Memaparkan catatan dengan label ulasan buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan buku. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Oktober 2015

Buku yang harus dibaca oleh ibu dan bakal ibu

Teks : Aminah Mahmud

Travelog Kisah Benar


Nikmatnya sakit bersalin!
Kagum sekejap baca kisah isteri Che Amran kumpulan nasyid Raihan. Bukan 5 tapi 9 orang anak yang dilahirkan, bersalin secara normal. Lebih kagum (sebenarnya takut) dengar kisah mertua dan orang-orang dulu yang bersalin di rumah sahaja dengan kemudahan perubatan yang terbatas. Memang risiko. Mujurlah zaman sekarang fasiliti perubatan makin canggih.




                                   

                       Terubat sakitku dengan kelahiran sembilan permata hati oleh Isyah Radhiah Idris.




....................................................................................................................................................



                           

                                                        Set berpantang Tropical Herbs
                                                   Set lengkap untuk keperluan 44 hari berpantang

                      Berminat whats app 0192179233 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.




Jumaat, 8 Mei 2015

Ulasan buku "Be happy without being perfect".



Teks : Aminah Mahmud




Saya baru je praktikkan satu tips dalam buku ni.. " Tidak perlu menjadi sempurna untuk mengecap bahagia".

Tips nya jika tidak sempat atau keletihan tidak perlulah mengimpikan rumah yang kemas dan anak-anak yang behave sentiasa. Boleh stress jadinya!

Tapi masa praktik tips ni tiba-tiba mak mertua datang berkunjung mengejut.haha..rumah sikit lagi macam rumah terbalik Sabah!

Memang tak boleh pakai tips orang putih ni..hihi.



Isnin, 14 Julai 2014

Ke mana wang anda?


Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum kawan-kawan...

Bersiaran di hari cuti nuzul Quran, saya kira pastinya ramai diluar sana yang mengambil peluang hari ini untuk keluar membeli - belah bagi membuat persiapan hari raya. Maklumlah, kat radio pun sudah mula didendangkan lagu hari raya, makin bertambah semangatlah semua sama ada menyediakan kelengkapan pakaian hari raya untuk anggota keluarga, kelengkapan peralatan dan perhiasan rumah, kuih dan biskut raya, malah kelengkapan bilik tidur juga bertukar semata-mata untuk menyambut hari lebaran!. Sebenarnya tidak salah kita berbuat demikian jika ianya masih dalam kategori keperluan dan bukannya kemahuan yang membazir. Selain itu ianya juga bergantung dengan tahap kewangan setiap individu. Usahlah berlebihan sehingga berhutang untuk perkara yang tidak perlu dan seelok-eloknya bersederhanalah.

Buku: Ke mana wang anda

Oh ya, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yang saya baca bertajuk Ke mana wang anda? ia adalah tulisan Puan Hajah Rohani. Setiap orang tidak kira makan gaji atau bekerja sendiri perlu lakukan audit ataupun analisis ke mana duit yang kita ada dan ke mana kita belanjakan. Ini adalah penting agar kita tahu kenapa duit kita habis setiap hujung bulan. Haha.... 

Baiklah, sebelum pembaca di luar sana turut sama buat analisis apabila selesai membaca entri ini, saya juga mahu paparkan analisis ke mana wang saya dibelanjakan setiap bulan. Ini adalah komitmen saya sebagai seorang wanita yang masih lagi bekerja di sektor kerajaan. 

1. Bayaran ansuran rumah yang didiami sekarang......suami pula membayar ansuran rumah yang terbengkalai.
2. Bayaran ansuran kereta......disebabkan tempat kerja berlainan hala, perlu 2 kereta juga. 
3. Bayaran taska 2 orang anak, 2 orang lagi adalah komitmen suami.
4. Takaful untuk diri sendiri.
5. Potongan bayaran PTPTN.
6. Bayaran bil telefon.
7. Pinjaman komputer.
8. Potongan pelaburan saham public mutual.
9. Potongan zakat automatik setiap bulan.
10. Bayaran sebagai ali koperasi, 
11. Potongan utk simpanan di Tabung Haji
12. Tol dan petrol

Jadi, di atas adalah komitmen setiap saya setiap bulan! Lebihan gaji adalah untuk keperluan runcit atau sekali sekala membeli pakaian. Kawan-kawan pula bagaimana?. Cepat-cepat buat analisis ye.