Selasa, 11 Oktober 2016

Menang lelongan emas Ar-rahnu

Teks : Aminah Mahmud
Gambar : Aminah mahmud






Tak sangka pulak boleh menang bidaan emas lelong yang saya cuba bid awal bulan hari tu. Walaupun cuma menang 2 item sahaja daripada 4 item, ok lah kan. Hadiah ๐ŸŽ birthday untuk Alya nih. Berbaloi juga walaupun emas terpakai sahaja. Yang penting murah 10% dari harga semasa emas Arrahnu dan tiada upah tukang.

Cara nak masuk tender lelongan emas Ar Rahnu.

1. Selalunya pihak ar rahnu war-warkan di group whatsap bila tarikh lelongan. Biasanya lelongan berlangsung selama 3 hari.

2. Isi borang untuk setiap barang lelongan yang kita nak bid. satu borang rm 5 tak termasuk GST.

3. Check barang kemas yang dilelong. Ada patah ke, bengkok ke kena pandai pilihlah. Letaklah harga yang kita nak bid berpatutan dengan bajet kita. Jangan top up overprice dari harga semasa pulak. Harga reserve memang pihak Ar-Rahnu dah letak siap-siap dalam kotak cermin pameran.

4. Sudah siap isi borang tender, masuk dalam kotak tender.

5. Kalau menang, pihak Arr-Rahnu akan hubungi dalam 2-3 minggu lepas tamat lelongan.




Isnin, 10 Oktober 2016

Usia 35

Teks: Aminah Mahmud
Gambar: Aminah Mahmud




Tanggal 8 Oktober 2016. Hari kelahiran yang ke 35. Catatan kenang-kenangan.

Terima kasih buat teman dan kenalan atas ingatan sempena hari lahir. Di usia begini ku mengharapkan agar hidup bermanfaat, menjadi isteri solehah dan ibu yang baik buat anak-anak. Amin.


Salam sayang.
Aminah Mahmud

Khamis, 4 Ogos 2016

Periuk noxxa dan Iron Phillips yang laris!


Teks : Aminah Mahmud

Minggu-minggu selepas gaji. Tambah pula kawan-kawan yang mendapat dua kenaikan gaji. Menderu-deru order masuk untuk 2 produk hot, Periuk Noxxa dan Iron steam Phillips.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi order dan berurusan dengan saya.

Tunggu periuk dan iron sampai depan muka pintu rumah deh!


Yang nak order, whatsaps 0192179233

Mr. Mama

Teks : Aminah Mahmud



Minggu lepas Alya dah kena chicken pox. Umurnya 10 bulan pada Julai 16. Ummi awalnya tak suspect kena chicken pox sebab dia tak demam. Biji-biji ruamnya naik tidaklah terlalu banyak cuma ada nampak mata nanah. Terus sapu dengan losyen allano je malam tu.

Bila Alya kena chicken pox di kala cuti Ummi cuma berbaki 10 hari sahaja, memang pas baton pada encik suami lah menjadi mr mama. Mujur Alya tengah aktif dan imuniti tinggi masa kena ni, kata Dr Fahmi. Jadi mudahlah mr mama jaga. Takde demam dan tak merengek malah berjaya mendaki 10 anak tangga di bawah bimbingan mr mama. Yeay!

Rabu, 3 Ogos 2016

Air detoks


Teks : Aminah Mahmud


"Bangun pagi hari ini, badan rasa lebih bertenaga. Adakah kerana minum air detoks semasa jamuan Raya kat ofis semalam?. Sedap betul air yang disediakan oleh unit jualan biji benih semalam, penuh serai, limau, lemon, daun mint dan asam boi!"


Selepas saya muatnaik status di atas di facebook, ramai yang bertanyakan resepinya. Jadi air detoks ini juga dipanggil "soda herbs" ya. Nampaknya tak susah nak buat air ni. Cuma masukkan serai yang diketuk, limau dan lemon yang dihiris, helaian daun mint dan juga buah asam boi ke dalam air soda. Tambah air batu, siap!

Memang nyaman betul minum air soda herbs ni..perrgh. Cubalah buat ye kawan-kawan.
 

Jumaat, 22 Julai 2016

Jarak kelahiran

Teks : Aminah Mahmud
Gambar : Aminah Mahmud







Nur Azlyn Qaisara, 2 tahun setengah (Jun 2016)

Benarkah jarak kelahiran yang rapat boleh menyebabkan tantrum berlebihan pada anak-anak?

Saya rasa ya. Saya pregnantkan Alya ketika Sara baru berumur 1 tahun. Lahir adiknya, Sara berumur 1 tahun 9 bulan. Belum cerai susu dah ada adik memang kasihan. Dia rasa terpinggir dan kita tak cukup tangan nak layan. Jadinya nak pesan buat ibu-ibu di luar sana, cuba jarakkan kelahiran sekurang-kurangnya 2 tahun. Dalam Islam dah cantik susun supaya jarak kelahiran 2 tahun untuk kesihatan ibu dan cukup waktu bermanja untuk anak.

Sekadar coretan. Moga bermanfaat.

Petua tercekik tulang ikan

Teks : Aminah Mahmud


PETUA TERCEKIK TULANG IKAN

Ada kucing tak kat rumah?

Pinjam tangan kucing tu, minta dia garu- garu kat leher yang tercekik tu. Hehe.

Sudah 2 kali anak tercekik, saya mampu jerit panik panggil suami. Terukkan.

Dia ambil kucing, pinjam tangan gosok kat leher anak. Terus lega.

Saya ni terus telek tangan kucing dengan leher anak. Sungguh tak nampak SAINS nya macam mana boleh hilang sakit tercekik tu.huhu.

Nama pun petua kan. Boleh Cuba. Tak dosa.

Sekian.