Rabu, 3 Ogos 2016

Air detoks


Teks : Aminah Mahmud


"Bangun pagi hari ini, badan rasa lebih bertenaga. Adakah kerana minum air detoks semasa jamuan Raya kat ofis semalam?. Sedap betul air yang disediakan oleh unit jualan biji benih semalam, penuh serai, limau, lemon, daun mint dan asam boi!"


Selepas saya muatnaik status di atas di facebook, ramai yang bertanyakan resepinya. Jadi air detoks ini juga dipanggil "soda herbs" ya. Nampaknya tak susah nak buat air ni. Cuma masukkan serai yang diketuk, limau dan lemon yang dihiris, helaian daun mint dan juga buah asam boi ke dalam air soda. Tambah air batu, siap!

Memang nyaman betul minum air soda herbs ni..perrgh. Cubalah buat ye kawan-kawan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan