Khamis, 31 Disember 2015

Selamat Tahun baru 2016

Teks : Aminah Mahmud

Selamat Tahun baru 2016 buat semua.

Mari muhasabah diri.

" Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat, sehinggalah ditanya dengan empat perkara :

Tentang UMURnya pada apakah ia telah dihabiskan,
Tentang WAKTU MUDAnya pada apa telah digunakan,
Tentang HARTAnya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan ,
dan tentang ILMUnya apakah telah diamalkan".

(Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Semoga bermanfaat.

Rabu, 9 Disember 2015

Cuti sekolah

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum..

Cuti sekolah masa untuk pulang ke kampung. Anak-anak gembira berjumpa sepupu mereka. Banyak masa dihabiskan untuk bermain dan bermain. Hmm biarlah, bagi mereka main puas-puas. Cuti sekolah masih panjang. Balik kampung pun sudah di pertengahan cuti. Sebelumnya terpaksa berada di rumah sahaja kerana ada perkara yang perlu diselesaikan antaranya menghadiri hari orientasi untuk pelajar tahun 1 anak kedua kami. Nur Zahra akan ke sekolah rendah tahun hadapan.

Kakaknya Nur Izzah yanng akan memasuki darjah 4 tahun hadapan sudah kami daftarkan menghadiri tuisyen KUMON sejak 2 bulan lepas. Kelasnya 2 hari seminggu. Jadi terpaksa memberi laluan kepada dia supaya dapat hadir ke kelas tuisyen walaupun cuti sekolah dah bermula. Balik kampung ni rehatlah sekejap.




Jumaat, 4 Disember 2015

Senangnya masak bubur pulut hitam dengan periuk Noxxa

Teks : Aminah Mahmud




1. Masukkan beras pulut hitam dan sedikit air. Guna fungsi High pressure selama 10 minit.
2. Selesai hp, off kan periuk dan masukkan pula santan, gula atau gula merah dan secubit garam. Nak letak daun pandan pun boleh,
3. Guna funsi stir fry untuk pastikan santan menggelegak. Atau boleh juga hp kan lagi 5 minit kalau tak mau guna stir fry.
4. Sudah off, kacau sikit dan bolehlah dihidangkan.

Senang dan cepatkan, Sekejap je dah boleh menjamu selera. Tak perlu rendam beras pulut hitam pun.

Selamat mencuba!


Selasa, 1 Disember 2015

Produk penjimatan di rumah keluaran Amway

Teks : Aminah Mahmud






Produk penjagaan kediaman dari Amway

Ini antara produk yang saya gunakan di rumah. Sejak menjadi ahli Amway memang jatuh cinta dengan produk-produknya. Walaupun ramai yang bersungut mengatakan harganya mahal, tetapi saya selaku pengguna merasakan ianya berbaloi!. Orang kata alah membeli menang memakai. Contohnya dish drop pencuci pinggan mangkuk didatangkan dengan kepekatan tinggi dan dicairkan mampu membasuh lebih banyak pinggan mangkuk berbanding pekatan jenama lain. Kalau pinggan berminyak tu senang je tanggal. Sebotol tu saya guna untuk setahun. Memang super jimat.

Jom Cuba!



Isnin, 30 November 2015

Apa nak buat jika kena bentan?

Teks : Aminah Mahmud

Dua kali saya kena bentan.

Saya agak sebab saya tolak troli barang dan terminum air kotak milo yang masih  sejuk baru keluar dari peti ais..

Kesannya ialah seram sejuk, menggigil dan demam. huhu.

Pengalaman saya yang lepas- lepas kalau kena bentan,

1. Bakar tungku atas dapur gas.

2. Sapu minyak panas kat badan dan selimut.

3. Minta tolong suami buatkan air milo atau kopi o panas. Minum.

4. Kalau pening kepala, ikat rambut tinggi, telan panadol sebiji dan sapu pilis kat dahi kalau ada.

5. Tungku dah panas, bertungku satu badan.

Selalunya bila buat langkah - langkah kat atas memang boleh pulih. Biasanya badan akan mula berpeluh, suhu turun, angin pun banyak keluar sama ada sendawa atau kentut. Cuma tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap orang.

Semoga membantu kalau terjadi pada orang lain juga.


Ahad, 29 November 2015

Hari ke -61 baru keluar rumah

Teks : Aminah Mahmud

Dua hari lepas, hari ke 61 saya bersalinkan Nur Alya Nazihah. Kebetulan hari sabtu dan hari cuti.

Sebelah pagi suami hantar anak ke Tuisyen KUMON dan ke taska anak-anak sebab ada report card day. Cadangannya lepas zohor mahu keluar ke Bangi.

Keluar dari rumah saya rasa macam baru keluar dari gua.haha. Sebabnya cuaca terang sangat petang tu. Walaupun hari-hari saya buka pintu sliding dan intai melalui langsir, tapi cuaca kat luar buat mata saya cerah betul. Agaknya sebab hari-hari terperap dalam rumah. Jemur kain kat ampaian pun suami yang buat, saya tukang lipat atau kemas kain baju yang sudah kering dan diangkut masuk dalam rumah.

Suami bawa kami anak beranak makan di luar. Makan nasi beriani di Bangi. Selepas makan singgah di pasaraya beli biskut dan sedikit barang dapur. Balik rumah terus sebab nampak cuaca dah gelap dan nak hujan. Ingatkan nak singgah ke Pasaraya Hari-hari nak nak beli baju sekolah anak-anak. Takpelah, lain kali. Masa masih panjang sebelum buka sekolah semula. Oh ada juga jualan baju baby yang murah oleh Bebe's Home depan Pasaraya Grand Union. Kalau tak kerana saya dah beli baju baby untuk stok 2 tahun, mahu saya tercegat memilih baju yang cantik-cantik kat situ. Oh perempuan!

Rabu, 25 November 2015

majlis perkahwinan adik

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Koleksi peribadi

Musim cuti sekolah tiba lagi. Sinonim ia dengan majlis kenduri kahwin.

Abadikan memori majlis perkahwinan adik saya. Majlisnya dah lama berlangsung. Bulan september 15 yang lalu.



Semoga pasangan pengantin berbahagia selalu.




Izzah, Haris dan Zahra ambil peluang bergambar dengan backdrop majlis kawin.




Batu tungku


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Hujan dan sejuk memang best bertungku. Tapi batu tungku pun dah pecah relai. Pecah bukan sebab terlampau rajin bertungku tapi proses panas sejuk. Kadang-kadang terlupa tungku atas dapur.hamba tertidur menunggu. Jangan amalkan. Moleklah ada yang jaga ibu berpantang. Elak keseorangan.huhu.

Jangan rindu bertungku lagi lepas ni. Kata anak bongsu kan!




Ladu; makanan untuk ibu berpantang


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Ladu
Ada rasa lada hitam.
Memang bagus untuk orang lepas bersalin makan.
Hangatkan badan. Selalu mak saudara saya akan bawa ladu sebagai buah tangan apabila melawat orang baru lepas bersalin.
Nanti nak kirim lagi kalau orang Kelate nak datang KL.

Lepas dah habis makan baru terfikir camana buat ladu ni eh?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mencari set berpantang Tropical Herbs? WA 0192179233



Jumaat, 20 November 2015

Baby kembung perut

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud

Beberapa hari lepas, ummi lupa diri. Minum air teh o beberapa cawan sambil cicah biskut. Sudahnya malam tu baby dan ummi tak boleh nak tidur sampai ke pagi. Rupanya baby dah kembung perut. Kesian baby.




Nur Alya Nazihah, 50 hari

Nampaknya ummi kena jaga makan. Pantang makan yang berangin masih perlu diteruskan demi kesejahteraan ummi dan baby juga.

Rabu, 18 November 2015

Mak andam tidak bertauliah


Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Tepek sekeping gambar dari facebook. Bagus juga facebook tunjukkan balik gambar memori kita yang setahun atau 2 tahun lepas. Gambar ni suami yang ambik ketika 2 beradik tu tengah asyik bersiap nak pergi kenduri kahwin. Izzah dan Zahra. Masa tu belum ada Azlyn Qaisara pun lagi. Lucu pula tengok gambar mereka masa ni. Berlagak bagaikan orang dewasa sahaja. Macam pandai-pandai je kan.



                        Mak andam tidak bertauliah


Selasa, 17 November 2015

Bagaimana berjimat cermat ketika membeli-belah di pasaraya

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Suami bercerita kisah bagaimana kawannya berjimat cermat apabila membeli-belah di pasaraya.
Caranya ialah apabila si isteri masukkan barang dalam troli, si suami ambil dan letak balik kat rak. hihi....gelihati saya mendengarnya. Bertabahlah isteri dapat suami macam tu.

Sebenarnya kami sendiri ada buat beberapa cara untuk berjimat-cermat ketika shopping di pasaraya. Perkara utama ialah sediakan senarai barang keperluan yang ingin dibeli. Kalau boleh beli apa yang ditulis sahaja. Yang tidak berapa menjadi ialah apabila bersama dengan anak-anak. Mereka nampak macam-macam kat rak, kalau boleh semua nak. Itu yang over budget kadang-kadang. Selain tu kami selalunya sudah makan kenyang-kenyang sebelum keluar rumah, kecuali kalau kami memang rancang untukmakan di luar. Kosongkan perut.

Kawan-kawan pula bagaimana?

Isnin, 16 November 2015

Musim tengkujuh

Teks : Aminah Mahmud

Musim tengkujuh tiba lagi.

Teringat kisah ketika banjir besar di Johor tahun 2006. Ketika itu saya menetap di Kluang, Johor. Perkahwinan jarak jauh. Suami bekerja dan tinggal di Selangor.

Saya baru sahaja lepas berpantang 2 bulan. Hujan tak berhenti siang malam. Hampir seminggu baju baby sudah nak habis stok. Jemur dalam rumah tak kering juga. Mungkin sebab basuh tangan dan perah tak berapa kuat. Terpaksa minta bantuan pengasuh baby basuhkan baju baby guna mesin basuh. Spin kuat sikit. Jadi bila jemur cepat sikit kering. Tambahlah upah pengasuh untuk kos basuh baju. Nak dekat 2 minggu baju sendiri pulak dah nak habis stok. Tunggu suami datang hujung minggu terus pergi beli mesin basuh.huhu. Pada mulanya bertahan untuk tidak membeli barangan besar dalam rumah seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk sebab semua kelengkapan itu sudah ada di rumah sewa suami di Selangor. Memikirkan jika permohonan saya berpindah ke Selangor diluluskan, pindah bawa kain baju sahaja. Namun bila terjadi hal di luar jangka begini, terpaksa jugalah membelinya. Sama model dan jenis pula tu dengan mesin basuh yang sedia ada.

Apabila sudah ada mesin basuh, saya beritahu pengasuh tidak perlu lagi basuhkan baju anak. Tapi beliau minta untuk terus basuh dan kekalkan bayaran tambahan setiap bulan. Huhu. Takpelah, rezeki beliau.

Gelagat Sara

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



                                                

                                                                Nur Azlyn Qaisara

Lucu sekali melihat telatah Sara sejak dua menjak ini. Tambah pula apabila sudah ada adik lagi di usia baru mencecah 2 tahun. Kelihatan dia agak pandai membawa diri dan berdikari. Walaupun begitu, ada juga rasa ralat dihati sebab kadang-kadang terpaksakan ketepikan dia untuk beri laluan untuk adiknya. Oh ye, Sara masih menyusu badan dengan umminya. Kiranya ada persaingan jugalah dengan adiknya. Kalau dua-dua menangis nak susu memang haru-biru lah ummi. Nasib baik susu masih melimpah ruah.

Tengok gambar kat atas tu, Sara pandai je cari sarang untuk dia lepak sambil makan biskut. Comel je dalam kotak tu.hihi

Sayang Sara selalu!

Ummi.

Cabaran kuruskan badan selepas bersalin

Teks : Aminah Mahmud


Awal-awal selepas bersalin hari tu. Anak lelaki bertanya, "betulke ummi dah beranak, kenapa perut gemuk lagi? Ke ada lagi sorang dalam perut ummi?".

Hmm sabar jelah. Mari gigih berbengkung untuk kuruskan badan.hihi

Ini dilema ramai ibu di luar sana yang punyai masalah berat badan selepas bersalin. Ia bukan perkara pelik sementelah kita mengandung selama 9 bulan. Badan mengembang untuk menampung anak yang dikandung. Tidak perlu tertekan sebaliknya ambil peluang ketika berpantang untuk kembalikan bentuk badan. Kita cuba yuk!






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Campuran peramping perut yang terkandung dalam Set bersalin Tropical Herbs.

Berminat untuk mendapatkan set bersalin tropical herbs, whats app 0192179233

Ahad, 15 November 2015

Ihtifal taski 2015

Teks : Aminah Mahmud





Assalamualaikum...

Bulan November sesi persekolahan akan berakhir dan musim cuti sekolah akan bermula. Kebanyakan sekolah atau taska sedang sibuk mengadakan hari graduasi untuk pelajar-pelajar.

Semalam adalah ihtifal taski Abim. Anak saya yang berumur 6 dan 4 tahun belajar di situ. Jadi majlis ihtifal bagi meraikan pelajar-pelajar 6 tahun yang akan mula ke sekolah rendah tahun hadapan. Nampaknya tahun depan Azhad seorang sajalah di taski sebab kakaknya si Zahra dah masuk darjah satu nanti.

Saya pula tidak dapat ikut serta meraikan si kakak semalam. Masih berpantang keluar rumah. Saya serahkan sahaja pada suami untuk ke majlis ihtifal tersebut.

Zahra ada buat persembahan dengan kawan-kawannya pada hari tersebut. Persembahan nasyid dan juga lakonan. gambar tak banyak yang disnap oleh ayahnya. Katanya ramai sangat yang duk interframe kat depan, nak ambil gambar pun tak senang.

Jadi ini sahajalah gambar yang ada.





urutan buat si manja

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud


Assalamualaikum....

Antara rutin penjagaan bayi yang baru lahir ialah lakukan sedikit urutan pada bayi selepas mandi. Berpandukan buku urutan mesra buat si manja yang saya beli sempena promosi oleh PTS, banyak yang saya pelajari cara-cara urutan untuk bayi. Walaupun kelihatan terlambat sebab untuk anak yang ke -5 baru saya lakukan teknik ni. Anak-anak yang sebelum ni sekadar urut untuk pastikan tangan dan kaki agar kelihatan lurus atau urutan untuk legakan kembung sahaja. Rupanya ada pelbagai lagi urutan yang kesemuanya bermanfaat untuk memastikan tumbesaran dan kesihatan si manja kita.
                                               


                                               
                                   Indahnya saat melakukan belaian mesra untuk si manja


........................................................................................................................................................

                          
                                                            Sabun madu Amway
                                                           
                                                              1 kotak ada 3 ketul.
                                                               
                                         RM 37 sahaja tidak termasuk caj penghantaran
                                       
                                                         Berminat WA 0192179233

Jumaat, 13 November 2015

Shopping online di Lazada

Teks : Aminah Mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Assalamualaikum....
Mari lihat apa yang saya beli di Lazada.
Kemudahan membeli-belah di hujung jari zaman sekarang memang ada kebaikan dan keburukannya.
Bagusnya sudah tidak perlu keluar rumah dan bersusah payah mencari parking jika ke kompleks membeli belah. Tidak bagusnya senang sangat jari-jemari mahu menekan butang order di laman shopping online. Namu begitu, kalau memang barang yang dibeli bermanfaat apa salahnya.




rak penyimpanan

Mood ibu berpantang, belum habis pantang usah keluar rumah. Jadi ambil kesempatan buat belian online untuk rak penyimpanan di atas. Rak ni boleh guna kat bawah singki ataupun untuk susun barang dalam kabinet dapur. Saya rancang nak letak dalam kabinet dapurlah sebab rasa bersepah sangat sekarang. Nak cari barang pun tak jumpa. Saya perlu kemas dan pastikan ruang-ruang penyimpanan di rumah lebih organize supaya hidup tak huru-hara. huhu. Kadang-kadang banyak masa kita dihabiskan untuk mencari sesuatu yang payah nak jumpa sebab kita humban je masa nak simpan. 

Rak ni harganya RM 28. Lazada ada banyak seller untuk satu-satu barang. Jadi tak hairanlah kalau kawan-kawan tengok untuk satu item yang sama harganya berlainan. Mungkin seller yang berlainan jadi penetapan harga juga lain. Kena pilih untuk dapatkan harga yang terbaik! 




Rabu, 4 November 2015

Tips elak sembelit semasa berpantang


Teks : Aminah mahmud
Foto : Aminah Mahmud



Assalamualaikum.

Saya nak kongsikan tips untuk elak sembelit semasa berpantang. Ini cara saya lah. Saya amalkan makan biskut kraker weetameal seperti kat atas. Masa senggang selain makan nasi saya banyak makan biskut ni. Sebulan berpantang rasa nak dekat 5 tin dah habis. Itu termasuk anak-anak yang makan sama. Biskut ni berasaskan bijirin sebab tu saya rasa kurang sembelit. lawas je. 

Mungkin ada juga yang ambil supplement atau telan ubat yang klinik bagi untuk senang membuangkan, Ok juga tu. Yang penting tidaklah berlama-lama dalam bilik air sebab sembelit. Seksa.


Isnin, 2 November 2015

Mudahkan kerja-kerja isteri di rumah


Teks : Aminah Mahmud




Sekarang pelbagai gajet moden untuk kerja-kerja rumah telah tersedia di pasaran. Semua ini banyak membantu terutamanya buat suri rumahtangga dan juga wanita bekerjaya yang super sibuk. Bayangkan wanita zaman sekarang yang masih membasuh pakaian di sungai. Pastinya sudah jarang kita jumpa sekarang kan. Kebanyakan sudah ada mesin basuh di rumah. Jadi para isteri sudah ada lebih masa untuk membuat kerja-kerja lain yang akan meningkatkan lagi produktiviti mereka walaupun di rumah sahaja.

Buat para suami yang ada kemampuan, apa salahnya jika dapatkan gajet-gajet moden yang lebih memudahkan kerja rumah para isteri. Isteri yang gembira mengerjakan kerja rumah dan kurang merungut bakal  membuka pintu rezeki buat suaminya juga.

Hargai isteri kalian!



======================================================================


Seterika stim Phillip
 menggosok pakaian sehingga 4 lapisan sekaligus!

Breadmaker Noxxa
Tidak perlu menguli lagi!

Berminat whats app 0192179233 untuk pertanyaan dan pembelian.

Rutin berpantang

Teks : Aminah Mahmud


Hari ke-37 berpantang.

Masih dengan rutin bagi seorang ibu yang berpantang.

Berurut, bertungku dan berbengkung.

Selepas berurut dengan khidmat tukang urut selama 3 hari berturut-turut pada hari ke-6 bersalin, di rumah saya teruskan berurut menggunakan khidmat mesin urut OGAWA. 

Bertungku guna batu sungai memang syok. Panas batu sungai sememangnya punya khasiat untuk mengecutkan rahim selepas bersalin. Tekapkan juga batu sungai yang panas pada bahagian kaki, tangan dan belakang badan. Hapuskan lemak dan hilangkan air berlebihan yang terkumpul semasa kita mengandung selama 9 bulan.

Berbengkung menggunakan kain bengkung yang selesa diperbuat dari kain belacu yang tebal. Sebelum tu oleskan pada perut campuran peramping perut yang hanya perlu dibancuh dengan air panas. Pakai bengkung sendiri je sambil baring. Rasa hangat campuran peramping perut memang bagus untuk proses kuruskan perut. Angin pun banyak keluar bila pakai bengkung ni.

Saya juga amalkan makan jamu yang didatangkan sekali dalam set berpantang Tropical Herbs.





Campuran peramping perut


                                       
                                                     Kain bengkung Tropical Herbs






======================================================================

                                

                                                        Set berpantang Tropical Herbs
                                                   Set lengkap untuk keperluan 44 hari berpantang

                      Berminat whats app 0192179233 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.




Aset yang paling bernilai

Teks : Aminah Mahmud





Anak adalah aset yang bernilai. Doa mereka untuk kita apabila telah tiada nanti. Moga mereka menjadi orang yang soleh.

Sabtu, 31 Oktober 2015

Buku yang harus dibaca oleh ibu dan bakal ibu

Teks : Aminah Mahmud

Travelog Kisah Benar


Nikmatnya sakit bersalin!
Kagum sekejap baca kisah isteri Che Amran kumpulan nasyid Raihan. Bukan 5 tapi 9 orang anak yang dilahirkan, bersalin secara normal. Lebih kagum (sebenarnya takut) dengar kisah mertua dan orang-orang dulu yang bersalin di rumah sahaja dengan kemudahan perubatan yang terbatas. Memang risiko. Mujurlah zaman sekarang fasiliti perubatan makin canggih.




                                   

                       Terubat sakitku dengan kelahiran sembilan permata hati oleh Isyah Radhiah Idris.




....................................................................................................................................................



                           

                                                        Set berpantang Tropical Herbs
                                                   Set lengkap untuk keperluan 44 hari berpantang

                      Berminat whats app 0192179233 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.




Nur Alya Nazihah, cahayamata ke-5

Teks : Aminah Mahmud

Alhamdulillah,  cahayamata ke-5 kami sudah berusia sebulan lebih. Ayahnya namakan Nur Alya Nazihah. Memang senang menjaganya. Kurang meragam. Asal cukup keperluan, hisap susu dan tidur yang lena memang tiada masalah. Sekali-sekala perut kembung tu biasalah.


                         

                                                  Adik kesayangan abang dan kakak.

                         

                                                Kakak yang kejap-kejap nak cium baby.

Semoga Nur Alya Nazihah membesar dengan sihat dan menjadi anak penyejuk mata umi dan ayah. Amin.

Khamis, 29 Oktober 2015

Helah periuk Noxxa

Teks : Aminah Mahmud

Kisah lama terperam. Kejadian sebulan lepas.

Ada seorang lelaki india di luar pagar rumah. Dia nak promosi atau nak check percuma saluran gas pada dapur gas. Begitulah lebih kurang, saya pun kurang faham apa benda servis dan produknya. Ketika itu suami pula tiada di rumah kerana bekerja di hari sabtu. Terpaksalah saya menolak dengan baik permintaannya untuk periksa saluran gas berikut. Saya sambung balik buat kerja rumah.

Tidak lama kemudian,  anak saya pergi intai dan selak langsir, katanya lelaki india tersebut masih ada lagi menunggu depan pagar. Adoi! mahu cakap apa lagi supaya dia beredar ye?

Saya selak langsir terus dia nampak dan bagitau dia cuma nak check saluran gas free saja. Tidak perlu bayar apa-apa.
" Dik, akak takde dapur gas. Akak guna periuk elektrik Noxxa je"
" oh ye ke kak.oklah.terima kasih".

Hmm...tak pasal-pasal periuk noxxa jadi bahan. hihi

Tipu sunat lah hari tu.huhu.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Periuk tekanan Noxxa

Whats App 0192179233 (Aminah Mahmud) untuk pertanyaan dan pembelian

Rabu, 28 Oktober 2015

Impian wanita bekerjaya

Teks : Aminah Mahmud




Kadang-kadang inilah yang dirasakan oleh wanita yang bekerjaya.




Tips penggunaan pertama periuk noxxa

Teks: Aminah Mahmud

Hari ni saya nak kongsi sedikit tips untuk penggunaan pertama periuk Noxxa. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah :


1. Isi air dalam inner pot dalam 3/4 bahagian.

2. Lap kering luaran pot dan masukkan dalam periuk.

3. Tekan mod stir fry pada periuk dan biar air mendidih.

4. Apabila air sudah mendidih, tekan off dan buang air tersebut

* Tujuannya adalah untuk membersihkan dalam inner pot kalau ada chemical dari pembuatan di kilang.

Selamat menggunakan periuk Noxxa. Senang dan cepatnya memasak dengan periuk noxxa



Mahu beli periuk Noxxa? Nak beli inner pot lebih untuk periuk noxxa?
Whats App 0192179233

Ahad, 25 Oktober 2015

Buat karipap

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum.

Cerita semalam di hari minggu.

Anak-anak dan suami buat projek karipap lagi.

Sebelum ini semasa bercuti selama 3-4 hari kerana jerebu mereka sudah buat projek karipap inti ikan. Kononnya mahu buat karipap frozen sebagai stok kudapan. Tapi tak sempat nak frozenkan.

Aktiviti terbatas di rumah. Mereka siap minta nak ke taman mainan.hoho memang tak bagi lah.
Sudahnya setiap hari mereka masuk kolah bilik air adalah 5-6 kali setiap hari. Pesta air. Lepas mandi mula kelaparan. 60 biji karipap inti samosa habis untuk 3 hari cuti!

Jadi, semalam buat karipap dan ada lebihan yang disejukbeku kan. Boleh makan bila-bila perlu. Tidak perlu lah beli karipap di pasar malam atau di gerai buat sementara waktu.



 Karipap yang rangup!

Sabtu, 24 Oktober 2015

Jumaat, 23 Oktober 2015

Produk baru; Noxxa NoodleMaker




Teks : Aminah Mahmud
 
Tahukah anda?

Noxxa ada satu lagi produk terbaru.

