antioksidan dapat meremajakan kulit. Itulah sebabnya madu telah sekian lama menjadi
salah satu bahan penting dalam banyak produk penjagaan badan AMWAY".

Sabun kecantikan pembersihan 2 dalam 1 ini digunakan sebagai sabun mandi dan cukup lembut
untuk membersih muka sesuai untuk perempuan mahupun lelaki.

       

Sebenarnya saya begitu teruja apabila membeli sabun madu amway dan pengalaman menggunakannya. Baunya sangat harum dan menyegarkan. Lepas mandi bilik air pun bau best! anak-anak  dan suami pun cakap best betul bau sabun ni. Wah semua suka! Untuk langkah penjimatan saya potong 1 bar sabun kepada 4 bahagian. 1 bilik air 1 bahagian sabun, sebab 1 bar tu besar juga.

Untuk info saya sertakan serba sedikit maklumat mengenai sabun madu amway:


Diperkaya dengan gliserin dan diadun dengan madu menjadikan kulit lebih berseri dan lembut.

Mengekalkan kelembapan, membersih dan merapi kulit.

Mengandungi Vitamin B6, C, Tiamin, Riboflavin and Niasin.

Mengandungi antioksidan dan asid amino.

Meremajakan dan melindungi kulit daripada serangan persekitaran.

Menyerap kotoran dari liang-liang roma untuk membersih kulit.

Mengurangkan masalah kulit jerawat, berminyak dan 'sun burn'.

Tidak mengandungi bahan pengawet dan diuji secara dermatologi.

Sesuai untuk kulit remaja dan kulit sensitif dan semua jenis kulit.


Berminat untuk merasai pengalaman menyegarkan dengan sabun madu amway?


sms atau whatsap 0192179233

Ahad, 21 Jun 2015

Majlis kahwin zaman sekarang...

Teks : Aminah Mahmud


Sekadar pendapat saya sahaja.

Majlis kahwin zaman sekarang, makin bertambah aksesori....

Dulu mungkin ada pelamin sahaja, sekarang dah ramai pula yang buat photo booth.

Walaubagaimanapun, jika mampu boleh sahaja. Jangan sampai membebankan diri sudah.

Kami sebagai tetamu tetap mendoakan kebahagiaan pengantin.

Yang penting boleh tumpang bergambar!



Sabtu, 20 Jun 2015

Buku-buku hasil rembatan PBKL 2015

Teks : Aminah mahmud






Sekadar berkongsi buku-buku yang sempat saya beli secara online sempena Pesta buku 2015. Saya menggunakan baucer buku yang saya beli daripada dua orang adik saya. Mereka nak duit, baucer tu jual pada saya. Macam-macamlah budak-budak sekarang.

Pelbagai judul dan genre...tahun bila mau baca lain cerita. Cium bau buku baru, Lepastu susun kat rak.

Namun begitu, sudah beberapa buah buku sudah saya habiskan baca dalam masa yang singkat.

Jom baca!


Rabu, 17 Jun 2015

Pesanan buat mereka yang ingin membeli rumah


Teks: Aminah Mahmud


Saya kongsikan sedikit pesanan dari otai hartanah.

Sebelum membeli rumah, pastikan beberapa perkara berikut:

Mula mebuat simpanan yang terbaik untuk modal.

Tambahkan ilmu yang belum cukup.

Buat kajian teliti sebelum buat keputusan.

Tetapkan destinasi & sasaran anda dan strategi yang berkesan,,,

Selasa, 16 Jun 2015

Bukan semuanya milik kita


Teks : Aminah Mahmud








Kalau dah bukan rezeki tuan saya, 2 ekor ikan tunggu masuk periuk di dapur memang rezeki saya lah. Alhamdulillah kenyang. Rezeki dikongsi bersama.

Apa yang kita ada, bukan semuanya milik kita!

Isnin, 15 Jun 2015

Belajar mendidik hati


Teks : Aminah Mahmud


Bagaimana mahu mendidik hati?

Didiklah hati dengan menghadiri majlis ilmu,

Didiklah hati dengan membaca Al Quran.

Didiklah hati dengan menghampiri orang yang soleh.

Didiklah hati dengan menjauhi berkata- kata yang kasar.

Didiklah hati dengan merapatkan diri kepada ajaran agama.




Semoga bermanfaat.

Ahad, 14 Jun 2015

Panduan buat isteri

Teks : Aminah Mahmud



Sedikit perkongsian. Semoga bermanfaat buat kita semua yang bergelar isteri.

                      

Apa yang ISTERI perlu lakukan!

Leteran bukannya jalan penyelesaian yang terbaik bagi meluahkan perasaan ataupun menegur kesilapan orang lain terutamanya SUAMI. Walaupun mesej yang cuba disampaikan adalah penting, tetapi kesilapan teknik menyampaikannya boleh menyebabkan mesej gagal diterima dengan baik oleh suami. Ini bukan sahaja memberatkan lagi masalah, malah membebankan lagi perasaan isteri.

Buku - 'Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang' , Hasan Mohd. Ali








Sabtu, 13 Jun 2015

Seterika ohsem yang sangat membantu ibu-ibu sekalian.

Teks : Aminah Mahmud

                   
                     

Cuti sekolah akan berakhir dan rutin menggosok baju sekolah anak dan pakaian kerja yang menimbun kembali lagi!


Ada yang sekerat hari menggosok baju kerja dan baju sekolah anak. Ada yang sampai berpeluh-peluh menyudahkan kerja menggosok pakaian yang berbakul-bakul. Teringin nak mudahkan kerja dengan seterika steam phillips yang ohsem ni?? Harga retail rm 1483. Harga special pm/ whatsap 0192179233. Jimat masa dan jimat tenaga. Lebih masa utk makan jemput-jemput pisang bersama keluarga.

COD area Serdang, Putrajaya dan Seri Kembangan.

Jumaat, 12 Jun 2015

Kos petrol

Teks : Aminah Mahmud


                              


Bulan Jun menyaksikan kenaikan harga minyak. Sedikit sebanyak saya yang memandu ke tempat kerja sejauh 100km pergi dan balik merasai bahang kenaikan ini. Bajet untuk petrol semakin bertambah.

Bertabahlah!


Khamis, 11 Jun 2015

Perancangan cuti sekolah yang tidak menjadi

Teks : Aminah Mahmud

Sebelum cuti sekolah selama dua minggu di bulan Jun bermula, suami merancang untuk ke Hot Spring Sungkai dan Pulau Pangkor di Perak. Jadi, ketika saya sedang berkira-kira untuk menempah penginapan di kedua-dua tempat, saya dimaklumkan melalui email bahawa akan diadakan mesyuarat Jabatan di Johor. Terpaksa saya batalkan hasrat suami. Perlulah suami dan anak-anak ikut sahaja saya ke Johor nanti. Ketika itu, saya pula merancang selepas habis mesyuarat terus bercuti ke Johor sahaja. Cadangannya mahu ke Legoland dan Hello Kitty Town di Nusajaya. Boleh tahan mahal harga tiket ke Legoland  walaupun ada diskaun. Sedang berkira-kira bajet ke Legoland tiba-tiba dimaklumkan mesyuarat itu tidak perlu saya hadiri, sekadar hantar laporan kepada ketua projek sahaja yang akan menjadi wakil dalam mesyuarat nanti. Nasib baik saya belum tempah tiket Legoland dan hotel penginapan.

Nampaknya cuti sekolah ini kami tidak ke mana-mana lah. Mahu mencari tempat bercuti ketika waktu cuti sekolah kebanyakan hotel sudah penuh. Kalau ada pun, harganya memang sedikit mahal. Jadi kami rancang bawa anak-anak berjalan sekitar KL dan Selangor jelah.

Rabu, 10 Jun 2015

Gempa bumi di Sabah

Teks: Aminah Mahmud

Assalamualaikum...

Selepas beberapa hari lepas berita Sabah dilanda gegaran gempa bumi. Pagi ini terdengar di radio ketika memandu, berlaku gegaran lagi di kawasan sekitar Ranau. Selamatkan bumi Sabah.




Doa & Solidariti Untuk Seluruh Rakyat Negeri Sabah] #prayforsabah #sabah
اللّهمّ انّي أسألك خيرها وخير مافيها وخير ماارسلت به واعوذ بك من شرّها وشرّمافيها وشرّماارسلت به
ALLOHUMMA INNI AS’ALU KHOIROHA WA KHOIROMA FIHA WA KHOIRO MA ARSALTA BIHI, A’UDZUBIKA MIN SYARRIHA WASYARRIMA FIHA WA SYARRI MA ARSALTA BIH.
Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kehadirat-Mu kebaikan atas apa yang terjadi, dan kebaikan apa yang didalamnya, dan kebaikan atas apa yang Engkau kirimkan dengan kejadian ini. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukan atas apa yang terjadi, dan keburukan atas apa yang terjadi didalamnya, dan aku juga memohon perlindungan kepada-Mu atas apa-apa yang Engkau kirimkan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan



Teks : Aminah Mahmud




7 Hari Lagi


Perlu mula perbanyakkan doa supaya kita diketemukan dengan malam Lailatulqadar pada bulan Ramadan tahun ini.












Selasa, 9 Jun 2015

Floria Putrajaya 2015





Teks : Aminah Mahmud

Floria Putrajaya 2015 sudahpun berakhir. Kami berkesempatan bawa anak-anak berjalan sambil menikmati pemandangan indah pelbagai jenis bunga di Floria. Walaupun tak dapat explore setiap ceruk sebab luaskan tempat pameran ni. Gambar pun tak banyak tetapi yang penting dapat bawak birthday girl pada hari itu, Nur Zahra Sufiah naik cruise. Kira hadiah birthday jelah. Kalau hari biasa mahal juga tiket cruise ni. Tak silap rm30-35 untuk dewasa. Kanak-kanak rm15. Tapi malam tu kami naik cuma bayar RM40 untuk sekeluarga. Ok lah kan. Kami juga sempat masuk rumah salji kelolaan perbadanan putrajaya. Tapi gambar takde.huhu. Bateri hp semua dah kong waktu tu!