Ahad, 29 November 2015

Hari ke -61 baru keluar rumah

Teks : Aminah Mahmud

Dua hari lepas, hari ke 61 saya bersalinkan Nur Alya Nazihah. Kebetulan hari sabtu dan hari cuti.

Sebelah pagi suami hantar anak ke Tuisyen KUMON dan ke taska anak-anak sebab ada report card day. Cadangannya lepas zohor mahu keluar ke Bangi.

Keluar dari rumah saya rasa macam baru keluar dari gua.haha. Sebabnya cuaca terang sangat petang tu. Walaupun hari-hari saya buka pintu sliding dan intai melalui langsir, tapi cuaca kat luar buat mata saya cerah betul. Agaknya sebab hari-hari terperap dalam rumah. Jemur kain kat ampaian pun suami yang buat, saya tukang lipat atau kemas kain baju yang sudah kering dan diangkut masuk dalam rumah.

Suami bawa kami anak beranak makan di luar. Makan nasi beriani di Bangi. Selepas makan singgah di pasaraya beli biskut dan sedikit barang dapur. Balik rumah terus sebab nampak cuaca dah gelap dan nak hujan. Ingatkan nak singgah ke Pasaraya Hari-hari nak nak beli baju sekolah anak-anak. Takpelah, lain kali. Masa masih panjang sebelum buka sekolah semula. Oh ada juga jualan baju baby yang murah oleh Bebe's Home depan Pasaraya Grand Union. Kalau tak kerana saya dah beli baju baby untuk stok 2 tahun, mahu saya tercegat memilih baju yang cantik-cantik kat situ. Oh perempuan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan