Teks: Aminah Mahmud
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini jerebu lagi. Hari ke 24 saya berpantang. Jenguk ke luar rumah jelas ketara keadaan jerebu yang teruk. Sementelahan saya masih lagi dalam perintah berkurung kerana berpantang, jadi tiada masalah apabila sekolah diberikan cuti. Anak-anak boleh sahaja berada di rumah tanpa perlu ayahnya mengambil cuti. Ramai sudah ibu bapa yang mengeluh apabila sekolah dicutikan kerana beberapa siri jerebu kali ini. Mengeluh kerana mereka juga sudah kekurangan cuti rehat yang perlu diambil untuk menjaga anak. Walaupun sesetengah ibu bapa masih boleh membawa anak-anak ke tempat kerja, namun tidak semuanya selesa untuk membawa anak ke pejabat dengan kerap. Oh, begitulah dilema ibu bapa yang bekerja!
Suami pesan jangan biarkan anak keluar bermain di luar rumah. Jerebu sangat teruk. Dikhuatiri ada efek untuk mereka. Malah orang dewasa juga harus berhati-hati. Seminar tentang udara dan jerebu di fakulti tempat suami bekerja, penceramah memberitahu bahawa partikel jerebu adalah sangat halus dan mampu memasuki ruang pernafasan hingga ke paru-paru. Kesannya sama ada cepat jika mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan kesan jangka panjang sekiranya partikel jerebu ini sudah termendap lamanya.
* Kanak-kanak di bawah umur setahun rupanya belum mempunyai bulu hidung. Jadi mereka lebih berisiko jika terdedah kepada jerebu kerana hidung tidak mampu menapis bendasing atau partikel yang disedut ketika bernafas.
Ahad, 18 Oktober 2015
Selasa, 13 Oktober 2015
Unit perubatan tradisional dan komplementari, Hospital Putrajaya
Teks :Aminah Mahmud
Gambar : ihsan google
Baru saya tahu rupanya ibu bersalin normal di Hospital Putrajaya boleh dapat pakej sesi mengurut, bertungku, berbengkung dan diajar cara senaman secara percuma. 3 sesi pertama pada hari ke-6 bersalin dan 3sesi pada hari ke 39 berpantang. Untung dan jimat juga 3-4 ratus kos mengurut. Pakej ini sudah termasuk dalam pakej wad kelas pertama apabila bersalin di sana. Apa yang perlu dibuat ialah daftarkan diri di unit perubatan tradisional dan komplimentari sebelum anda pulang. Staf yang bertugas akan tetapkan jadual dan appointment untuk datang ke sesi rawatan yang disedikan.
Setakat ini saya sudah selesai 3 sesi selepas bersalin. Tunggu sesi seterusnya pada hari ke 39 berpantang.

Nikmatnya sakit bersalin!
Teks : Aminah Mahmud
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Semoga bermanfaat!
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Semoga bermanfaat!
Rabu, 7 Oktober 2015
Penyelesaian kain baju yang berlambak
Teks : Aminah Mahmud
Assalamualaikum
Saya inginkan kongsikan sedikit ruang penyimpanan yang saya gunakan untuk pakaian anak-anak. Sebelum ni, saya memang pening kepala dengan pakaian anak-anak yang banyak.
Pada awalnya saya berangan nak ada drawer IKEA untuk baju anak-anak. Tapi kan benda alah tu mahal jugak harganya walaupun setiap tahun IKEA akan turunkan harganya. Walaupun begitu saya masih berharap boleh deko bilik anak-anak ala IKEA lah kan. Drawer tu boleh je beli kat kedai biasa, lagi murah. Cumanya bakul dalam drawer tu pulak yang mahal. Bila kira-kira nak sama ngan harga drawer pula kos untuk bakul tu. Huhu takpelah nampaknya saya harus bertukar kepada alternatif lain.
Drawer kat atas ni dah lama saya tengok rumah seseorang yang ada anak ramai. Dia bagitahu dia simpan baju anak-anak dan bagi bahagian masing-masing supaya senang untuk kemas baju dan nak cari baju untuk pakai. Tapi idea ni memang saya tak kongsi dengan suami sebab saya tak berkenan. Maklumlah tak secantik kalau guna drawer IKEA tu.hihi ..nak jugak IKEA kan. Tapi kan, suami saya ambik keputusan beli je rak kat atas. Terpaksalah saya ikut je. Sekarang rumah saya dah kurang sepah dengan baju anak-anak yang tak sempat dilipat selepas diangkat dari jemuran. Kerja pun senang sikit, cuma perlu asingkan baju setiap anak dan masukkan dalam petak rak masing-masing. Tak perlu nak lipat. Kalau ada masa lebih bolehlah nak lipat bagai.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mencari seterika ajaib untuk memudahkan kerja -kerja menggosok baju?
Ada yang sekerat hari menggosok baju kerja dan baju sekolah anak. Ada yang sampai berpeluh-peluh menyudahkan kerja menggosok pakaian yang berbakul-bakul. Teringin nak mudahkan kerja dengan seterika steam phillips yang ohsem?? Harga special pm/ whatsap 0192179233. Jimat masa dan jimat tenaga.
Isnin, 5 Oktober 2015
Harga seterika ajaib Amway
Teks : Aminah Mahmud

Cuba lihat harga seterika yang dijual di LAZADA...
Mahu dapatkan yang lebih murah dan berbaloi dari harga di atas? Hubungi saya 0192179233 untuk maklumat lanjut.
Aminah Mahmud (Pemilik perniagaan AMWAY)

Ahad, 4 Oktober 2015
Apa yang kita mahu tak semestinya kita dapat!
Teks : Aminah Mahmud
Kami ke dewan bersalin hospital Serdang. Staf bertugas di kaunter maklumkan siap -siap bahawa suami tak dibenarkan menemani isteri di labour room kerana sedang direnovasi. Jadi tempat terhad dan kecil.
Owh hilang semangat nak beranak kalau suami tak teman! 4 Kelahiran sebelum ni mesti suami ada sekali di labour room.
Kami bergegas ke hospital Putrajaya dengan harapan yg sama. Syukur wad banyak yang kosong dan suami dibenarkan teman isteri ketika proses kelahiran. Saya masuk labour room jam 5.30 petang dan dimasukkan ubat induce. Memikirkan kemungkinan lambat lagi nak bersalin saya suruh suami hantar anak-anak balik ke rumah untuk dijaga oleh mak saudara mereka yang baru balik dari kerja. Sudah hantar dan patah balik rupanya dia singgah solat maghrib di masjid dulu. Waktu itu juga rupanya saya dah sakit dan bersalin tanpa kehadiran suami di sisi!

Alhamdulillah....dipermudahkan kelahiran anak yang ke-5
Rabu, 9 September 2015
Bercakap dan bermainlah dengan anak-anak
Teks : Aminah Mahmud
Ambil peluang ketika anak-anak masih kecil. Selalulah kita peruntukkan masa untuk bercakap dan bermain dengan anak-anak kita. Mungkin selepas mereka menginjak dewasa peluang itu sudah tiada kerana mereka mungkin membawa haluan masing-masing sama ada sambung belajar, berkeluarga ataupun tinggal berjauhan.
Biar anak jadikan kita sebagai ibu bapa idola pertama mereka...

Langgan:
Catatan (Atom)