NOXXA Noodle Maker

Kini kita semua mampu menghasilkan mi buatan sendiri yang menyihatkan tanpa bahan awet, pewarna dan perisa tiruan di rumah!




                                                                             Mempunyai 4 cakera mi yang berbeza untuk menghasilkan jenis mi atau pasta yang berbeza.


   
                                                  
                                                             Boleh buat mi, laksa dan juga pasta.

Berminat dengan produk ini, sms/ wassap 0192179233

Rabu, 21 Oktober 2015

Tumpang beradu

Teks : Aminah Mahmud





Enak betul si kucing tumpang beradu atas tilam baby. Macam penat sangat kan....huhu. 




Ahad, 18 Oktober 2015

Jerebu lagi

Teks: Aminah Mahmud


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini jerebu lagi. Hari ke 24 saya berpantang. Jenguk ke luar rumah jelas ketara keadaan jerebu yang teruk. Sementelahan saya masih lagi dalam perintah berkurung kerana berpantang, jadi tiada masalah apabila sekolah diberikan cuti. Anak-anak boleh sahaja berada di rumah tanpa perlu ayahnya mengambil cuti. Ramai sudah ibu bapa yang mengeluh apabila sekolah dicutikan kerana beberapa siri jerebu kali ini. Mengeluh kerana mereka juga sudah kekurangan cuti rehat yang perlu diambil untuk menjaga anak. Walaupun sesetengah ibu bapa masih boleh membawa anak-anak ke tempat kerja, namun tidak semuanya selesa untuk membawa anak ke pejabat dengan kerap. Oh, begitulah dilema ibu bapa yang bekerja!

Suami pesan jangan biarkan anak keluar bermain di luar rumah. Jerebu sangat teruk. Dikhuatiri ada efek untuk mereka. Malah orang dewasa juga harus berhati-hati. Seminar tentang udara dan jerebu di fakulti tempat suami bekerja, penceramah memberitahu bahawa partikel jerebu adalah sangat halus dan mampu memasuki ruang pernafasan hingga ke paru-paru. Kesannya sama ada cepat jika mempunyai masalah kesihatan seperti asma  dan kesan jangka panjang sekiranya partikel jerebu ini sudah termendap lamanya.

* Kanak-kanak di bawah umur setahun rupanya belum mempunyai bulu hidung. Jadi mereka lebih berisiko jika terdedah kepada jerebu kerana hidung tidak mampu menapis bendasing atau partikel yang disedut ketika bernafas.

Selasa, 13 Oktober 2015

Unit perubatan tradisional dan komplementari, Hospital Putrajaya

Teks :Aminah Mahmud
Gambar : ihsan google



Baru saya tahu rupanya ibu bersalin normal di Hospital Putrajaya boleh dapat pakej sesi mengurut, bertungku, berbengkung dan diajar cara senaman secara percuma. 3 sesi pertama pada hari ke-6 bersalin dan 3sesi pada hari ke 39 berpantang. Untung dan jimat juga 3-4 ratus kos mengurut. Pakej ini sudah termasuk dalam pakej wad kelas pertama apabila bersalin di sana. Apa yang perlu dibuat ialah daftarkan diri di unit perubatan tradisional dan komplimentari sebelum anda pulang. Staf yang bertugas akan tetapkan jadual dan appointment untuk datang ke sesi rawatan yang disedikan.

Setakat ini saya sudah selesai 3 sesi selepas bersalin. Tunggu sesi seterusnya pada hari ke 39 berpantang.


Nikmatnya sakit bersalin!

Teks : Aminah Mahmud

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.




Semoga bermanfaat!

Rabu, 7 Oktober 2015

Penyelesaian kain baju yang berlambak

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum

Saya inginkan kongsikan sedikit ruang penyimpanan yang saya gunakan untuk pakaian anak-anak. Sebelum ni, saya memang pening kepala dengan pakaian anak-anak yang banyak.

Pada awalnya saya berangan nak ada drawer IKEA untuk baju anak-anak. Tapi kan benda alah tu mahal jugak harganya  walaupun setiap tahun IKEA akan turunkan harganya. Walaupun begitu saya masih berharap boleh deko bilik anak-anak ala IKEA lah kan. Drawer tu boleh je beli kat kedai biasa, lagi murah. Cumanya bakul dalam drawer tu pulak yang mahal. Bila kira-kira nak sama ngan harga drawer pula kos untuk bakul tu. Huhu takpelah nampaknya saya harus bertukar kepada alternatif lain.




Drawer kat atas ni dah lama saya tengok rumah seseorang yang ada anak ramai. Dia bagitahu dia simpan baju  anak-anak dan bagi bahagian masing-masing supaya senang untuk kemas baju dan nak cari baju untuk pakai. Tapi idea ni memang saya tak kongsi dengan suami sebab saya tak berkenan. Maklumlah tak secantik kalau guna drawer IKEA tu.hihi ..nak jugak IKEA kan. Tapi kan, suami saya ambik keputusan beli je rak kat atas. Terpaksalah saya ikut je. Sekarang rumah saya dah kurang sepah dengan baju anak-anak yang tak sempat dilipat selepas diangkat dari jemuran. Kerja pun senang sikit, cuma perlu asingkan baju setiap anak dan masukkan dalam petak rak masing-masing. Tak perlu nak lipat. Kalau ada masa lebih bolehlah nak lipat bagai.




