Ahad, 16 Ogos 2015

Breadmaker noxxa impian saya!

Teks : Aminah Mahmud



Breadmaker noxxa memang menjadi wishlist saya tahun 2015. Untuk pengetahuan, saya dan anak-anak memang suka makan roti kecuali encik suami yang tidak berapa gemarkan roti.

Bekalan ke taska anak-anak selalunya mahu bawa roti sahaja sebab waktu tengahari mereka akan disediakan makan tengahari yang berat iaitu nasi di taska. Jadi roti adalah menu yang paling sesuai dengan sekali-sekala ditukar dengan menu lain seperti kuih donut, mihun goreng atau roti canai.

Kebiasaannya suami akan belikan roti gardenia berkrim vanila, jagung ataupun coklat di kedai runcit buat bekalan mereka. Bermula harganya RM 0.60 setahun atau 2 tahun lepas,  sekarang sebiji roti sudah cecah harga RM0.85. Huhu. Kadang-kadang anak yang kecil 2 tahun pun dah pandai  minta roti juga nak makan dalam kereta sebelum sampai ke taska. Pendek kata pagi dan petang kena ada roti untuk mereka. Jadi saya kira sudah sampai masanya saya buat sendirilah roti untuk anak-anak. Mak pun boleh makan juga nanti.

Dan tercapailah hasrat hati nak ada breadmaker Noxxa tahun ni. Cumanya lambat bawak keluar dari kotak sebab takde tempat nak letak kat dapur. Lepas buat sikit ubahsuai dan kemas balik dapur barulah ada ruang untuk si breadmaker memulakan tugasannya. Nantikan lepas ni saya kongsikan hasil-hasil meroti saya.




Breadmaker noxxa, rasmi masa buat biskut raya hari tu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan