Jumaat, 31 Julai 2015

Rasa kebas ketika mengandung

Teks : Aminah Mahmud

Usia kandungan saya sudah menginjak 6 bulan. Sungguh cepat masa berlalu. Selepas berlalu trimester yang pertama saya rasa lebih bertenaga. Sememangnya pengalaman mengandungkan 4 orang anak sebelum ini menyaksikan berlaku sedikit alahan dan keletihan pada trimester pertama. Memasuki trimester yang kedua masalah itu hilang cuma terasa perut pula yang makin memboyot, haha. Makan memang kena jaga supaya tiada kenaikan berat badan yang mendadak. Lain-lain memang tiada masalah.

Namun untuk kandungan kelima ini, saya menghadapi rasa kebas-kebas pada kaki dan tangan yang agak teruk. Perjumpaan bulanan dengan doktor di klinik, saya ambil kesempatan bertanyakan masalah saya ini. Doktor maklumkan ini masalah biasa pada wanita mengandung. Jadi doktor cadangkan supaya saya mengambil supplement kalsium.  


                                             Supplement Cal mag D plus brand Nutrilite

Supplement keluaran amway ni saya kongsi dengan suami. Encik suami minta saya belikan sebelum tu sebab dia aktif bersukan dan rasa lenguh-lenguh pada lutut. Sekarang saya join sekali ambik supplement ini untuk saya juga. Sumber kalsium dari supplement ini bagus untuk tulang, gigi dan urat-urat. Ia juga berkesan untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan selain melawaskan pembuangan angin dari badan. Pengalaman suami yang ambil supplement ini lebih awal dari saya, katanya sakit lutut dan lenguh badan sudah berkurangan. Hmmm nantikan pula macam mana masalah kebas kaki dan tangan saya ni, ok ke tak lepas ni.

Sekian dulu..



Rabu, 29 Julai 2015

Lebah membuat sarang

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Pokok bidara yang kami tanam di halaman rumah 3 tahun yang lepas sudah merimbun. Buahnya memang sudah banyak kali kami rasa dan boleh dikatakan berbuah sepanjang masa. Cuma buahnya memang menjadi tarikan lalat buah, dan akan rosak jika kita tidak buat pencegahan untuk elakkan serangan lalat buah. Awal-awal dulu rajin juga encik suami pasang perangkap lalat buah jenis semburan yang digantung pada pokok. Jadi buah cantik sebab tak  kena cucuk  ngan lalat buah. Lama-lama dah tak pasang  perangkap, buah banyak yang tak menjadi. Baru-baru ni en suami terpandang sekumpulan lebah yang mula nak buat sarang kat dahan pokok. Terkejutlah juga sebab ia dah agak besar juga. Bimbangkan keselamatan anak-anak yang bermain di halaman rumah, kami pergi ke balai bomba dan buat laporan untuk mereka musnahkan sarang lebah tersebut. Bomba yang bertugas bagitahu mereka akan buat operasi tu waktu malam.

Jadi malam tu, bomba datang musnahkan sarang lebah tersebut. Senang je mereka buat. Guna semburan Ridsect dan juga bakar api kat sarang.

Selesai.









Selasa, 28 Julai 2015

12 amalan pembuka pintu rezeki

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Tahun 2015 memang tahun gawat, orang kata ekonomi negara merudum. Pelbagai krisis politik, penyelewengan harta negara, syarikat pelaburan dari luar yang menutup operasi mereka, kilang yang tutup, kompeni mengecilkan penggunaan tenaga kerja, kurang peluang pekerjaan dan macam-macam lagi.

Jom mari kita amalkan beberapa amalan pembuka pintu rezeki. Semoga kita semua diberikan kecukupan.


Salam Lebaran 2015

Teks : Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirahim.....

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

Di pagi raya di Dungun, Sempatlah snap sekeping gambar keluarga buat kenang-kenangan. Tak dapat nak posing banyak-banyak sebab tetamu dah mula datang ke rumah ibu mertua seawal selepas habis solat sunat aidilfitri di masjid.



Ambil peluang di hari raya untuk beramah mesra mengeratkan silaturahim dengan sanak saudara serta rakan taulan. Peluang untuk bermaaf-maafan juga. Kosong kosong ok!

Isnin, 13 Julai 2015

Berjimat ketika banyak


Teks : Aminah Mahmud


3-4  hari lepas penjawat awam sudah terima gaji untuk bulan Julai 2015. Sungguh awal dari jadual kebiasaan. Motifnya kerana hari raya yang akan menjelma. Jadi banyaknya keinginan untuk berbelanja. Semuanya mahu. Dugaan sungguh.


Jadi mari kita amalkan tips ini " Berjimat ketika banyak, bukannya berjimat ketika ciput".

Saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasukkan semua gaji bulan julai ke akaun Tabung Haji. Takut terguna dan boros jika ada dalam akaun simpanan yang biasa kita guna. Ini macam kes paksa rela lah.huhu.

Buat kawan-kawan semua, rancang wang dan rancang perbelanjaan anda.

Semoga bermanfaat.


Dialog yang perlu dielakkan ketika hari raya

Teks : Aminah Mahmud


Assalamualaikum......

Kita berada di minggu terakhir Ramadhan, sudah nampak status kawan-kawan di facebook yang mula bercuti awal dan bergerak pulang ke kampung. Sekadar berkongsi antara dialog yang perlu dielakkan ketika hari raya.





Semoga bermanfaat.

Ahad, 12 Julai 2015

Biskut famous amos

Teks : Aminah Mahmud


Kalau dah orang duk kongsi resepi choc chip famos amos dekat 28 kali kat newsfeed takkan nak tengok je. Harus cuba buat lagipun nampak senang sangat. Boleh buat kudapan lepas berbuka atau lepas terawih.

Banyak versi resepi biskut ni. Saya salin dari fb sahaja. Lupa pula siapa tuan punya asal. 2 balang besar dan 1 balang kecil berjaya diperolehi. Jimat perbelanjaan beli biskut raya tahun ini.


Kawan-kawan buat biskut apa?