Isnin, 10 November 2014

Anak tidur lewat

Teks : Aminah Mahmud

Sejak kebelakangan ini sering tidur lewat sebab anak-anak pun tidur lewat. Jenuh masuk bilik tidur awal siap tutup lampu bagai tetapi mereka tetap bermain jugak. Bergelap pun masih lagi melompat atas katil. Saya agak anak-anak banyak tidur di taska menyebabkan mereka "cerah mata" bila di rumah.

Apa masalah kalau anak-anak tidur lewat dan berjaga malam? Bagi saya memang sedikit sukar jika saya mengantuk keesokan hari ditambah pula tempoh pemanduan ke tempat kerja lebih kurang sejam. Tidak cukup tidur membuatkan kita letih dan fokus terhadap tugasan akan terganggu.

Sekadar cetusan emosi seorang ibu bekerja di luar rumah. Semoga niat untuk menjadi ibu yang dapat bekerja dari rumah tercapai. Cepat atau lambat.




I want to touch a rabbit

Teks:  Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Sekadar perkongsian aktiviti anak-anak. Sempena minggu konvokesyen UPM pada beberapa minggu yang lepas, berkesempatan bawa anak-anak ke Bukit Ekspo UPM. Sebab pergi pun sudah lewat petang, tiada kesempatan untuk menjelajah semua pameran atau gerai. Singgah dan bagi peluang anak-anak beramah mesra dengan si arnab yang comel-comel sahaja.

                                                   Berusaha tangkap arnab

                                                     Posing dengan arnab yang comel



                                                    Si jejaka dan arnab.

                                                 Azlyn Qaisara juga mahu pegang arnab.

Sabtu, 1 November 2014

Pulut kuning versi pressure cooker Noxxa


Teks: Aminah Mahmud

Semalam perlawanan bolasepak di antara pasukan Pahang vs JDT yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Memang berpusu-pusu ke stadium para pengikut tegar kedua-dua pasukan. Keputusannya ialah Pahang menang.

Hari ini kebetulan saya masak pulut kuning bersambalkan serunding daging. Kebetulan pulakkan pulut kuning sinonim tanda bersemangat. Jadi kita raikan kemenangan pasukan Pahang dengan pulut kuning sebagai sarapan pagi.

Senang betul buat pulut kuning dengan pressure cooker Noxxa!. Cuma tanak beras pulut dengan air dan serbuk kunyit menggunakan fungsi high pressurre selama 7min. Selepas selesai, tekan off. Masukkan santan pekat (masuk garam dalam santan) dan gaul dengan pulut, warm kan 2-3 minit. Siap!  

   

                                         
                                      Anak-anak rajin bentukkan pulut kuning dalam acuan.

                                     
                                           Pulut kuning dan serunding daging.

Berminat dengan gajet memasak yang osem ini? sms atau wassap 019219233.

Selasa, 28 Oktober 2014

Kunci rumah


Teks: Aminah Mahmud

Bismillahirrahmanirrahim.

Kunci rumah yang terbengkalai akhirnya sudah kami perolehi hujung bulan september 2014. Gara-gara kelewatan pihak pinjaman perumahan kerajaan membuat bayaran progress kepada pemaju, kami tidak dapat menuntutnya lebih awal dan dikenakan penalti pula. Aduhai... Kawan-kawan yang menggunakan pembiayaan bank sudah mula dapat kunci rumah pada awal Julai dan mereka sudah pun menduduki rumah masing-masing.

Sebenarnya ada beberapa isu lain juga apabila proses mendapatkan kunci rumah. Kami dicaj RM 3500 yang perlu dibayar sebelum dapat kunci. Sebaliknya mereka pula tawarkan dapat kunci rumah tanpa sebarang bayaran tetapi perlu tandatangan satu surat yang menyatakan kami tidak akan menuntut LAD atau tuntutan rumah lambat siap. Hmmm nampak tu permainan mereka. Orang kata di Malaysia ni pembeli selalu jadi mangsa terutama dalam bab jual beli rumah. Undang -undang kat malaysia belum mampu melindungi pengguna. Pemaju juga menang walau apa jua kes. 




Proses dapatkan kunci , jumpa Mr Thiru


Dah dapat kunci!

Rumah ini akan disewakan. Perlu cepat-cepat dilengkapkan dengan gril, kemudahan elektrik dan air. Baru boleh iklah kat mudah.my



Rabu, 22 Oktober 2014

Sunyi dan sepi

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum..

Sudah lama sunyi dan sepi blog ini. Ada suatu ketika mood berblogging sungguh merudum. Banyak sungguh peristiwa dan catatan harian yang belum tercatat di sini. Harapnya saya tidak lupa.

Hayati mesej di bawah sebagai pembakar semangat.

" Jika hasil yang diperoleh tidak setimpal usaha, jangan kecewa. Allah pasti menyediakan sesuatu yang lebih baik jika kita terus berusaha. Kegagalan selalu menyediakan jalan lain untuk mencapai kejayaan. Selagi tidak berputus asa, Allah menilai semua usaha". - dipetik dari majalah SOLUSI.

Jumaat, 12 September 2014

Gegak gempita soalan UPSR 2014 bocor


Teks : Aminah Mahmud

Gambar : carian google

Soalan UPSR 2014 bocor! 

Gegak gempita seantero alam Malaysia berita ini menjadi bualan. Menyatakan rasa kasihan buat anak-anak yang baru berumur 12 tahun yang mungkin telah bertungkus lumus membuat persediaan rapi untuk menempuh ujian UPSR. Tup tup soalan bocor. Kasihan mereka jika terpaksa mengulang semula ujian ini hanya kerana kelalaian dan kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab membocorkan soalan UPSR tersebut.

Persoalannya kenapa harus bocor? Tekanan apakah dalam sistem pendidikan hingga ada pihak berusaha untuk mendapat soalan bocor ini. Harapan agar perkara ini tidak berulang lagi.





Khamis, 11 September 2014

Buat kek marble guna pressure cooker noxxa


Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum.

Bulan september sudah menjelma. Bulan ini kami menyambut hari ulangtahun kelahiran anak yang sulung dan ketiga. Kedua-duanya lahir pada bulan september. Jadi, kita raikan sambutan berganda buat mereka berdua. Sejujurnya keluarga kami tidaklah terlalu obses untuk meraikan hari jadi setiap tahun. Malah ada tahun-tahun yang kami tidak raikan dan berlau begitu sahaja. Sebenarnya saya tidak begitu menggemari majlis sambutan hari jadi yang besar-besaran dan kelihatan sudah menjadi trend dan ikutan rakyat Malaysia di bandar khususnya. Pada saya ini salah satu penyebab duit bocor di kalangan ibu bapa. hoho. Oh, tetapi pandangan ini berkecuali dan bergantung pada status kewangan dan gaya hidup masing-masing. 






Pulang dari tempat kerja, sempat saya cari tepung kek marble segera yang saya beli di pasaraya. Cuma perlu tambah telur sahaja. Bahan-bahan lain semuanya sudah tersedia di dalam pek segera tersebut. Jadi apalagi, terus putar semua bahan. Apabila semua bahan dah sebati terus tuang dalam inner pot pressure cooker Noxxa. Saya setkan pada fungsi steam selama 20 minit. Pastikan juga tombol pada fungsi steam dan jangan risau jika ada bunyi yang keluar. Ia adalah normal. Selepas 20 minit kek marble siap!

Selamat hari ulangtahun buat anak ummi....Nur Izzah dan Muhammad Al-Azhad.