Isnin, 16 November 2015

Musim tengkujuh

Teks : Aminah Mahmud

Musim tengkujuh tiba lagi.

Teringat kisah ketika banjir besar di Johor tahun 2006. Ketika itu saya menetap di Kluang, Johor. Perkahwinan jarak jauh. Suami bekerja dan tinggal di Selangor.

Saya baru sahaja lepas berpantang 2 bulan. Hujan tak berhenti siang malam. Hampir seminggu baju baby sudah nak habis stok. Jemur dalam rumah tak kering juga. Mungkin sebab basuh tangan dan perah tak berapa kuat. Terpaksa minta bantuan pengasuh baby basuhkan baju baby guna mesin basuh. Spin kuat sikit. Jadi bila jemur cepat sikit kering. Tambahlah upah pengasuh untuk kos basuh baju. Nak dekat 2 minggu baju sendiri pulak dah nak habis stok. Tunggu suami datang hujung minggu terus pergi beli mesin basuh.huhu. Pada mulanya bertahan untuk tidak membeli barangan besar dalam rumah seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk sebab semua kelengkapan itu sudah ada di rumah sewa suami di Selangor. Memikirkan jika permohonan saya berpindah ke Selangor diluluskan, pindah bawa kain baju sahaja. Namun bila terjadi hal di luar jangka begini, terpaksa jugalah membelinya. Sama model dan jenis pula tu dengan mesin basuh yang sedia ada.

Apabila sudah ada mesin basuh, saya beritahu pengasuh tidak perlu lagi basuhkan baju anak. Tapi beliau minta untuk terus basuh dan kekalkan bayaran tambahan setiap bulan. Huhu. Takpelah, rezeki beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan