Jumaat, 15 Januari 2016

Resolusi kewangan 2016

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum...

Sudah lama tidak mencoret di sini.

Saya mahu catatkan beberapa perkara yang perlu saya lakukan tahun ini.

Resolusi kewangan tahun 2016

1. Tukarkan simpanan emas kepada 2 buah rumah sewa.
Harta dibiarkan beku tak boleh juga.
Cashflow rumah sewa untuk komitmen bayaran polisi takaful anak-anak.
Ibu bapa  sudah ada takaful. 5 orang kanak-kanak riang perlu ada juga.
Kita tidak tahu waktu-waktu mendung, Jadi sediakan perlindungan.


2. Giat dan kembangkan side income dari bisnes Amway

3. Sediakan tabung pelancongan.

4. Melabur untuk anak-anak seperti kelas renang atau kelas art. Ini perlu tengok kecenderungan anak juga. Mahu mereka seimbang aktiviti. Tidak tertumpu aktiviti akademik sahaja. Takut mereka stress.

Cukup itu dulu. Nanti sambung lagi. Wishlist biar banyakkan?

Moga bermanfaat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan