Khamis, 31 Disember 2015

Selamat Tahun baru 2016

Teks : Aminah Mahmud

Selamat Tahun baru 2016 buat semua.

Mari muhasabah diri.

" Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat, sehinggalah ditanya dengan empat perkara :

Tentang UMURnya pada apakah ia telah dihabiskan,
Tentang WAKTU MUDAnya pada apa telah digunakan,
Tentang HARTAnya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan ,
dan tentang ILMUnya apakah telah diamalkan".

(Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Semoga bermanfaat.

Rabu, 9 Disember 2015

Cuti sekolah

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum..

Cuti sekolah masa untuk pulang ke kampung. Anak-anak gembira berjumpa sepupu mereka. Banyak masa dihabiskan untuk bermain dan bermain. Hmm biarlah, bagi mereka main puas-puas. Cuti sekolah masih panjang. Balik kampung pun sudah di pertengahan cuti. Sebelumnya terpaksa berada di rumah sahaja kerana ada perkara yang perlu diselesaikan antaranya menghadiri hari orientasi untuk pelajar tahun 1 anak kedua kami. Nur Zahra akan ke sekolah rendah tahun hadapan.

Kakaknya Nur Izzah yanng akan memasuki darjah 4 tahun hadapan sudah kami daftarkan menghadiri tuisyen KUMON sejak 2 bulan lepas. Kelasnya 2 hari seminggu. Jadi terpaksa memberi laluan kepada dia supaya dapat hadir ke kelas tuisyen walaupun cuti sekolah dah bermula. Balik kampung ni rehatlah sekejap.




Jumaat, 4 Disember 2015

Senangnya masak bubur pulut hitam dengan periuk Noxxa

Teks : Aminah Mahmud




1. Masukkan beras pulut hitam dan sedikit air. Guna fungsi High pressure selama 10 minit.
2. Selesai hp, off kan periuk dan masukkan pula santan, gula atau gula merah dan secubit garam. Nak letak daun pandan pun boleh,
3. Guna funsi stir fry untuk pastikan santan menggelegak. Atau boleh juga hp kan lagi 5 minit kalau tak mau guna stir fry.
4. Sudah off, kacau sikit dan bolehlah dihidangkan.

Senang dan cepatkan, Sekejap je dah boleh menjamu selera. Tak perlu rendam beras pulut hitam pun.

Selamat mencuba!


Selasa, 1 Disember 2015

Produk penjimatan di rumah keluaran Amway

Teks : Aminah Mahmud






Produk penjagaan kediaman dari Amway

Ini antara produk yang saya gunakan di rumah. Sejak menjadi ahli Amway memang jatuh cinta dengan produk-produknya. Walaupun ramai yang bersungut mengatakan harganya mahal, tetapi saya selaku pengguna merasakan ianya berbaloi!. Orang kata alah membeli menang memakai. Contohnya dish drop pencuci pinggan mangkuk didatangkan dengan kepekatan tinggi dan dicairkan mampu membasuh lebih banyak pinggan mangkuk berbanding pekatan jenama lain. Kalau pinggan berminyak tu senang je tanggal. Sebotol tu saya guna untuk setahun. Memang super jimat.

Jom Cuba!