Selasa, 26 Januari 2016

Deodorant body series Amway


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Sumber google

Assalamualaikum....

Saya nak kongsikan tentang deodorant yang saya guna. Ianya tak melekit sebab itu saya suka. Saya mula guna deodorant body series Amway ni selepas menjadi ahli Amway.  Bila lihat katalog ada produk yang bagus saya tanpa berlengah mengordernya. Sudah cuba dan guna memang terbukti ia tak melekit. Nyaman je bila pakai. 1 botol deodorant ni tahan lama ye kawan-kawan. Walaupun harga mahal sikit tapi kalau sebotol mampu bertahan 5-6 bulan ok kot. Jimat juga. Sapu sehari je sekali waktu pagi.





Inilah deodorant body series Amway


Mahu cuba Deodorant body series Amway?

Whatsapps ke 0192179233

Menabung silver

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud




Masa senang masa untuk menyimpan untuk hari - hari yang sukar.
Baguslah sekarang ramai yang dah celik menabung emas.
Sudah simpan emas boleh menabung silver pula.








Selasa, 19 Januari 2016

Zahra Sufiah darjah 1

Teks : Aminah Mahmud
Foto : koleksi peribadi



Catatan kenang-kenangan buat anakanda ke 2 saya.

Nur Zahra Sufiah tahun ini sudah masuk darjah 1. Setakat hari ini tiada masalah. Persekolahan berjalan lancar. Cumanya seperti kata ayahnya, ' anak awak tu tengah mabuk koperasi, duit belanja sekolah buat shopping kat koperasi, rela makan ala kadar dan berlapar". Begitulah dia, apa pun ummi doakan Nur Zahra Sufiah senang dan tenang menerima ilmu di sekolah. Moga jadi orang yang berguna nanti!



                                         Budak darjah 1 Dahlia


Jom dapatkan berat badan yang ideal dengan Lecithin E

Teks : Aminah Mahmud

Berazam untuk dapatkan berat badan ideal di tahun baru?
Jom dapatkan Lecithin E, membantu emulsi lemak agar mudah dibuang.
Hanya perlu dikemam atau kunyah sahaja. Berperisa campuran ceri aserola dan lemon.
Boleh amalkan pengambilan tablet lecithin-e selepas makan contohnya selepas makan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Jom cuba.
Produk terbaik dari Nutrilite!





Isnin, 18 Januari 2016

Laman impiana kami

Teks: Aminah Mahmud
Foto: Aminah Mahmud

Projek keceriaan rumah. Mahu kemas laman rumah, tapi ada sahaja halangannya.









Orang kata kat depan laman rumah kalau boleh biar ada space sikit untuk buat taman atau tanam rumput. Tak perlu luas, ibarat sekeping setem di atas sekeping sampul surat. At least boleh cerahkan pandangan tengok rumput hijau. Tapi ini gambar zaman dulu, terjumpa dalam folder. Sekarang dah tukar tema hutan rimba. Makcik asyik bertangguh nak kemas laman. Scatteurs hilang memanjang










Jumaat, 15 Januari 2016

Vitamin C boleh cerahkan kulit juga

Teks : Aminah mahmud


Mahu cerita tentang vitamin C.




Vitamin C yang saya ambil ini adalah produk supplement Nutrilite. Ia dihasilkan dari ceri aserola dan lemon. Sebenarnya ia baik untuk kulit, sembuhkan luka dan sebagai antioksida.

Ia juga elok untuk tingkatkan sistem pertahanan badan jika demam, selsema, asma dan batuk.

Melambatkan proses penuaan dan bersihkan toksid dalam badan.

Saya mula ambil selepas berpantang iaitu selepas habis set jamu yang dibekalkan dalam set berpantang tropical herbs. Ambil sebagai alternatif untuk sembuhkan luka dalaman selepas bersalin. selalunya vitamin C perlu diambil selepas makan. Baru  lah ia akan menjalankan tugas dengan sebaiknya. Cuma perlu makan sebiji sahaja sehari.

Efeknya juga boleh cerahkan kulit wajah tau...ini kata adik saya masa balik kampung. Katanya kulit saya nampak lebih cerah berbanding dulu. Hihi untung juga telan vitamin C dan dapat kulit yang lebih cerah. Cela-cela parut pada muka pun nampak pudar. Maklumlah sekarang semua orang nak qu puteh qu puteh.

Jom cuba vitamin C keluaran Nutrilite!

Aminah Mahmud
0192179233

Resolusi kewangan 2016

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum...

Sudah lama tidak mencoret di sini.

Saya mahu catatkan beberapa perkara yang perlu saya lakukan tahun ini.

Resolusi kewangan tahun 2016

1. Tukarkan simpanan emas kepada 2 buah rumah sewa.
Harta dibiarkan beku tak boleh juga.
Cashflow rumah sewa untuk komitmen bayaran polisi takaful anak-anak.
Ibu bapa  sudah ada takaful. 5 orang kanak-kanak riang perlu ada juga.
Kita tidak tahu waktu-waktu mendung, Jadi sediakan perlindungan.


2. Giat dan kembangkan side income dari bisnes Amway

3. Sediakan tabung pelancongan.

4. Melabur untuk anak-anak seperti kelas renang atau kelas art. Ini perlu tengok kecenderungan anak juga. Mahu mereka seimbang aktiviti. Tidak tertumpu aktiviti akademik sahaja. Takut mereka stress.

Cukup itu dulu. Nanti sambung lagi. Wishlist biar banyakkan?

Moga bermanfaat.