Isnin, 23 Mei 2016

Isteri boros?

Teks : Aminah Mahmud


Tips pengurusan kewangan keluarga.

Apabila isteri boros, si suami harus berjimat cermat.

Apabila suami boros, si isteri harus berjimat cermat.

Kalau suami isteri boros nak buat camana?

Kegunaan noodlemaker noxxa

Teks : Aminah Mahmud
Foto : perkongsian whatsap group




Macam-macam boleh buat dengan noodlemaker noxxa. Boleh buat mi kuning, laksa, kuewteow, tart nanas, semperit dan maruku juga.

Bulan ni ada promo 4x bayar u olls. Jom grab untuk projek raya 2016.


Berminat whatsap 0192179233. Aminah

COD Seri Kembangan, Putrajaya, Bangi dan Kajang


Kenapa penyakit sukar sembuh?

Teks : Aminah mahmud


Sedikit pelajaran malam ini.

Beberapa sebab atau punca mengapa sesuatu penyakit sukar disembuhkan:

1. Derhaka kepada kedua ibu bapa, guru atau mencabar Tuhan.

2. Mencacatkan hamba Allah.

3. Akibat zalim pada makhluk Allah swt.


Petikan buku panduan sihat dan cantik menurut Islam.

Semoga bermanfaat!

Jumaat, 20 Mei 2016

Periuk Noxxa naik harga bulan depan


Teks : Aminah Mahmud





Assalamualaikum...

Lama tak bercerita tentang periuk Noxxa. Produk yang memang setiap wanita perlu ada di dapur. Memudah dan menyenangkan kerja masak-memasak.

Cuma nak bagitahu, bermula Jun 2106 harga periuk Noxxa akan naik!

Jadi cepat-cepat dapatkannya dengan harga lama sebelum Jun nanti. Sementara stok masih ada.

Whatsap 0192179233 Aminah mahmud
             
COD area Seri Kembangan, Putrajaya, Bangi, Kajang dan Serdang.


Dekorasi laman rumah

Teks : Aminah Mahmud
Foto : koleksi peribadi



                   


Bila buka facebook, keluar kita punya memori yang kita post dulu-dulu. Jadi, kongsi kat sini gambar dekorasi laman rumah kami. Waktu ni suami beli dan pasang water feature kat depan rumah....jadi hadiah sempena hari ibu buat isteri supaya bertenang-tenang menjadi ibu kepada anak-anak. Terapi air katanya. Bersabarlah selalu dalam mendidik anank-anak.

Best ada bunyi air kat depan rumah ni, macam duduk kat air terjun, bunyinya  sungguh mengasyikkan. Banyak dijual kat area Sungai Buloh, tapi encik suami beli di Nilai 3 saja. Dekat dan harga pun lebih kurang je kalau beli di Sungai Buloh. RM 1300 rasanya gitulah. Sudah 5 tahun pasang kat laman rumah. Masih elok dan berfungsi dengan baik. Biasanya kita letak timer, so ada masa-masa tertentu kita off lah, contohnya waktu keluar bekerja. Kita setting masa waktu pagi dan petang memang berfungsilah water feature ni.

Selasa, 17 Mei 2016

Buat roti dengan breadmaker noxxa

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi


Resepi basic doh roti

500g tepung roti
60g gula
1 biji telur
40g butter/marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket yis
1 sudu garam
2sudu besar susu tepung
250 ml air sejuk. (air dari dalam peti ais)

Masukkan bahan-cecair dahulu diikuti tepung dan yis. Tekan butang breadmaker noxxa no 11. Breadmaker noxxa akan buat kerja. Lepas dah siap keluarkan doh, bolehlah bentukkan roti yang kita nak. Biarkan kembang 2x ganda , baru bakar suhu 180 C 17 minit





                              Doh yang dikeluarkan dari breadmaker untuk dibentuk



----------------------------------------------------------------------------------------------

Breadmaker noxxa bulan mei 2016 masih murah. Harga 919 untuk ahli.

Bulan depan, Jun 2016 dah nak naik harga. Jom beli siapa yang belum ada.

Contact : 019-2179233 Aminah Mahmud
COD area Seri Kembangan, Putrajaya, Bangi dan Kajang

Tips makeover rumah

Teks : Aminah Mahmud


Tips makeover rumah bajet ciput.

Shopping sofa dan perabot di kedai perabot terpakai. Pandai pilih diikuti dengan skill tawar menawar pasti kita dapat makeover rumah dengan harga yang berbaloi!

Ketika kunjungan ibu mertua ke rumah kami baru-baru ini.

Ibu mertuaku : Korang menang loteri ke sampai penuh rumah dengan perabot baru?

Kami laki bini : Dok aih, beli kat kedai secondhand je.


gubahan bunga hasil kerastangan ku

Teks : Aminah Mahmud
Foto : koleksi peribadi






Hasil gubahan tanganku sendiri. Tapi macam ada yang tak kena. Tanya pendapat semua.


Zahra : Kurang bunga, banyak daun.

Izzah : Banyak bunga, kurang daun.

Azhad : Cantiknya ummi buat. Pandai ummi. Sayang ummi.

Sara : Tanteknya munga.

En Joha : Letak kat tangga, jatuh atas anak nanti.meh abang angkat letak tepi tempat iron (tak menjawab soalan).


Lain kali tambahbaik. Dah elok terletak kat sudut atas tangga. Semua bahan untuk gubah bunga ni beli di PISB cawangan GM Klang.

Bajet :
Bunga dan daun : RM 80
Pasu : RM 40

Puas hati? Errk rasa mahal juga beli bunga-buangan nih. Tapi bunga yang dah siap gubah mahal juga...huhu.


Moga cepat sihat!

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi




Hampir sebulan baby Alya batuk dan lelah. Neb sudah beberapa kali. Kali ni sedang meneruskan dengan homoepathy, minyak asma untuk sapuan, madu zafaran dan minyak kelapa dara.

Hampir sebulan ummi berjaga malam.mata ๐Ÿ‘€ pun dah macam panda. Omel ummi depan Alya. Azhad dengar dan pujuk.

" Takpelah ummi, nanti ummi cepat pandai"

Lain kot Panda dengan pandai, haihlah anak teruna nih.

Terima kasih buat teman-teman di facebook yang mendoakan kesihatan anakanda saya. Alya sudah beransur sihat!