Rabu, 6 April 2016

Buat brownies pulak

Teks : Aminah Mahmud
Gambar : Aminah Mahmud






Cuaca panas sangat sekarang ni. Kurangkan aktiviti di luar. Saya pun baru baik dari demam ni, craving for sugar.....buat brownies tapi kekacang dah habis stok pulak nak tabur kat atas tu.

Rupanya senang sangat buat brownies...hehe maklumlah saya beli tepung brownies segera di  kedai roti dan kek. Cuma bancuh dengan air dan telur sahaja dan putar. Tak perlu putar lama sangatpun sebab brownies ni tak perlu kembang macam kek. Satu peket tepung brownies yang saya beli cuma rm10 dan saya dapat buat 4 bekas love kat dalam gambar. Bakar dalam breadmaker & oven noxxa lah. Untung buat sendiri, kalau beli satu bekas tu rm8-10 juga.

Boleh cuba ye kawan-kawan. beli tepung brownies segera je kat kedai lepas tu buat sendiri kat rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan