Selasa, 12 April 2016

Pelbagai kegunaan noodlemaker noxxa

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud




Cuma dengan satu butang yang ditekan, kita mampu menghasilkan mee, pasta, muruku dan tart nenas sendiri di rumah.


                                              
.


Masuk bahan, tekan butang keluar maruku


Senang sangat ada noodlemaker ni, 3-4 balang sekejap sahaja maruku siap.

Berminat? Whatsap 0192179233










Rabu, 6 April 2016

Buat brownies pulak

Teks : Aminah Mahmud
Gambar : Aminah Mahmud






Cuaca panas sangat sekarang ni. Kurangkan aktiviti di luar. Saya pun baru baik dari demam ni, craving for sugar.....buat brownies tapi kekacang dah habis stok pulak nak tabur kat atas tu.

Rupanya senang sangat buat brownies...hehe maklumlah saya beli tepung brownies segera di  kedai roti dan kek. Cuma bancuh dengan air dan telur sahaja dan putar. Tak perlu putar lama sangatpun sebab brownies ni tak perlu kembang macam kek. Satu peket tepung brownies yang saya beli cuma rm10 dan saya dapat buat 4 bekas love kat dalam gambar. Bakar dalam breadmaker & oven noxxa lah. Untung buat sendiri, kalau beli satu bekas tu rm8-10 juga.

Boleh cuba ye kawan-kawan. beli tepung brownies segera je kat kedai lepas tu buat sendiri kat rumah.

Isnin, 4 April 2016

Janda Baik destinasi bercuti di waktu cuaca panas

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Sekarang musim kemarau. Rasanya bermula cuti sekolah pertengahan bulan mac memang cuaca panas dan kering. Kami ambil kesempatan bawa anak-anak ke Janda Baik mandi sungai masa cuti sekolah lepas.

Cari tempat sejuk katanya. Kami menginap di Inap Desa. Semalaman sahaja, pergi hari ahad esoknya dah balik. Walau sekejap puas hati semua dapat berendam dalam air sungai yang sejuk. sampai kecut-kecut jari tangan budak-budak tu. Lepas mandi sungai diorang masuk kolam pulak. Bagus tempat ni. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa sekali.





Ternak ayam pula




Teks : Aminah Mahmud


Ada satu hari, suami cuti kerja. Bila saya balik ke rumah, anak-anak kecoh kat belakang rumah. Apa lah projek mereka. Saya jenguk ikut tingkap.


Rasa nak nangis terharu bila suami kembali buat projek ternak ayam belakang rumah. Anak 5 orang dah buat diriku huru hara, dia tambah pulak anak ayam. Bukan apa takut lebih masa dia habiskan untuk ajar ayam berkokok.eh?



Jumaat, 11 Mac 2016

Buat roti dengan breadmaker noxxa


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi




Biasanya untuk satu adunan doh roti cuma perlukan setengah kilo tepung roti. Untuk yang selalu makan roti memang berbaloilah kalau ada breadmaker noxxa dan buat roti sendiri. Kat rumah saya ni, semua suka makan roti kecuali suami. Tapi kata dia, pengalaman pergi US dulu memang merana kalau tak makan roti, sebab nasi payah nak jumpa. Nak taknak kena belajar makan roti jugak.




Tepung roti ni cuma RM 3.30 sekilo.

Banyak jimatnya kawan-kawan kalau kita pandai buat roti sendiri. Mudah pula buat di rumah dengan breadmaker noxxa.


Saya penjual breadmaker Noxxa.
Saya guna saya jual. Bimbingan dan cara guna pun diberi. Boleh join group whatsapps atau Telegram untuk berkongsi resepi dan cara buat roti sendiri.

Jom whatsapps 0192179233

Khamis, 10 Mac 2016

SEDEKAH UNTUK KESEMBUHAN PENYAKIT

Teks : Aminah Mahmud

Coretan kenangan.

Saya pernah berkampung di hospital selama 14 hari kerana jangkitan kuman. Pada hari ke 7 doktor masukkan antibiotik dan ia mula bereaksi. Saya sudah pulih dari demam yang tinggi. Perlu tunggu 7 hari untuk habiskan antibiotik dan boleh discaj.

Pada hari ke 6 di wad, saya dihubungi staf bahagian pinjaman perumahan kerajaan memaklumkan bayaran rumah saya belum dipotong melalui slip gaji. Jadi beliau minta saya buat pembayaran dahulu supaya tidak tertunggak. Saya serahkan tugas tersebut kepada suami. Suami buat bayaran online pada keesokan hari iaitu hari ke 7 saya di wad.

Seminggu selepas keluar wad saya dihubungi lagi oleh staf bahagian pinjaman. Katanya mereka belum terima bayaran. Eh sudah. Saya check transaksi yang suami buat rupanya tersalah transfer ke akaun orang lain. Tapi namanya sebijik sebijan nama saya cuma binti lain. Itu akaun rumah PPRT. Tak pasal-pasal kami menapak ke bahagian kementerian wanita di Putrajaya. Akauntan di situ uruskan untuk kembalikan wang kami. Sebulan lepas tu dapat semula.

Lama selepas itu saya membaca buku mudahnya menjemput rezeki. Antara pointnya ialah sedekah mampu menolak bala dan menjadi ubat kesembuhan penyakit.

Sehinggalah 2 orang anak saya juga mengalami demam panas yg tinggi hampir seminggu. Suami rela cuti tapi tidak mahu bawa ke hospital. Jadi dia cuma beri ubat dan suruh budak-budak berehat. Tapi memang tak sanggup nak dengar rengekan budak-budak. Hari jumaat saya sms suami dari ofis bagitau perlu juga bawa anak ke hospital. Lagipun esok sabtu ahad dah cuti. Takde masalahlah nak jaga di hospital. Sebelum habis kerja saya teringat buku yang saya baca tu. Terus saya transfer ke akaun seorang asnaf yang saya dapat dari majalah Mingguan Wanita.

Balik kerja dan sampai rumah saya nampak anak-anak berdua tu sudah berlari berkejaran sedangkan sebelum ni terlantar tidur. Ayah mereka pulak yang sedap tidur jaga anak katanya.
Huhu.

Semoga bermanfaat.

Gajet-gajet dapur yang patut anda miliki

Teks : Aminah Mahmud


Assalamualaikum....
Sudah lama tidak bersiaran.

Mahu berkongsi tentang beberapa gajet dapur yang patut semua orang miliki. Produk yang awesome dan sangat bermanfaat ye. Mari kita lihat apakah gajet-gajet tersebut.



Food processor



Airfryer

Periuk tekanan

Breadmaker


Noodlemaker


Semua produk ini ternyata mampu memudahkan kerja-kerja anda di dapur!