Ahad, 3 Mei 2015

Cepat masak gulai itik salai dengan pc Noxxa

Teks : Aminah Mahmud

Saya teringin nak makan gulai itik salai. Selalunya kami beli itik salai di gerai-gerai tepi jalan di sekitar Kuala Pilah. Selalunya singgah ketika perjalanan pergi atau balik dari kampunglah.

Mahu jadi rezeki, suami ternampak ada gerai yang menjual daging salai dan itik salai di Pasar tani di MAEPS Serdang yang beroperasi setiap hari sabtu. Jadi, beli sahaja di situ.

Itik salai masak gulai hari ni....tumis rempah masuk santan dan perasa. Masuk daging itik dan hp 30 min dalam pressure cooker noxxa. Kalau tenggek atas dapur gas mahu sejam dua jugak nak empuk.
Lepas tu boleh sambung susukan anak sambil baca buku T.Robert Kiyosaki .....kata nak pencen awal kan!















 

                                              Gulai itik yang menyelerakan, anak sulung sangat sukakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan