Selasa, 11 Oktober 2016

Menang lelongan emas Ar-rahnu

Teks : Aminah Mahmud
Gambar : Aminah mahmud






Tak sangka pulak boleh menang bidaan emas lelong yang saya cuba bid awal bulan hari tu. Walaupun cuma menang 2 item sahaja daripada 4 item, ok lah kan. Hadiah ๐ŸŽ birthday untuk Alya nih. Berbaloi juga walaupun emas terpakai sahaja. Yang penting murah 10% dari harga semasa emas Arrahnu dan tiada upah tukang.

Cara nak masuk tender lelongan emas Ar Rahnu.

1. Selalunya pihak ar rahnu war-warkan di group whatsap bila tarikh lelongan. Biasanya lelongan berlangsung selama 3 hari.

2. Isi borang untuk setiap barang lelongan yang kita nak bid. satu borang rm 5 tak termasuk GST.

3. Check barang kemas yang dilelong. Ada patah ke, bengkok ke kena pandai pilihlah. Letaklah harga yang kita nak bid berpatutan dengan bajet kita. Jangan top up overprice dari harga semasa pulak. Harga reserve memang pihak Ar-Rahnu dah letak siap-siap dalam kotak cermin pameran.

4. Sudah siap isi borang tender, masuk dalam kotak tender.

5. Kalau menang, pihak Arr-Rahnu akan hubungi dalam 2-3 minggu lepas tamat lelongan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan