Isnin, 30 November 2015

Apa nak buat jika kena bentan?

Teks : Aminah Mahmud

Dua kali saya kena bentan.

Saya agak sebab saya tolak troli barang dan terminum air kotak milo yang masih  sejuk baru keluar dari peti ais..

Kesannya ialah seram sejuk, menggigil dan demam. huhu.

Pengalaman saya yang lepas- lepas kalau kena bentan,

1. Bakar tungku atas dapur gas.

2. Sapu minyak panas kat badan dan selimut.

3. Minta tolong suami buatkan air milo atau kopi o panas. Minum.

4. Kalau pening kepala, ikat rambut tinggi, telan panadol sebiji dan sapu pilis kat dahi kalau ada.

5. Tungku dah panas, bertungku satu badan.

Selalunya bila buat langkah - langkah kat atas memang boleh pulih. Biasanya badan akan mula berpeluh, suhu turun, angin pun banyak keluar sama ada sendawa atau kentut. Cuma tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap orang.

Semoga membantu kalau terjadi pada orang lain juga.


Ahad, 29 November 2015

Hari ke -61 baru keluar rumah

Teks : Aminah Mahmud

Dua hari lepas, hari ke 61 saya bersalinkan Nur Alya Nazihah. Kebetulan hari sabtu dan hari cuti.

Sebelah pagi suami hantar anak ke Tuisyen KUMON dan ke taska anak-anak sebab ada report card day. Cadangannya lepas zohor mahu keluar ke Bangi.

Keluar dari rumah saya rasa macam baru keluar dari gua.haha. Sebabnya cuaca terang sangat petang tu. Walaupun hari-hari saya buka pintu sliding dan intai melalui langsir, tapi cuaca kat luar buat mata saya cerah betul. Agaknya sebab hari-hari terperap dalam rumah. Jemur kain kat ampaian pun suami yang buat, saya tukang lipat atau kemas kain baju yang sudah kering dan diangkut masuk dalam rumah.

Suami bawa kami anak beranak makan di luar. Makan nasi beriani di Bangi. Selepas makan singgah di pasaraya beli biskut dan sedikit barang dapur. Balik rumah terus sebab nampak cuaca dah gelap dan nak hujan. Ingatkan nak singgah ke Pasaraya Hari-hari nak nak beli baju sekolah anak-anak. Takpelah, lain kali. Masa masih panjang sebelum buka sekolah semula. Oh ada juga jualan baju baby yang murah oleh Bebe's Home depan Pasaraya Grand Union. Kalau tak kerana saya dah beli baju baby untuk stok 2 tahun, mahu saya tercegat memilih baju yang cantik-cantik kat situ. Oh perempuan!

Rabu, 25 November 2015

majlis perkahwinan adik

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi

Musim cuti sekolah tiba lagi. Sinonim ia dengan majlis kenduri kahwin.

Abadikan memori majlis perkahwinan adik saya. Majlisnya dah lama berlangsung. Bulan september 15 yang lalu.



Semoga pasangan pengantin berbahagia selalu.




Izzah, Haris dan Zahra ambil peluang bergambar dengan backdrop majlis kawin.




Batu tungku


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Hujan dan sejuk memang best bertungku. Tapi batu tungku pun dah pecah relai. Pecah bukan sebab terlampau rajin bertungku tapi proses panas sejuk. Kadang-kadang terlupa tungku atas dapur.hamba tertidur menunggu. Jangan amalkan. Moleklah ada yang jaga ibu berpantang. Elak keseorangan.huhu.

Jangan rindu bertungku lagi lepas ni. Kata anak bongsu kan!




Ladu; makanan untuk ibu berpantang


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Ladu
Ada rasa lada hitam.
Memang bagus untuk orang lepas bersalin makan.
Hangatkan badan. Selalu mak saudara saya akan bawa ladu sebagai buah tangan apabila melawat orang baru lepas bersalin.
Nanti nak kirim lagi kalau orang Kelate nak datang KL.

Lepas dah habis makan baru terfikir camana buat ladu ni eh?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mencari set berpantang Tropical Herbs? WA 0192179233



Jumaat, 20 November 2015

Baby kembung perut

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud

Beberapa hari lepas, ummi lupa diri. Minum air teh o beberapa cawan sambil cicah biskut. Sudahnya malam tu baby dan ummi tak boleh nak tidur sampai ke pagi. Rupanya baby dah kembung perut. Kesian baby.




Nur Alya Nazihah, 50 hari

Nampaknya ummi kena jaga makan. Pantang makan yang berangin masih perlu diteruskan demi kesejahteraan ummi dan baby juga.

Rabu, 18 November 2015

Mak andam tidak bertauliah


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Tepek sekeping gambar dari facebook. Bagus juga facebook tunjukkan balik gambar memori kita yang setahun atau 2 tahun lepas. Gambar ni suami yang ambik ketika 2 beradik tu tengah asyik bersiap nak pergi kenduri kahwin. Izzah dan Zahra. Masa tu belum ada Azlyn Qaisara pun lagi. Lucu pula tengok gambar mereka masa ni. Berlagak bagaikan orang dewasa sahaja. Macam pandai-pandai je kan.



                        Mak andam tidak bertauliah