Khamis, 11 Jun 2015

Perancangan cuti sekolah yang tidak menjadi

Teks : Aminah Mahmud

Sebelum cuti sekolah selama dua minggu di bulan Jun bermula, suami merancang untuk ke Hot Spring Sungkai dan Pulau Pangkor di Perak. Jadi, ketika saya sedang berkira-kira untuk menempah penginapan di kedua-dua tempat, saya dimaklumkan melalui email bahawa akan diadakan mesyuarat Jabatan di Johor. Terpaksa saya batalkan hasrat suami. Perlulah suami dan anak-anak ikut sahaja saya ke Johor nanti. Ketika itu, saya pula merancang selepas habis mesyuarat terus bercuti ke Johor sahaja. Cadangannya mahu ke Legoland dan Hello Kitty Town di Nusajaya. Boleh tahan mahal harga tiket ke Legoland  walaupun ada diskaun. Sedang berkira-kira bajet ke Legoland tiba-tiba dimaklumkan mesyuarat itu tidak perlu saya hadiri, sekadar hantar laporan kepada ketua projek sahaja yang akan menjadi wakil dalam mesyuarat nanti. Nasib baik saya belum tempah tiket Legoland dan hotel penginapan.

Nampaknya cuti sekolah ini kami tidak ke mana-mana lah. Mahu mencari tempat bercuti ketika waktu cuti sekolah kebanyakan hotel sudah penuh. Kalau ada pun, harganya memang sedikit mahal. Jadi kami rancang bawa anak-anak berjalan sekitar KL dan Selangor jelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan