Khamis, 4 Ogos 2016

Periuk noxxa dan Iron Phillips yang laris!


Teks : Aminah Mahmud

Minggu-minggu selepas gaji. Tambah pula kawan-kawan yang mendapat dua kenaikan gaji. Menderu-deru order masuk untuk 2 produk hot, Periuk Noxxa dan Iron steam Phillips.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi order dan berurusan dengan saya.

Tunggu periuk dan iron sampai depan muka pintu rumah deh!


Yang nak order, whatsaps 0192179233

Mr. Mama

Teks : Aminah Mahmud



Minggu lepas Alya dah kena chicken pox. Umurnya 10 bulan pada Julai 16. Ummi awalnya tak suspect kena chicken pox sebab dia tak demam. Biji-biji ruamnya naik tidaklah terlalu banyak cuma ada nampak mata nanah. Terus sapu dengan losyen allano je malam tu.

Bila Alya kena chicken pox di kala cuti Ummi cuma berbaki 10 hari sahaja, memang pas baton pada encik suami lah menjadi mr mama. Mujur Alya tengah aktif dan imuniti tinggi masa kena ni, kata Dr Fahmi. Jadi mudahlah mr mama jaga. Takde demam dan tak merengek malah berjaya mendaki 10 anak tangga di bawah bimbingan mr mama. Yeay!

Rabu, 3 Ogos 2016

Air detoks


Teks : Aminah Mahmud


"Bangun pagi hari ini, badan rasa lebih bertenaga. Adakah kerana minum air detoks semasa jamuan Raya kat ofis semalam?. Sedap betul air yang disediakan oleh unit jualan biji benih semalam, penuh serai, limau, lemon, daun mint dan asam boi!"


Selepas saya muatnaik status di atas di facebook, ramai yang bertanyakan resepinya. Jadi air detoks ini juga dipanggil "soda herbs" ya. Nampaknya tak susah nak buat air ni. Cuma masukkan serai yang diketuk, limau dan lemon yang dihiris, helaian daun mint dan juga buah asam boi ke dalam air soda. Tambah air batu, siap!

Memang nyaman betul minum air soda herbs ni..perrgh. Cubalah buat ye kawan-kawan.