Ahad, 3 Mei 2015

Rahsia kenapa masih lapar selepas makan terbongkar!

Teks : Aminah Mahmud


Sejak kebelakangan ini saya rasa lain macam.

Apa rasanya?

Rasa sentisa lapar, hatta selepas makan pun saya rasa masih mahu makan lagi. Kadang-kadang di pejabat tiada makanan ringan sebagai kudapan selepas makan pagi atau makan tengahari, memang gelisah tidak sedap badan.

Lebih teruk jika hari tersebut saya membuat kerja-kerja di ladang, Aktiviti yang agak memenatkan bertambahlah cepat saya rasa kelaparan. Harapkan minum air masak banyak-banyak.

Tidak sedap hati, saya bergegas ke klinik membeli kit deteksi pregnansi.


Dan rahsia itu terjawab.....



                                          Positif!

Kalau sudah rezeki, syukur Alhamdulillah.

Cepat masak gulai itik salai dengan pc Noxxa

Teks : Aminah Mahmud

Saya teringin nak makan gulai itik salai. Selalunya kami beli itik salai di gerai-gerai tepi jalan di sekitar Kuala Pilah. Selalunya singgah ketika perjalanan pergi atau balik dari kampunglah.

Mahu jadi rezeki, suami ternampak ada gerai yang menjual daging salai dan itik salai di Pasar tani di MAEPS Serdang yang beroperasi setiap hari sabtu. Jadi, beli sahaja di situ.

Itik salai masak gulai hari ni....tumis rempah masuk santan dan perasa. Masuk daging itik dan hp 30 min dalam pressure cooker noxxa. Kalau tenggek atas dapur gas mahu sejam dua jugak nak empuk.
Lepas tu boleh sambung susukan anak sambil baca buku T.Robert Kiyosaki .....kata nak pencen awal kan!















 

                                              Gulai itik yang menyelerakan, anak sulung sangat sukakannya.

Khamis, 30 April 2015

Selamat Hari Pekerja

Teks : Aminah Mahmud

Selamat hari pekerja sama ada dalam sektor kerajaan, swasta mahu pun yang bekerja sendiri.

Semalam khabarnya sudah ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung sempena cuti yang panjang dan bersambung. Moga selamat di jalanan.


Seterika ajaib

Teks : Aminah Mahmud

Iron steam philips memang tidak terkecuali kena tempias gst. Untung bagi yang beli sebelum april yang lalu. Tetapi kalau sudah jadi keperluan, ada yang pejam mata juga membelinya. Alah membeli menang memakai.Kerja-kerja mengiron lebih menyenangkan. Kawan saya yang punya anak lima baru sahaja selamat menerima seterika yang dibelinya. Punyai anak yang bersekolah, hampir 15 pasang baju seragam sekolah anak, 2-3 pasang kemeja suami seorang askar dan baju kurung sendiri untuk pakaian kerja yang perlu diseterika setiap hujung minggu. Bayangkan kerja-kerja menggosok baju yang menjadi rutin sebelum ini sungguh memenatkan, katanya berpeluh-peluh nak siap guna seterika biasa. Namun dengan seterika steam phillips kerja-kerja menggosok sememangnya memudahkan beliau sekarang.

Baju boleh digosok sehingga 4 lapisan, gerenti licin depan belakang!


 Seterika ajaib!

Ada yang mahu merasai pengalaman hebat ini?

sms/ wassap 0192179233

Susah ke jaga 4 orang anak?

Teks : Aminah Mahmud


Suatu ketika ketika sedang bersantai sambil melayan anak-anak.

Tiba-tiba terpacul soalan dari anak sulung.

"Ummi, susah ke jaga 4 orang anak macam kami ni?".

Tiada jawapan.

Isnin, 30 Mac 2015

Ragam anak-anak

Teks : Aminah Mahmud

Kisah 1

Ummi :      Nur Izzah, hari ni basuh kasut sekolah. Tolong keluarkan dulu baju-baju yang dah siap      
                  dibasuh masukkan dalam bakul, lepastu baru masukkan kasut dan sabun.

Nur Izzah: Oklah ummi

Nur Zahra (menyampuk) : Ummi ni banyaknya suruh, macam MAK TIRI..


Kisah 2

Ummi: Abang Azhad, malam ni kena tidur awal sebab esok nak sekolah.

Azhad : ala taknak pergi sekolah, nak g jalan-jalan.

Ummi : nak pergi jalan-jalan mana lagi. Hari cuti kan dah g jalan-jalan.

Azhad : ala nak g Jalan Kebun lah...ikut ummi g kerja.


Ahad, 22 Mac 2015

Kisah laki bini

Teks : Aminah Mahmud

Belum sampai sebulan kahwin, hidup sudah berantakan. Ini cerita yang sampai ke telinga kami. Ingatkan kisah begini ada dalam drama swasta kat tv je. Rupanya betul-betul terjadi di luar dan  tidakjauh dari lingkungan kelurga juga.

Isteri demand lebih dengan suami. Lepas kahwin terus check gaji suami, suruh suami tukar kerja dengan alasan kerja sekarang bergaji rendah. Tidak benarkan suami naik motor sebab nampak lekeh di mata keluarga dan sanak-saudara. Tidak mahu bercampur dengan keluarga sebelah lelaki dan menyedihkan tuduh suami kahwin dengan dia sebab nak suruh dia jaga ibu mertua.huhu....ada juga perempuan macam ni. Penuh prasangka. Harap pihak lelaki atau suami bersabarlah dengan kerenah isterinya ini. Ambil  masa untuk nasihat isteri. Moga suatu hari ia kan berubah.