Khamis, 10 Mac 2016

SEDEKAH UNTUK KESEMBUHAN PENYAKIT

Teks : Aminah Mahmud

Coretan kenangan.

Saya pernah berkampung di hospital selama 14 hari kerana jangkitan kuman. Pada hari ke 7 doktor masukkan antibiotik dan ia mula bereaksi. Saya sudah pulih dari demam yang tinggi. Perlu tunggu 7 hari untuk habiskan antibiotik dan boleh discaj.

Pada hari ke 6 di wad, saya dihubungi staf bahagian pinjaman perumahan kerajaan memaklumkan bayaran rumah saya belum dipotong melalui slip gaji. Jadi beliau minta saya buat pembayaran dahulu supaya tidak tertunggak. Saya serahkan tugas tersebut kepada suami. Suami buat bayaran online pada keesokan hari iaitu hari ke 7 saya di wad.

Seminggu selepas keluar wad saya dihubungi lagi oleh staf bahagian pinjaman. Katanya mereka belum terima bayaran. Eh sudah. Saya check transaksi yang suami buat rupanya tersalah transfer ke akaun orang lain. Tapi namanya sebijik sebijan nama saya cuma binti lain. Itu akaun rumah PPRT. Tak pasal-pasal kami menapak ke bahagian kementerian wanita di Putrajaya. Akauntan di situ uruskan untuk kembalikan wang kami. Sebulan lepas tu dapat semula.

Lama selepas itu saya membaca buku mudahnya menjemput rezeki. Antara pointnya ialah sedekah mampu menolak bala dan menjadi ubat kesembuhan penyakit.

Sehinggalah 2 orang anak saya juga mengalami demam panas yg tinggi hampir seminggu. Suami rela cuti tapi tidak mahu bawa ke hospital. Jadi dia cuma beri ubat dan suruh budak-budak berehat. Tapi memang tak sanggup nak dengar rengekan budak-budak. Hari jumaat saya sms suami dari ofis bagitau perlu juga bawa anak ke hospital. Lagipun esok sabtu ahad dah cuti. Takde masalahlah nak jaga di hospital. Sebelum habis kerja saya teringat buku yang saya baca tu. Terus saya transfer ke akaun seorang asnaf yang saya dapat dari majalah Mingguan Wanita.

Balik kerja dan sampai rumah saya nampak anak-anak berdua tu sudah berlari berkejaran sedangkan sebelum ni terlantar tidur. Ayah mereka pulak yang sedap tidur jaga anak katanya.
Huhu.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan