Teks : Aminah Mahmud
Sejak kebelakangan ini saya rasa lain macam.
Apa rasanya?
Rasa sentisa lapar, hatta selepas makan pun saya rasa masih mahu makan lagi. Kadang-kadang di pejabat tiada makanan ringan sebagai kudapan selepas makan pagi atau makan tengahari, memang gelisah tidak sedap badan.
Lebih teruk jika hari tersebut saya membuat kerja-kerja di ladang, Aktiviti yang agak memenatkan bertambahlah cepat saya rasa kelaparan. Harapkan minum air masak banyak-banyak.
Tidak sedap hati, saya bergegas ke klinik membeli kit deteksi pregnansi.
Dan rahsia itu terjawab.....
Positif!
Kalau sudah rezeki, syukur Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan