Selasa, 5 Ogos 2014

Senangnya memasak dengan Pressure cooker NOXXA


Teks : Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirrahim....


Masih dalam mood hari raya. Kebanyakan warga kota sudah kembali dari kampung dan tradisi mengadakan rumah terbuka di bandar pula akan bermula. Kami pun dah terima beberapa undangan jamuan raya di pejabat dan di rumah sahabat handai. Bagi saya sekeluarga, tahun ini kami tidak mengadakan jamuan rumah terbuka tetapi ia bukan bermakna saudara mara dan sahabat handai tidak boleh berkunjung ke rumah, malah kami berbesar hati menerima kunjungan mereka. Asalkan kami ada di rumah dan tidak ke mana-mana.




Alhamdulillah tahun ini saya banyak memasak juadah hari raya dengan bantuan gajet dapur iaitu periuk bertekanan tinggi Noxxa. Periuk ni saya bawa balik kampung semata-mata untuk mudah dan cepatkan proses memasak. Antara masakan yang saya dah cuba ialah :

1. Nasi himpit / ketupat segera    -30 minit  (rebus)
2. Sup tulang                              - 15 minit (rebus)
3 Gulai itik serati                         - 20 minit (rebus)
4. Puding gula hangus                  -12 minit  (kukus)
5. Nasi arab                                - 15 minit (Goreng dan masak nasi)
6. Nasi dagang                            - 12 minit ( masak nasi dan panaskan)
7. Meehon goreng                       - 10 minit ( Goreng dan steam)
8. Daging salai gulai lemak cili api - 10 minit

Pendek kata saya memang puas hati memasak gunakan periuk Noxxa ni. Memang berbaloi-baloi, tak ralat sangatlah saya beli periuk ni sebelum bulan puasa semata-mata memikirkan saya balik kerja ke rumah agak lambat, jadi perlu lebih tangkas ketika menyiapkan hidangan untuk keluarga.

Sekadar perkongsian, mudahnya memasak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan