Assalamualaikum...
Sekadar catatan perjalanan. Cerita jalan-jalan ke Melaka.
Saya fikir saya sudah habis jelajah tempat-tempat bersejarah di Melaka, maklumlah semasa berjauhan atau perkahwinan jarak jauh dengan suami dulu Melaka adalah tempat persinggahan berulang alik dari kluang-kl. Jadi macam dah tak tau nak pergi tengok apa lagi. Segala macam zoo dan taman dah masuk. Rupanya Melaka tidak pernah surut dengan pelbagai tarikan. Saya syorkan kawan-kawan ke muzium Hang Tuah....menarik tempatnya. Sangat interaktif. Boleh jadikan salah satu tempat untuk dilawati ketika berkunjung ke Melaka terutamanya ketika cuti sekolah. Bawa anak-anak mengenal sejarah Melaka.
Berlatar belakang binaan rumah kayu yang sangat indah
Si kecik takmau di riba...
Dalam muzium
Tiada ulasan:
Catat Ulasan