Memaparkan catatan dengan label Catatan pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan pengalaman. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mac 2016

SEDEKAH UNTUK KESEMBUHAN PENYAKIT

Teks : Aminah Mahmud

Coretan kenangan.

Saya pernah berkampung di hospital selama 14 hari kerana jangkitan kuman. Pada hari ke 7 doktor masukkan antibiotik dan ia mula bereaksi. Saya sudah pulih dari demam yang tinggi. Perlu tunggu 7 hari untuk habiskan antibiotik dan boleh discaj.

Pada hari ke 6 di wad, saya dihubungi staf bahagian pinjaman perumahan kerajaan memaklumkan bayaran rumah saya belum dipotong melalui slip gaji. Jadi beliau minta saya buat pembayaran dahulu supaya tidak tertunggak. Saya serahkan tugas tersebut kepada suami. Suami buat bayaran online pada keesokan hari iaitu hari ke 7 saya di wad.

Seminggu selepas keluar wad saya dihubungi lagi oleh staf bahagian pinjaman. Katanya mereka belum terima bayaran. Eh sudah. Saya check transaksi yang suami buat rupanya tersalah transfer ke akaun orang lain. Tapi namanya sebijik sebijan nama saya cuma binti lain. Itu akaun rumah PPRT. Tak pasal-pasal kami menapak ke bahagian kementerian wanita di Putrajaya. Akauntan di situ uruskan untuk kembalikan wang kami. Sebulan lepas tu dapat semula.

Lama selepas itu saya membaca buku mudahnya menjemput rezeki. Antara pointnya ialah sedekah mampu menolak bala dan menjadi ubat kesembuhan penyakit.

Sehinggalah 2 orang anak saya juga mengalami demam panas yg tinggi hampir seminggu. Suami rela cuti tapi tidak mahu bawa ke hospital. Jadi dia cuma beri ubat dan suruh budak-budak berehat. Tapi memang tak sanggup nak dengar rengekan budak-budak. Hari jumaat saya sms suami dari ofis bagitau perlu juga bawa anak ke hospital. Lagipun esok sabtu ahad dah cuti. Takde masalahlah nak jaga di hospital. Sebelum habis kerja saya teringat buku yang saya baca tu. Terus saya transfer ke akaun seorang asnaf yang saya dapat dari majalah Mingguan Wanita.

Balik kerja dan sampai rumah saya nampak anak-anak berdua tu sudah berlari berkejaran sedangkan sebelum ni terlantar tidur. Ayah mereka pulak yang sedap tidur jaga anak katanya.
Huhu.

Semoga bermanfaat.

Isnin, 30 November 2015

Apa nak buat jika kena bentan?

Teks : Aminah Mahmud

Dua kali saya kena bentan.

Saya agak sebab saya tolak troli barang dan terminum air kotak milo yang masih  sejuk baru keluar dari peti ais..

Kesannya ialah seram sejuk, menggigil dan demam. huhu.

Pengalaman saya yang lepas- lepas kalau kena bentan,

1. Bakar tungku atas dapur gas.

2. Sapu minyak panas kat badan dan selimut.

3. Minta tolong suami buatkan air milo atau kopi o panas. Minum.

4. Kalau pening kepala, ikat rambut tinggi, telan panadol sebiji dan sapu pilis kat dahi kalau ada.

5. Tungku dah panas, bertungku satu badan.

Selalunya bila buat langkah - langkah kat atas memang boleh pulih. Biasanya badan akan mula berpeluh, suhu turun, angin pun banyak keluar sama ada sendawa atau kentut. Cuma tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap orang.

Semoga membantu kalau terjadi pada orang lain juga.


Rabu, 25 November 2015

majlis perkahwinan adik

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi

Musim cuti sekolah tiba lagi. Sinonim ia dengan majlis kenduri kahwin.

Abadikan memori majlis perkahwinan adik saya. Majlisnya dah lama berlangsung. Bulan september 15 yang lalu.



Semoga pasangan pengantin berbahagia selalu.




Izzah, Haris dan Zahra ambil peluang bergambar dengan backdrop majlis kawin.




Rabu, 18 November 2015

Mak andam tidak bertauliah


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Tepek sekeping gambar dari facebook. Bagus juga facebook tunjukkan balik gambar memori kita yang setahun atau 2 tahun lepas. Gambar ni suami yang ambik ketika 2 beradik tu tengah asyik bersiap nak pergi kenduri kahwin. Izzah dan Zahra. Masa tu belum ada Azlyn Qaisara pun lagi. Lucu pula tengok gambar mereka masa ni. Berlagak bagaikan orang dewasa sahaja. Macam pandai-pandai je kan.



                        Mak andam tidak bertauliah


Rabu, 4 November 2015

Tips elak sembelit semasa berpantang


Teks : Aminah mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Assalamualaikum.

Saya nak kongsikan tips untuk elak sembelit semasa berpantang. Ini cara saya lah. Saya amalkan makan biskut kraker weetameal seperti kat atas. Masa senggang selain makan nasi saya banyak makan biskut ni. Sebulan berpantang rasa nak dekat 5 tin dah habis. Itu termasuk anak-anak yang makan sama. Biskut ni berasaskan bijirin sebab tu saya rasa kurang sembelit. lawas je. 

Mungkin ada juga yang ambil supplement atau telan ubat yang klinik bagi untuk senang membuangkan, Ok juga tu. Yang penting tidaklah berlama-lama dalam bilik air sebab sembelit. Seksa.


Isnin, 2 November 2015

Rutin berpantang

Teks : Aminah Mahmud


Hari ke-37 berpantang.

Masih dengan rutin bagi seorang ibu yang berpantang.

Berurut, bertungku dan berbengkung.

Selepas berurut dengan khidmat tukang urut selama 3 hari berturut-turut pada hari ke-6 bersalin, di rumah saya teruskan berurut menggunakan khidmat mesin urut OGAWA. 

Bertungku guna batu sungai memang syok. Panas batu sungai sememangnya punya khasiat untuk mengecutkan rahim selepas bersalin. Tekapkan juga batu sungai yang panas pada bahagian kaki, tangan dan belakang badan. Hapuskan lemak dan hilangkan air berlebihan yang terkumpul semasa kita mengandung selama 9 bulan.

Berbengkung menggunakan kain bengkung yang selesa diperbuat dari kain belacu yang tebal. Sebelum tu oleskan pada perut campuran peramping perut yang hanya perlu dibancuh dengan air panas. Pakai bengkung sendiri je sambil baring. Rasa hangat campuran peramping perut memang bagus untuk proses kuruskan perut. Angin pun banyak keluar bila pakai bengkung ni.

Saya juga amalkan makan jamu yang didatangkan sekali dalam set berpantang Tropical Herbs.





Campuran peramping perut


                                       
                                                     Kain bengkung Tropical Herbs






======================================================================

                                

                                                        Set berpantang Tropical Herbs
                                                   Set lengkap untuk keperluan 44 hari berpantang

                      Berminat whats app 0192179233 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.




Khamis, 29 Oktober 2015

Helah periuk Noxxa

Teks : Aminah Mahmud

Kisah lama terperam. Kejadian sebulan lepas.

Ada seorang lelaki india di luar pagar rumah. Dia nak promosi atau nak check percuma saluran gas pada dapur gas. Begitulah lebih kurang, saya pun kurang faham apa benda servis dan produknya. Ketika itu suami pula tiada di rumah kerana bekerja di hari sabtu. Terpaksalah saya menolak dengan baik permintaannya untuk periksa saluran gas berikut. Saya sambung balik buat kerja rumah.

Tidak lama kemudian,  anak saya pergi intai dan selak langsir, katanya lelaki india tersebut masih ada lagi menunggu depan pagar. Adoi! mahu cakap apa lagi supaya dia beredar ye?

Saya selak langsir terus dia nampak dan bagitau dia cuma nak check saluran gas free saja. Tidak perlu bayar apa-apa.
" Dik, akak takde dapur gas. Akak guna periuk elektrik Noxxa je"
" oh ye ke kak.oklah.terima kasih".

Hmm...tak pasal-pasal periuk noxxa jadi bahan. hihi

Tipu sunat lah hari tu.huhu.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Periuk tekanan Noxxa

Whats App 0192179233 (Aminah Mahmud) untuk pertanyaan dan pembelian

Selasa, 13 Oktober 2015

Unit perubatan tradisional dan komplementari, Hospital Putrajaya

Teks :Aminah Mahmud
Gambar : ihsan google



Baru saya tahu rupanya ibu bersalin normal di Hospital Putrajaya boleh dapat pakej sesi mengurut, bertungku, berbengkung dan diajar cara senaman secara percuma. 3 sesi pertama pada hari ke-6 bersalin dan 3sesi pada hari ke 39 berpantang. Untung dan jimat juga 3-4 ratus kos mengurut. Pakej ini sudah termasuk dalam pakej wad kelas pertama apabila bersalin di sana. Apa yang perlu dibuat ialah daftarkan diri di unit perubatan tradisional dan komplimentari sebelum anda pulang. Staf yang bertugas akan tetapkan jadual dan appointment untuk datang ke sesi rawatan yang disedikan.

Setakat ini saya sudah selesai 3 sesi selepas bersalin. Tunggu sesi seterusnya pada hari ke 39 berpantang.


Ahad, 4 Oktober 2015

Apa yang kita mahu tak semestinya kita dapat!


Teks : Aminah Mahmud


Kami ke dewan bersalin hospital Serdang. Staf bertugas di kaunter maklumkan siap -siap bahawa suami tak dibenarkan menemani isteri di labour room kerana sedang direnovasi. Jadi tempat terhad dan kecil.

Owh hilang semangat nak beranak kalau suami tak teman! 4 Kelahiran sebelum ni mesti suami ada sekali di labour room.

Kami bergegas ke hospital Putrajaya dengan harapan yg sama. Syukur wad banyak yang kosong dan suami dibenarkan teman isteri ketika proses kelahiran. Saya masuk labour room jam 5.30 petang dan dimasukkan ubat induce. Memikirkan kemungkinan lambat lagi nak bersalin saya suruh suami hantar anak-anak balik ke rumah untuk dijaga oleh mak saudara mereka yang baru balik dari kerja. Sudah hantar dan patah balik rupanya dia singgah solat maghrib di masjid dulu. Waktu itu juga rupanya saya dah sakit dan bersalin tanpa kehadiran suami di sisi!

                              
                               Alhamdulillah....dipermudahkan kelahiran anak yang ke-5





Rabu, 29 Julai 2015

Lebah membuat sarang

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Pokok bidara yang kami tanam di halaman rumah 3 tahun yang lepas sudah merimbun. Buahnya memang sudah banyak kali kami rasa dan boleh dikatakan berbuah sepanjang masa. Cuma buahnya memang menjadi tarikan lalat buah, dan akan rosak jika kita tidak buat pencegahan untuk elakkan serangan lalat buah. Awal-awal dulu rajin juga encik suami pasang perangkap lalat buah jenis semburan yang digantung pada pokok. Jadi buah cantik sebab tak  kena cucuk  ngan lalat buah. Lama-lama dah tak pasang  perangkap, buah banyak yang tak menjadi. Baru-baru ni en suami terpandang sekumpulan lebah yang mula nak buat sarang kat dahan pokok. Terkejutlah juga sebab ia dah agak besar juga. Bimbangkan keselamatan anak-anak yang bermain di halaman rumah, kami pergi ke balai bomba dan buat laporan untuk mereka musnahkan sarang lebah tersebut. Bomba yang bertugas bagitahu mereka akan buat operasi tu waktu malam.

Jadi malam tu, bomba datang musnahkan sarang lebah tersebut. Senang je mereka buat. Guna semburan Ridsect dan juga bakar api kat sarang.

Selesai.









Khamis, 14 Mei 2015

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa


Teks : Aminah Mahmud


Cerita lama yang terperam. Letak kat sini sebagai kenang-kenangan.

Terlebih muatan kasih sayang@ Tasik Titiwangsa

Isnin, 11 Mei 2015

Jalan-jalan ke Melaka

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum...

Sekadar catatan perjalanan. Cerita jalan-jalan ke Melaka.

Saya fikir saya sudah habis jelajah tempat-tempat bersejarah di Melaka, maklumlah semasa berjauhan  atau perkahwinan jarak jauh dengan suami dulu Melaka adalah tempat persinggahan berulang alik dari kluang-kl. Jadi macam dah tak tau nak pergi tengok apa lagi. Segala macam zoo dan taman dah masuk. Rupanya Melaka tidak pernah surut dengan pelbagai tarikan. Saya syorkan kawan-kawan ke muzium Hang Tuah....menarik tempatnya. Sangat interaktif. Boleh jadikan salah satu tempat untuk dilawati ketika berkunjung ke Melaka terutamanya ketika cuti sekolah. Bawa anak-anak mengenal sejarah Melaka.

Berlatar belakang binaan rumah kayu yang sangat indah


Si kecik takmau di riba...


 Dalam muzium

Isnin, 10 November 2014

I want to touch a rabbit

Teks:  Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Sekadar perkongsian aktiviti anak-anak. Sempena minggu konvokesyen UPM pada beberapa minggu yang lepas, berkesempatan bawa anak-anak ke Bukit Ekspo UPM. Sebab pergi pun sudah lewat petang, tiada kesempatan untuk menjelajah semua pameran atau gerai. Singgah dan bagi peluang anak-anak beramah mesra dengan si arnab yang comel-comel sahaja.

                                                   Berusaha tangkap arnab

                                                     Posing dengan arnab yang comel



                                                    Si jejaka dan arnab.

