Teks : Aminah Mahmud
Saya kongsikan bajet perbelanjaan kami untuk 5 orang anak untuk tahun 2016
Mari kita mulakan anak-anak yang dihantar ke taska. Umur 3 bulan dan 2 tahun.
Nur Alya Nazihah, 3 bulan - Yuran daftar taska dan yuran bulanan.
- RM50 (sekali sahaja) + RM 350 = RM400
Nur Azlyn Qaisara , 2 tahun - Yuran bulanan RM 300 (student lama jadi tidak perlu yuran pendaftaran)
Muhammad Al-Azhad, 5 tahun , Taski ABIM Saiditina Hajar dan masuk jam 8 pagi balik jam 6 ptg.
- Yuran pendaftaran + Yuran bulanan + Uniform 2 pasang
RM 870 + RM 290 + RM 30 = RM 1190
Yuran sek agama Tahfiz ABIM ( bulanan)
Nur Izzah, 10 tahun - RM 60
Nur Zahra 7 tahun - RM 60
Buku-buku teks dan latihan, lencana - RM 150 lebih kurang untuk 2 orang
Yuran Sekolah rendah kebangsaan takde. Tapi yuran PIBG RM 50.
Buku latihan, alatulis dan lencana (darjah 1 dan darjah 4) - Rm200 lebih kurang.
Jumlah yang perlu dibayar semasa awal tahun hari tu ialah RM 2410.
Jumlah kat atas belum termasuk pakaian sekolah anak-anak sekolah rendah dan sekolah agama. Itu kita buat entry lain.
Anak kami tidak perlukan transit dan kos van sekolah sebab ayahnya sendiri ambik dan hantar pergi sekolah. Penjimatan di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan