Teks : Aminah Mahmud
Belum sampai sebulan kahwin, hidup sudah berantakan. Ini cerita yang sampai ke telinga kami. Ingatkan kisah begini ada dalam drama swasta kat tv je. Rupanya betul-betul terjadi di luar dan tidakjauh dari lingkungan kelurga juga.
Isteri demand lebih dengan suami. Lepas kahwin terus check gaji suami, suruh suami tukar kerja dengan alasan kerja sekarang bergaji rendah. Tidak benarkan suami naik motor sebab nampak lekeh di mata keluarga dan sanak-saudara. Tidak mahu bercampur dengan keluarga sebelah lelaki dan menyedihkan tuduh suami kahwin dengan dia sebab nak suruh dia jaga ibu mertua.huhu....ada juga perempuan macam ni. Penuh prasangka. Harap pihak lelaki atau suami bersabarlah dengan kerenah isterinya ini. Ambil masa untuk nasihat isteri. Moga suatu hari ia kan berubah.
Ahad, 22 Mac 2015
Sabtu, 6 Disember 2014
Shopping di HomePro, IOI City Mall
Teks: Aminah Mahmud
Assalamualaikum....
Kembali bersiaran.
IOI City Mall sudah beroperasi! Lokasinya di Putrajaya bersebelahan dengan Hotel Palm Garden. Sudah dibuka kepada orang ramai pada 20 November 2014. Memang sama tarikh dengan program MAHA 2014. Pertama kali kami terjah pada minggu pembukaan, pergi waktu malam sementelah hanya 10 minit dari rumah. Sekadar mahu meninjau sahaja apa yang best di sana. Kami sempat masuk LIVING MALL dan HomePro. Boleh saya katakan idea kedua-dua tempat ni macam IKEA lah. Jadi IKEA sudah ada sainganlah sekarang. Ini syarikat dari Thailand sebab apabila kami minta buat layout untuk kabinet TV mereka terpaksa panggil staff orang Thailand. Katanya syarikat baru beroperasi di Malaysia,jadi staff- staff dari Thailand diangkut sekali untuk memastikan kelancaran operasi mereka.
Semalam, sempat kami ke sana lagi. Kelengkapan rumah di HomePro sangat menarik. Hasilnya kami sempat beli awning untuk bahagian depan rumah. Harga satu set RM 175. Kami beli 2 set dan angkut sendiri naik kereta Avanza. Nasib baik muat. Kalau untuk penghantaran mereka cas RM70 sekali penghantaran bagi 70km pertama.
Isnin, 10 November 2014
Anak tidur lewat
Teks : Aminah Mahmud
Sejak kebelakangan ini sering tidur lewat sebab anak-anak pun tidur lewat. Jenuh masuk bilik tidur awal siap tutup lampu bagai tetapi mereka tetap bermain jugak. Bergelap pun masih lagi melompat atas katil. Saya agak anak-anak banyak tidur di taska menyebabkan mereka "cerah mata" bila di rumah.
Apa masalah kalau anak-anak tidur lewat dan berjaga malam? Bagi saya memang sedikit sukar jika saya mengantuk keesokan hari ditambah pula tempoh pemanduan ke tempat kerja lebih kurang sejam. Tidak cukup tidur membuatkan kita letih dan fokus terhadap tugasan akan terganggu.
Sekadar cetusan emosi seorang ibu bekerja di luar rumah. Semoga niat untuk menjadi ibu yang dapat bekerja dari rumah tercapai. Cepat atau lambat.

I want to touch a rabbit
Teks: Aminah Mahmud
Assalamualaikum....
Sekadar perkongsian aktiviti anak-anak. Sempena minggu konvokesyen UPM pada beberapa minggu yang lepas, berkesempatan bawa anak-anak ke Bukit Ekspo UPM. Sebab pergi pun sudah lewat petang, tiada kesempatan untuk menjelajah semua pameran atau gerai. Singgah dan bagi peluang anak-anak beramah mesra dengan si arnab yang comel-comel sahaja.
Berusaha tangkap arnab
Posing dengan arnab yang comel
Si jejaka dan arnab.
Azlyn Qaisara juga mahu pegang arnab.

Sabtu, 1 November 2014
Pulut kuning versi pressure cooker Noxxa
Teks: Aminah Mahmud
Semalam perlawanan bolasepak di antara pasukan Pahang vs JDT yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Memang berpusu-pusu ke stadium para pengikut tegar kedua-dua pasukan. Keputusannya ialah Pahang menang.
Hari ini kebetulan saya masak pulut kuning bersambalkan serunding daging. Kebetulan pulakkan pulut kuning sinonim tanda bersemangat. Jadi kita raikan kemenangan pasukan Pahang dengan pulut kuning sebagai sarapan pagi.
Senang betul buat pulut kuning dengan pressure cooker Noxxa!. Cuma tanak beras pulut dengan air dan serbuk kunyit menggunakan fungsi high pressurre selama 7min. Selepas selesai, tekan off. Masukkan santan pekat (masuk garam dalam santan) dan gaul dengan pulut, warm kan 2-3 minit. Siap!
Anak-anak rajin bentukkan pulut kuning dalam acuan.
Pulut kuning dan serunding daging.
Berminat dengan gajet memasak yang osem ini? sms atau wassap 019219233.
Selasa, 28 Oktober 2014
Kunci rumah
Teks: Aminah Mahmud
Bismillahirrahmanirrahim.
Kunci rumah yang terbengkalai akhirnya sudah kami perolehi hujung bulan september 2014. Gara-gara kelewatan pihak pinjaman perumahan kerajaan membuat bayaran progress kepada pemaju, kami tidak dapat menuntutnya lebih awal dan dikenakan penalti pula. Aduhai... Kawan-kawan yang menggunakan pembiayaan bank sudah mula dapat kunci rumah pada awal Julai dan mereka sudah pun menduduki rumah masing-masing.
Sebenarnya ada beberapa isu lain juga apabila proses mendapatkan kunci rumah. Kami dicaj RM 3500 yang perlu dibayar sebelum dapat kunci. Sebaliknya mereka pula tawarkan dapat kunci rumah tanpa sebarang bayaran tetapi perlu tandatangan satu surat yang menyatakan kami tidak akan menuntut LAD atau tuntutan rumah lambat siap. Hmmm nampak tu permainan mereka. Orang kata di Malaysia ni pembeli selalu jadi mangsa terutama dalam bab jual beli rumah. Undang -undang kat malaysia belum mampu melindungi pengguna. Pemaju juga menang walau apa jua kes.
Proses dapatkan kunci , jumpa Mr Thiru
Dah dapat kunci!
Rumah ini akan disewakan. Perlu cepat-cepat dilengkapkan dengan gril, kemudahan elektrik dan air. Baru boleh iklah kat mudah.my
Rabu, 22 Oktober 2014
Sunyi dan sepi
Teks : Aminah Mahmud
Assalamualaikum..
Sudah lama sunyi dan sepi blog ini. Ada suatu ketika mood berblogging sungguh merudum. Banyak sungguh peristiwa dan catatan harian yang belum tercatat di sini. Harapnya saya tidak lupa.
Hayati mesej di bawah sebagai pembakar semangat.
" Jika hasil yang diperoleh tidak setimpal usaha, jangan kecewa. Allah pasti menyediakan sesuatu yang lebih baik jika kita terus berusaha. Kegagalan selalu menyediakan jalan lain untuk mencapai kejayaan. Selagi tidak berputus asa, Allah menilai semua usaha". - dipetik dari majalah SOLUSI.

Langgan:
Catatan (Atom)