                                                 Azlyn Qaisara juga mahu pegang arnab.

Selasa, 28 Oktober 2014

Kunci rumah


Teks: Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirrahim.

Kunci rumah yang terbengkalai akhirnya sudah kami perolehi hujung bulan september 2014. Gara-gara kelewatan pihak pinjaman perumahan kerajaan membuat bayaran progress kepada pemaju, kami tidak dapat menuntutnya lebih awal dan dikenakan penalti pula. Aduhai... Kawan-kawan yang menggunakan pembiayaan bank sudah mula dapat kunci rumah pada awal Julai dan mereka sudah pun menduduki rumah masing-masing.

Sebenarnya ada beberapa isu lain juga apabila proses mendapatkan kunci rumah. Kami dicaj RM 3500 yang perlu dibayar sebelum dapat kunci. Sebaliknya mereka pula tawarkan dapat kunci rumah tanpa sebarang bayaran tetapi perlu tandatangan satu surat yang menyatakan kami tidak akan menuntut LAD atau tuntutan rumah lambat siap. Hmmm nampak tu permainan mereka. Orang kata di Malaysia ni pembeli selalu jadi mangsa terutama dalam bab jual beli rumah. Undang -undang kat malaysia belum mampu melindungi pengguna. Pemaju juga menang walau apa jua kes. 




Proses dapatkan kunci , jumpa Mr Thiru


Dah dapat kunci!

Rumah ini akan disewakan. Perlu cepat-cepat dilengkapkan dengan gril, kemudahan elektrik dan air. Baru boleh iklah kat mudah.my



Isnin, 25 Ogos 2014

Perlumbaan tikus

Teks : Aminah Mahmud


Berlari dalam bulatan yang sama....

Semalam adalah hari gaji bagi kakitangan awam sektor kerajaan. Ia merupakan hari yang dinanti-nanti ketika mana duit dalam dompet sudah menipis atau tiada langsung. Hanya mengharap beberapa not merah atau hijau dan barangkali juga duit syiling dalam tabung ayam atau bawah bantal. Masih untung jika ada yang menyimpan di tabung haji, di kala terdesak masih boleh ke tabung haji untuk mengeluarkan sejumlah wang keperluan sementara tiba hari gaji.

Kebiasaan di hari gaji ada yang mengambil kesempatan membawa keluarga makan di luar, membeli-belah dan juga bercuti. Ia adalah hari untuk 'reward' diri dan keluarga.

Tidak pelik juga jika ada yang mengalami situasi dapat gaji terus habis. Bayar ansuran kereta, ansuran rumah, bayaran taska anak- anak, hutang kad kredit, bil utiliti dan membeli stok barang dapur.

Adatlah orang makan gaji, jika tidak betul pengurusan kewangan memang gawat. Tapi jikalau kena gaya dan pandai mengurus kewangan, orang makan gaji juga boleh hidup senang.

Yang nyata, bekerja makan gaji adalah seperti perlumbaan tikus, habis gaji bulan ini dan menanti pula gaji bulan depan. Maka berhemahlah kita dalam perbelanjaan, harus celik pengurusan kewangan, semoga kita tidak selamanya di dalam quadran ini.


Khamis, 10 Julai 2014

Rumah terbengkalai

Entri 3

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum  dan Salam Ramadhan.

Pernah dengar cerita rumah terbengkalai? Rasanya semua orang pasti pernah terbaca di suratkhabar atau menonton berita di TV perihal isu rumah terbengkalai di Malaysia.

Kami antara orang yang turut sama menjadi mangsa rumah yang dibeli dengan impian menjadi rumahku syurgaku, tetapi akhirnya terbengkalai bertahun-tahun lamanya. Betapa perit dan seksanya kerana penantian bertahun-tahun untuk mendiami kediaman sendiri tidak semudah yang disangka. Bayaran deposit, urusan pinjaman banyak juga telah meleburkan duit yang dikumpul. Lagi terasa apabila bayaran bulanan telahpun dipotong sekian lama. Mungkin tak banyak bagi sesetengah orang lain, tetapi rakyat marhaen macam kami ini, jumlah ansuran bulanan itu banyak juga.

Jika dihitung, tahun ini dah masuk 8 tahun rumah terbengkalai. Kiranya juga dari mula kahwin, belum ada anak sampai dah ada anak dan berumur 8 tahun pun!


                                                         
                                                              Reka letak rumah yang dipamerkan


Camelia, rumah teres 2 tingkat

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini kami bermohon agar ada sinar di hujung penantian ini. Allahuakhbar!

Sekadar coretan,
Aminah Mahmud