----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mencari seterika ajaib untuk memudahkan kerja -kerja menggosok baju?

            
Ada yang sekerat hari menggosok baju kerja dan baju sekolah anak. Ada yang sampai berpeluh-peluh menyudahkan kerja menggosok pakaian yang berbakul-bakul. Teringin nak mudahkan kerja dengan seterika steam phillips yang ohsem??  Harga special pm/ whatsap 0192179233. Jimat masa dan jimat tenaga. 




Isnin, 5 Oktober 2015

Harga seterika ajaib Amway

Teks : Aminah Mahmud




Cuba lihat harga seterika yang dijual di LAZADA...

Mahu dapatkan yang lebih murah dan berbaloi dari harga di atas? Hubungi saya 0192179233 untuk maklumat lanjut.

Aminah Mahmud (Pemilik perniagaan AMWAY)

Ahad, 4 Oktober 2015

Apa yang kita mahu tak semestinya kita dapat!


Teks : Aminah Mahmud


Kami ke dewan bersalin hospital Serdang. Staf bertugas di kaunter maklumkan siap -siap bahawa suami tak dibenarkan menemani isteri di labour room kerana sedang direnovasi. Jadi tempat terhad dan kecil.

Owh hilang semangat nak beranak kalau suami tak teman! 4 Kelahiran sebelum ni mesti suami ada sekali di labour room.

Kami bergegas ke hospital Putrajaya dengan harapan yg sama. Syukur wad banyak yang kosong dan suami dibenarkan teman isteri ketika proses kelahiran. Saya masuk labour room jam 5.30 petang dan dimasukkan ubat induce. Memikirkan kemungkinan lambat lagi nak bersalin saya suruh suami hantar anak-anak balik ke rumah untuk dijaga oleh mak saudara mereka yang baru balik dari kerja. Sudah hantar dan patah balik rupanya dia singgah solat maghrib di masjid dulu. Waktu itu juga rupanya saya dah sakit dan bersalin tanpa kehadiran suami di sisi!

                              
                               Alhamdulillah....dipermudahkan kelahiran anak yang ke-5





Rabu, 9 September 2015

Bercakap dan bermainlah dengan anak-anak

Teks : Aminah Mahmud


Ambil peluang ketika anak-anak masih kecil. Selalulah kita peruntukkan masa untuk bercakap dan bermain dengan anak-anak kita. Mungkin selepas mereka menginjak dewasa peluang itu sudah tiada kerana mereka mungkin membawa haluan masing-masing sama ada sambung belajar, berkeluarga ataupun tinggal berjauhan.

Biar anak jadikan kita sebagai ibu bapa idola pertama mereka...



Semoga bermanfaat!

Ahad, 16 Ogos 2015

Breadmaker noxxa impian saya!

Teks : Aminah Mahmud



Breadmaker noxxa memang menjadi wishlist saya tahun 2015. Untuk pengetahuan, saya dan anak-anak memang suka makan roti kecuali encik suami yang tidak berapa gemarkan roti.

Bekalan ke taska anak-anak selalunya mahu bawa roti sahaja sebab waktu tengahari mereka akan disediakan makan tengahari yang berat iaitu nasi di taska. Jadi roti adalah menu yang paling sesuai dengan sekali-sekala ditukar dengan menu lain seperti kuih donut, mihun goreng atau roti canai.

Kebiasaannya suami akan belikan roti gardenia berkrim vanila, jagung ataupun coklat di kedai runcit buat bekalan mereka. Bermula harganya RM 0.60 setahun atau 2 tahun lepas,  sekarang sebiji roti sudah cecah harga RM0.85. Huhu. Kadang-kadang anak yang kecil 2 tahun pun dah pandai  minta roti juga nak makan dalam kereta sebelum sampai ke taska. Pendek kata pagi dan petang kena ada roti untuk mereka. Jadi saya kira sudah sampai masanya saya buat sendirilah roti untuk anak-anak. Mak pun boleh makan juga nanti.

Dan tercapailah hasrat hati nak ada breadmaker Noxxa tahun ni. Cumanya lambat bawak keluar dari kotak sebab takde tempat nak letak kat dapur. Lepas buat sikit ubahsuai dan kemas balik dapur barulah ada ruang untuk si breadmaker memulakan tugasannya. Nantikan lepas ni saya kongsikan hasil-hasil meroti saya.




Breadmaker noxxa, rasmi masa buat biskut raya hari tu.



Khamis, 13 Ogos 2015

Kisah apam polkadot

Teks : Aminah Mahmud



Percubaan membuat apam polkadot untuk kanak-kanak riang. Beli sebungkus mungkin dapat dua biji sahaja seorang. Jadi umminya gigih nak cuba buat. Menggunakan resepi yang digoogle sahaja maka siaplah adunan apam polkadot. Bahagian paling best masa mahu buat dot dot berwarna pada apam tersebut. Anak-anak memang teruja sebab warnanya menarik.

Cuma yang kurang menjadi apabila dikukus, ianya tidak berbentuk bulat-bulat macam orang jual kat luar sana. Rupanya silap saya juga sebab tidak letak dalam acuan khas. Bila ia kembang memang bentuk tak sekata lah sebab susun dalam loyang sahaja.

Hmmm...takpelah, yang penting rasanya masih lagi sedap. Cuma bentuk je tak lawa. Sebenarnya saya tak ada acuan kecil untuk apam ni. Saya ada acuan yang besar sesuai untuk cupcake yang saiz sederhana. lepas ninak cari acuan kecil lah pulak.


                              
                                        Apam polkadot, anak-anak sukakannya!

Rabu, 12 Ogos 2015

Letihnya keluar bekerja setiap hari

Teks : Aminah Mahmud


Hari ini sangat mengantuk di tempat kerja.

Anakanda Sara berjaga malam, jam 2 pagi baru dia mahu tidur.

Bukan apa pun yang dibuatnya, mahu makan, minum dan main.

Dalam hati indahnya jika ketika ini saya sudah berada di rumah, menjadi CEO rumahtangga sahaja. haha.

Itu sahaja yang ingin dibebelkan hari ini.

Ia monolog dari dalam hati.

Semoga si suami mengerti.


Khamis, 6 Ogos 2015

Promosi set berpantang Tropical Herbs!

Teks : Aminah Mahmud

Buat bakal-bakal ibu di luar sana yang sedang mencari- cari keperluan set untuk berpantang, Bulan Ogos ini terdapat promosi pembelian set berpantang Tropical Herbs dan boleh dapatkan periuk pintar bersalut seramik lock & lock dengan harga hanya RM 39.90 (Harga asal RM 349.00).



Periuk lock & lock boleh digunakan di atas dapur gas dan induksi.


Set berpantang Tropical Herbs


Kandungan dalam set berpantang termasuk bengkung

Kandungan set terbahagi kpd 2 iaitu untuk dimakan & kegunaan luaran

Dimakan

1) Teh herba
2) Pil selepas bersalin 1
3) Pil selepas bersalin 2

Kegunaan Luaran

4) Herba pembersih wanita
5) Herba mandian
6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
7 )Campuran Penghangat (Param)
8) Campuran Penenang (Pilis)
9) Minyak Urutan Herba
10) Minyak Bayi

Harga retail set berpantang Tropical Herbs ialah RM 326.50...
Mahu dapatkannya dengan harga yang berpatutan whatsap 0192179233. 
Penghantaran pos percuma seluruh Malaysia dan COD sekitar Seri Kembangan, Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.



3 minit buat popcorn bersalut madu dengan periuk tekanan Noxxa

Teks : Aminah Mahmud


Kudapan buat anak-anak dan juga mak ayah sekali di rumah. Popcorn bersalut madu hanya 3 minit dengan periuk tekanan Noxxa...

Panaskan pressure cooker dengan menekan button 'stir fry' ( periuk tidak perlu ditutup).

 Cairkan 2 sudu besar marjerin.

Masukkan biji jagung pop corn apabilan marjerin sudah cair. Banyaknya bergantung pada marjerin yg dicairkan tu. Biar semua biji jagung tu di selaputi marjerin.

Offkan pressure cooker dan tutup periuk.

Tekan button High Pressure dengan bacaan 1 minit dan on.

 Akan dengar bunyi "pop" dlm periuk menandakan biji jagung telah pecah. Off kan periuk Kalau bunyi "pop" sudah tiada walaupun masa belum tamat, ini untuk mengelakkan biji jagung dari hangus.

Buka penutup pressure cooker dan tuang pop corn dlm bekas lain.

Panaskan semula periuk dgn button stir fry dan cairkan satu sudu besar marjerin serta masukkan 4 sudu besar madu.

Masukkan pop corn semula kedalam periuk dan kacau rata.Offkan pressure cooker dan gaul pop corn supaya gulanya melekat pada pop corn.

Sudah siap!

Rabu, 5 Ogos 2015

Menjilat jari selepas makan adalah sunnah

Teks : Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Perkongsian untuk hari ini.





"Menjilat jari"?

Ada yang merasa "jijik" untuk menjilat jari selepas makan. Dirasakannya, seperti seorang yang pengotor dan pelahap.

Namun, tahukah kita, menjilat jari juga merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ini berdasarkan hadis Baginda,

"Apabila salah seorang antara kamu selesai makan, janganlah kamu mengusap tangannya sehingga kamu menjilatnya atau dijilatkan." (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, selepas makan nanti, cubalah untuk kita amalkan sunnah yang mudah ini. Bukan saja mudah, malah berpahala.

Semoga bermanfaat.





Selasa, 4 Ogos 2015

Join drypers baby club

Teks ; Aminah Mahmud

Assalamualaikum....

Saya sudah dapat hadiah percuma dari Drypers baby club! sebuah beg kecil yang comel.

Ibu-ibu  dan bakal ibu di luar sana jom sama-sama sertai kelab ni. Cuma isi penyertaan secara online di Drypers baby club. Jika anda pengguna pampers drypers untuk bayi dan anak-anak pula boleh redeem point untuk dapatkan pelbagai hadiah. Alang-alang saya gunakan pampers ni untuk si Azlyn, untung juga kalau boleh redeem mainan-mainan yang ditawarkan.




Sekian.